1. Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi
Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza.
Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu
membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak
seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium
yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka
perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih.
Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk
mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil
daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin
sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan
folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.
2. Jangan sekat anak makan
Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar
dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika
memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia makanan yang rendah
kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan
yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya,
kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.
3. Pentingnya vitamin
Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap
normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya.
Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C,
400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat
setiap hari.
4. Tambah saiz hidangan
Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan
pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil
oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang
diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang
dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali
sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk
perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.
5. Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya,
dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak
boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup.
Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain
itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan
terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda
tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut
terjejas.sumber: Pa&Ma
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment