the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label sakit jantung. Show all posts

Thursday, 12 March 2015

10 MAKANAN BANTU ELAK ARTERI TERSUMBAT

1. Bawang putih
Bawang putih diketahui telah digunakan sejak zaman purba bagi merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan pada kajian, bawang putih mampu menghalang salur darah dari mengeras dan menjadi tempat pembentukan plak. 


2. Anggur
Anggur sangat kaya dengan flanovoids, quercetin dan resveratrol. Flanovoid ditemui dapat menghalang proses okdidasi kolesterol jahat (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding salur arteri. Ia juga merendahkan risiko darah tersumbat yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung. 


3. Bayam
Bayam sangat kaya dengan potassium dan asid folik dimana ia bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, sejenis carotenoid yang mampu menghalang serangan jantung dengan melindungi arteri bebas dari pembentukan kolesterol. 


4. Ikan
Satu kajian dari Southampton University telah menemui bahawa minyak Omega 3 yang terdapat pada ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pembentukan lemak dalam arteri. Asid lemak ini menghalang oksidasi kolesterol dan tragedi darah tersumbat.
 
5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksidasi akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.
 

6. Tomato
Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Korea, lycopene, kompaun dalam tomato yang memberikan ia warna membantu menghalang arteri dari mengeras. 


7. Buah delima
Jus dan buah delima yang sangat tinggi dengan antioksidan bukan sahaja dapat menghalang arteri dari mengeras dan rosak malah dapat mengundurkan semula progres penyakit ini. 

  
8. Kiwi dan cantaloupe (kalu kat pasaraya nama dia rock melon)
Makanan yang kaya dengan antioksidan ini mengurangkan kesan toksik kolesteol LDL, yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Kiwi dan cantaloupe ni mampu menghapuskannya malah menghalangnya dari merebak. Makanlah secawan cantaloupe atau kiwi sehari untuk mengawal masalah darah tersumbat. 

 
Rock melon a.k.a Cantaloupe

9. Jus kranberi
Ia meningkatkan kebolehan sel-sel tubuh untuk menukarkan lemak kepada tenaga sekaligus menghalang ia dari menimbun dalam salur darah.

10. Oat
Oat mengandungi serat yang akan melekatkan dirinya pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem tubuh kita. Kajian menunjukkan, dengan memakan 1setengah hingga 2setengah cawan oat setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20%.


Vitamin Shaklee yang boleh bantu elak dan atasi masalah arteri tersumbat ialah



vitamin shaklee untuk strok

Nak tau kenapa rakyat perancis paling sedikit terkena serangan penyakit strok, jantung dan penyakit kardiovaskular walaupun makanan utama mereka ialah daging dan lemak?
Sebab mereka suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah peram yang mengandungi resveratrol yang boleh mencegah penyakit2 tersebut. Tapi, takkan orang islam nak minum wain kan? .

Vivix kan ada..setiap hidangan (1 sudu teh) menyediakan 100mg resveratrol iaitu sama dengan 100 gelas wain. Tambah lagi kandungan resveratrol dalam vivix turut diperkayakan dengan poliphenol yang diekstrak dari sumber anggur muscadine yang menjadikan ia suplemen anti-penuaan yang terbaik didunia.

Vivix turut mengandungi carrot ungu, elderberry dan knotweed jepun yang menjadikan ia tinggi antioksidan yang mampu memberi perlindungan terhadap kolesterol tinggi, penyakit jantung dan strok selain meningkatkan sistem imun tubuh.





Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Friday, 19 December 2014

APA ITU VIVIX SHAKLEE?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.







APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.






BAGAIMANA VIVIX DAN RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan enzim.


 WAKTU SESUAI UNTUK AMBIL VIVIX?
Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum. 1 botol Vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

ADAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN VIVIX?
Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

PERLU KE SIMPAN VIVIX DALAM PETI SEJUK?
Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.



CLICK HERE FOR RETAIL PRICE..more discount for shaklee member!!

Jika ingin dapatkan vivix segera hubungi saya

telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 22 November 2014

BERHENTI MEROKOK

Rokok sudah difatwakan haram. Jadi bagi yang merokok kenalah berusaha untuk tak merokok. Ada cara berhenti merokok nie. Tapi paling penting semangat harus kental. Dan mind set kena betul. Tiada yang mustahil. Bermujahadahlah wahai perokok semua...

Mungkin ada yang dari muda sudah mula menghisap rokok.Sudah biasa,tapi sampai bila nak bawa penyakit pada diri sendiri..

Biar apa pun caranya, cubalah berhenti. Usah menyesal di kemudian hari. Takde satu kebaikan pun yang korang dapat dari merokok. I bet you already know it. Love yourself, love your family. Then, quit your smoking habit. Now!

Mari sini baca apa kesan merokok pada diri

peringkat awal
1-menjadikan saluran darah sempit
2-menjadikan denyutan jantung lebih cepat dan menyebabkan jantung berkerja lebih keras
3-lebih banyak oksigen diperlukan oleh jantung
4-nafas perokok menjadi berbau
5-gigi menjadi kekuningan
6-mengurangkan stamina

peringkat kronik
1-menjadi ketagih menghisap rokok
2-menyebabkan tekanan darah meningkat
3-darah terlalu mudah membeku
4-mendapat gangguan usus dan risiko sakit jantung
5-risiko menghidap barah paru-paru
6-mengalami gangguan pernafasan




Bagaimana vivix berfungsi bagi perokok tegar?

Vivix menjadikan perokok hilang selera dengan rokok walaupun sebatang.Ini kerana fungsi vivix adalah memperbaiki sel-sel DNA dalam badan.Ini menjadikan tubuh menolak rokok dan menjadikan rokok terasa pahit bila dihisap.Lama kelamaan sudah pasti rasa hendak merokok hilang dengan sendirnya.insyallah 

Bagaimana pula fungsi omega guard?

Omega guard mampu melindungi jantung serta mengelakkan pembekuan darah.Berupaya mengawal tekanan darah.Membekalkan omega -3  untuk tubuh .









sila hubungi saya,
whatsapp / sms :
012-2437301 
email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, 21 November 2014

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK JANTUNG




 Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah
pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.

“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

“Avokat sangat baik.Makanan ini memungkinkan penyerapan karotenoid lain, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung,” menurut Sinatra.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan pelbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami
dicampurkan dengan oatmeal.


10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.

Tuesday, 18 November 2014

JANGAN BOROIKAN SUAMI ANDA

Suami boroi tanda hati senang, rumahtangga bahagia, isteri rajin & pandai masak… macam-macam lagilah perkara memuji pasangan yang bersuamikan lelaki boroi. Bersuamikan lelaki boroi sangat membahagiakan…. Boroi itu seksi.

Wahai para isteri yang sayangkan suami… Kalau sayang suami, sayang anak-anak, sayang diri sendiri…  tak usah dibiarkan suami terus dalam keadaan boroi. Tolong dia untuk kurangkan tahap keboroian itu. Boroi memang seksi, memang cute, memang comel… tapi…


Boroi adalah salah satu tanda suami anda mungkin mengalami sindrom X atau sindrom metabolik!

Pengumpulan lemak di kawasan perut dan pinggang, diiringi dengan beberapa point dalam pemeriksaan kesihatan….. sebenarnya meningkatkan risiko suami anda untuk menghidap sakit jantung, strok dan kencing manis. Inilah keadaan yang dinamakan sindrom X atau sindrom metabolik itu.
Boroi adalah salah satu ciri sindrom X. Lain2 ciri penghidap sindrom X yang boleh diperolehi melalui pemeriksaan kesihatan:

  • Paras gula dalam darah semasa berpuasa adalah tinggi (masalah dengan insulin)
  • Bacaan kolesterol HDL lebih rendah dari 35 mg/dl
  • Bacaan trigeliserida sekurang-kurangnya 150 mg/dl
  • Tekanan darah melebihi 140/90
Sindrom X membawa kepada risiko rintangan terhadap insulin dan pra-diabetes (paras gula yang tinggi, tapi belum tahap diabetes). Kalau keadaan ini berterusan, ia berkaitan dengan pelbagai respon negatif daripada tubuh seperti:-
  • Kerosakan pada lapisan dalam arteri –> risiko penyakit jantung dan strok.
  • Perubahan kepada keupayaan ginjal untuk menyingkirkan garam –> risiko darah tinggi, sakit jantung dan strok.
  • Peningkatan kadar trigeliserida –> risiko penyakit kardiovaskular.
  • Risiko blood clot (pembentukan darah beku) yang boleh menyekat salur darah dan menyebabkannya pecah –> risiko serangan jantung dan strok.
  • Mengganggu proses rembesan insulin –> risiko diabetes Jenis 1.


Apa boleh isteri lakukan untuk bantu suami hidup lebih sihat?


  • Galakkan suami beraktiviti fizikal, misalnya jogging bersama, berbasikal, bermain badminton.
  • Kurangkan menyediakan makanan berlemak, karbohidrat bertapis dan kalori kosong.
  • Minimumkan pengambilan ubat-ubatan beliau. Ubat-ubat seperti ubat anti depresi, kortikosteroids, antihistamin; boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa kepada obesiti dan intoleransi glukos.
Sayang suami, jangan biarkan dia terus boroi. Tak dapat 6 pack pun tak apa, asalkan tak ke depan sangat. Semoga suami kita dan kita sendiri bertambah sihat dan bahagia selamanya bersama-sama.

Friday, 14 November 2014

COQ10 UNTUK PESAKIT JANTUNG

Situasi :_
"Salam doktor,saya mohon penjelasan .Kakak saya berumur 38 tahun,baru keluar dari wad pesakit jantung kerana doktor mengesyaki beliau mengalami masalah kerosakan injap jantung.Namun begitu temujanji bagi echocardioscan hanya dilakukan pada bulan april 2013.Ubat apa yang perlu diambil untuk menguatkan injap jantung beliau?

Waalaikumsalam,
Saya percaya doktor pakar jantung telah memberikan ubat-ubatan untuk kakak puan untuk dimakan.Ubat-ubat ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan simptom-simptom penyakitnya seperti mudah sesak nafas,mudah rasa penat dan sakit dada.Ia harus diamalkan sehingga temujanji yang ditetapkan.

Selain dari ubat-ubatan itu,saya mencadangkan agar kakak puan mengambil suplemen Coq10.

Mungkin puan tertanya-tanya mengapa doktor pakar jantung tidak memberikannya pada kakak puan.Sebenarnya CoQ10 adalah suplemen,bukannya ubat.Jadi ia bukanlah sebahagian ubat tetapi ia sangat membantu."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa Coq10 membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular.

Bagi pesakit yang mengalami kerosakan injap jantung ,kesan jangka panjang ialah kegagalan fungsi jantung atau selalu disebut lemah jantung.

Ini kerana injap yang rosak gagal memastikan darah yang dipam keluar dari jantung sepenuhnya.Ada sebahagian isipadu  darah yang masuk semula ke dalam jantung lalu menyebabkan isipadu darah yang keluar menjadi sedikit dan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat untuk mengatasi kerosakan injap.Akhirnya jantung menjadi lemah apabila terpaksa bekerja lebih kuat dari kebiasaannya.

Dalam satu kajian terbitan Journal American College of Cardiology menyatakan terdapat bukti kuat bahawa pesakit jantung mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah terutama pada pesakit lemah jantung.




Coqhealth plus daripada shaklee merupakan suplemen yang kaya dengan kandungan Coenzyme Q10 (coQ10) yang mempunyai banyak kebaikan dalam diri kita.Coqhealth plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan juga ekstrak teh hijau. 



sila hubungi saya,
whatsapp/sms :

012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




CoQHealth Plus daripada Shaklee merupakan supplement yang kaya dengan kandungan Coenzyme Q10 (CoQ10) yang mempunyai banyak kebaikan dalam diri kita. CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan juga ekstrak Teh Hijau.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/09/coqhealth-plus-mengandungi-coq10-untuk.html#sthash.hVqhm9iT.dpuf

CoQHealth Plus daripada Shaklee merupakan supplement yang kaya dengan kandungan Coenzyme Q10 (CoQ10) yang mempunyai banyak kebaikan dalam diri kita. CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan juga ekstrak Teh Hijau.
- See more at: http://supplement4all.blogspot.com/2013/09/coqhealth-plus-mengandungi-coq10-untuk.html#sthash.hVqhm9iT.dpuf

Thursday, 16 October 2014

INGIN JANTUNG SIHAT






Kolesterol dan Penyakit Jantung
 Kita tahu bahawa kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Namun ianya akan dibersihkan oleh kolesterol HDL. Semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita untuk mendapat penyakit jantung.
Kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik, dalam keadaan asal ia baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL daripada makanan, badan kita sendiri akan membuatnya. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik..


Penyebab Sebenar Penyakit Jantung  

Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan penyakit jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol, anda sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukanlah penyebab masalah radang pembuluh darah. Punca utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.


Gejala penyakit jantung

Kita harus tahu bahawa jantung merupakan organ penting yang harus kita jaga dengan baik.. Jantung akan mengalami gangguan dan tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdapat gangguan bekalan oksigen ke jantung...  nana percaya ramai yang lupa akan kepentingan jantung.. antara tabiat buruk adalah tidak menjaga pola pemakanan seharian yang seimbang, kurang aktiviti fizikal dan stress yang berpanjangan.. Kalau orang yang merokok lagi lah  tinggi potensi untuk mendapat serangan sakit jantung. 

Antara tanda2 atau gejala penyakit jantung yang perlu kita berhati2 adalah:
  1. sering keletihan terlampau
  2. sakit2 ngilu dibahagian jantung
  3. mudah berpeluh(tangan atau tubuh) walau pun tanpa aktiviti
  4. loya dan mual
  5. sesak nafas
  6. susah tidur/insomnia
  7. rasa cemas berlebihan


COQ HEALTH atasi masalah jantung


Kenapa nana pilih Coq Health plus. sebab ia mengandungi CoQ10.... CoQ10 ialah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia bertanggungjawab menhasilkan tenaga dalam setiap sel. Ia juga merupakan antioksida semulajadi.. CoQ10 membantu menguatkan otot jantung. CoQ10 membantu mencegah  pengoksidaan kolestrol jahat dan CoQ10 juga berfungsi memastikan salur darah fleksibel untuk tekanan darah yang sihat.
 
28mg CoQ10 yang terkandung didalam CoQHealth Plus bersamaan dengan 1.7kg ayam atau 28cawan brokoli.. haaa.. tak larat saya nak makan 1.7kg ayam sehari.. seketul ayam pun rasa banyak dah..
oQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan lebih baik.
 
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap 
   pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di 
   dalam darah

 
Cadangan vitamin:
Vivix
Omega guard
Lecithin
Vitamin E

sila hubungi saya,
whatsapp / sms :

012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 22 July 2014

VIVIX - MUSCADINE GRAPE



VIVIX - MUSCADINE GRAPE
Sekilas fakta tentang Anggur Muscadine dalam Vivix Shaklee.

1. Anggur Muscadine sesuai dengan iklim hangat & lembap. Berlainan dengan anggur jenis lain yang perlukan iklim dingin.

2. Oleh kerana itu , anggur muscadine sangat tahan lasak, tinggi anti-oksidan dan tinggi kandungan phytonutrients kerana keduanya adalah satu cara alam semulajadi melindungi tanaman seperti anggur muscadine (umpama antibodi semulajadi pada buah)

3. Ia dikenali sebagai super grapes kerana saiznya yang besar selain kandungan nutrien yang lebih hebat dari anggur biasa.

4. Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom. Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom.

5. Ia mempunyai kadar Resveratrol 6x lebih tinggi dari anggur merah.

6. Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid. Menurut " The United States Department of Agriculture" ianya adalah bahan yang mampu memberikan manfaat perlindungan dan pencegahan dari kanser, mengurangkan Atherosclerosis serta memberikan manfaat buat hati.

7. Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:-Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna

8. Menurut "The World's Healthiest Foods" kandungan flavonoids dalam anggur muscadine adalah termasuk quercetin ( boleh mengurangkan risiko blood clots & melindungi kita dari radikal bebas) & phenolic acids ( melindungi diri dari risiko penyakit jantung ).

9. Kulit anggur muscadine mengandungi Saponin ( mengikat pada kolesterol dan mengelakaan serapannya ).

10. Anggur muscadine kaya dengan anthocyanins ( flavonoids yang memberikan warna merah gelap dan merupakan antioksidan yang hebat serta kuat ).

11. Ianya kaya dengan Manganese iaitu unsur mineral surih yang dijumpai di tulang dan sesetengah organ dalaman. Ianya adalah penting untuk tubuh membentuk tisu penghubung dan amat diperlukan untuk fungsi saraf serta otak.







sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...