the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, 2 March 2015

BINA & CAPAI IMPIAN ANDA

Here are the 10 Easy Steps to Making Your Dreams Come True  

1. What's your dream?

Start with the easy stuff. What feels good to you? You don't need to decide everything right this instant, but just start collecting ideas for your life that make you feel excited and enthusiastic about the possibilities. Write some things down. Just keep some kind of simple record of what your dream for your life is.


2. Decide and believe.

Many of us will pick a delicious dream for ourselves and then immediately start pecking furiously at the edges with a list of ways it can't, won't, or shouldn't work out for us. Stop that!
If there's a word for both deciding and believing in one fell swoop, the word would be commitment. You have to commit to your dream. Don't just put it in a box and close the lid, never to see the light of day. You have to take it out and fondle it... every... day. Take it out, play with it, give it some air.
Decision + Belief = Commitment
Decide you want your dream to happen. For real. Believe it will and can happen. For real. This is the magic sauce that will help propel your dream into reality. If you don't decide and believe, and therefore commit, well then... as Henry Ford said, "Whether you think you can, or you think you can't -- you're right."

3. Release fear.

 This next step isn't a one-time event. It's probably something you're going to have to do over and over, every time you notice you're stuck and you've stopped forward momentum. 

4. Take action!

Finally, the part where we actually DO stuff.
Figure out what you need to DO to make your dream happen. Then go do it.
Every day.
To sum up step four, take action daily.

5. Love yourself.

Just slow down, pump the breaks, relax. Listen.
Take quiet time alone every day -- again, early morning if need be -- to reflect, read, write, and to hear yourself think. Give yourself the time and space to feel your feelings and organize your thoughts so that you may stay in touch with your own needs and desires for your life.


6. Use other's success as inspiration.

When you notice someone more fortunate, practice saying to yourself, "You know what? I want that, too! I'm going to figure out how and make it happen!"
If we want good things to happen to us, we have to stop judging others negatively for the good things they bring into their lives. Judging and criticizing others is such a silly energy drain.

7. View mistakes as lessons, not an excuse to give up.

8. Value tiny decisions.

The decision to get up early every morning is a momentous one. The tiny decisions happen every single day, when I look at the clock. Do I get up, or do I stay in bed?
Every little decision, everything single thing we do, matters.
Because what you do determines who you become. And who you become means either your success at achieving your dream or your failure. Choose wisely.

9. Don't let bad habits win.

10. Believe the Universe is friendly. 





Friday, 27 February 2015

MINUM AIR 10 GELAS

Tips mudah macam mana nak cukupkan minum air masak 10 gelas sehari

1-bangun pagi 2 gelas

2-selepas sarapan 1 gelas

3-selepas ambil suplemen shaklee 1 gelas 

4-selepas lunch 1 gelas

5-selepas ambil suplemen shaklee 1 gelas

6-sambil buat kerja rumah 1 gelas

7-petang 1 gelas air

8-selepas dinner 1 gelas

9-sebelum tidur 1 gelas

*mudah jika kita betul2 disiplin...GOOD LUCK!!! :)

Friday, 13 February 2015

5 CARA TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Yes,kadang-kadang bila nak berhadapan dengan orang lain terutama ketika menjalani temuduga ataupun memberi ucapan dikhalayak ramai memang boleh buat kita gigil lutut.
Tapi jika kita memberi input yang positif kepada diri kita sendiri,insyallah segalanya akan membuat kita lebih keyakinan.

Disini juga nana akan kongsi 5 cara tingkatkan keyakinan diri korang.

1. Amalkan pemakanan sihat

Ya,serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari korang mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan korang lebih yakin dengan diri tanpa korang sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.

2. Pastikan anda Bersenam, Setiap Hari

Walaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri korang secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan korang hari demi hari.
  
3. Luang Masa Bantu Orang Lain

Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat korang sendiri. Jika korang luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri korang. Membantu orang lain tunjukkan diri korang yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
  
4. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka

Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.Korang pastinya tidak mahu bertemu dengan orang ramai dengan wajah kusam ‘kan?

 5. Senyum!

Mulakan hari korang dengan senyuman , jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika korang suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.


Tuesday, 10 February 2015

TIPS RUMAH SIHAT

sharing ini saya petik dari blog nanny saya Master Cery

Jika badan perlukan detox program, tahukan anda, rumah kita juga memerlukannya?Kata Dr. Oz. (Doctor yang selalu menjadi tetamu jemputan dalam bual bicara Oprah). 

:
Your home's air quality can make a big difference in your healthy aging. "The smallest particles are the ones that do the most damage," Dr. Oz says.
 
Sebab tu kadang-kadang kita tidak sedar walaupun kita telah jaga pemakanan, jaga kebersihan rumah..tapi masih ada didalam keluraga kita yang sakit. Jadi, di dalam website Oprah ada Dr. Oz sharekan guide bagaimana kita nak buat program detox di rumah..
 
Dan berikut adalah list yang digariskan oleh Dr Oz bagaimana buat rumah kita lebih sihat:
 
• Selalu buka tingkap untuk membenarkan udara dan zarah yang berbahaya keluar dari rumah.
• Tanggalkan kasut di luar rumah untuk memastikan tiada kesan racun kimia dari semburan racun yang mencemari kediaman anda.
• Bila anda menggunakan ketuhar mikro, jangan sesekali memanaskan makanan bersama bungkusan plastik kerana dikhuatiri bahan kimia didalam plastik boleh mencemar makanan anda. Sebaiknya, gunakan bekas kaca atau bekas yang bersesuaian (microwave-safe containers)
• Dari menggunakan pembersih yang mengandungi bahan kimia yang bertoksik untuk membersihkan sinki dan bilik mandi, Dr Oz mencadangkan agar penggunaannya diganti dengan serbuk penaik(baking soda), gunakan cuka putih untuk membersihkan tingkap atau beralihlah kepada set pembersih dari Shaklee. Katanya Oprah juga suka pada Basic H2 Shaklee.
• Untuk mengelakkan bahan kimia yang digunakan semasa proses "dry-cleaning" pakaian anda, buangkan plastik bungkusan baju ketika anda masih berada diluar rumah dan pakaian haruslah di gantung seharian sebelum di pakai.
• Gunakan penyahlembapan (dehumidifier) untuk mengelakkan kulat yang berbahaya terutama dikawasan garaj.
• Jika anda perlu menyimpan bekas tin lama yang mengandungi cat, pastikan ia disimpan di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik dan pastikan ia jauh dari kediaman anda.
 
 
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call : 011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
 

Monday, 9 February 2015

TIPS PUTIHKAN BUKU LALI

credit dari blog : ohgadisitu.blogspot.com

tips 1
Potong 2 limau nipis kepada 2 bahagian ,kemudian gosok sehingga beberapa minit.
Biarkan kering dan bilas.Jika ingin kesan terbaik,buat setiap hari.

tips 2
sediakan satu cawan susu ,2-3 sudu tepung gandum, & 1 sudu kecil serbuk kunyit.
Gaul semua bahan dan sapu di buku lali seperti scrub ..Biar kan kering dan bilas dengan air suam.

Harap perkongsian ini dimanfaatkan :)

Friday, 6 February 2015

6 CARA TINGKATKAN METABOLISME

Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.


Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,
mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.


Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

6 Cara Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan! Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com


 *produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


Thursday, 5 February 2015

10 KHASIAT BUAH MANGGIS UNTUK KESIHATAN



 Fungsi buah manggis itu sendiri:
  1. Membantu mencegah dan memerangi penyakit alzheimer dan parkinson
  2. Menghilangkan alergi
  3. Menjaga kesehatan usus, dapat mengatasi diare, sembelit, merangsang kesehatan usus normal.
  4. Menjaga kesehatan otak dan syaraf
  5. Mengatasi katarak
  6. Sakit kepala migrain
  7. Mengurangi stress dan tekanan
  8. Mengurangi Kolesterol
  9. Membantu mencegah obesiti
  10. Mencegah penuaan atau awet muda
Banyak rupanya keelebihan buah manggis ni..Nasib nana memang suka makan,suka tengok isinya putih gebu..hehe.

Tapi nak beli hari-hari macam payah,yelah buah manggis ni juga bermusim..So penyelesaiannya,jika nak daatkan khasiat buah manggis ni kene la ambil supplement tambahan seperti SHAKLEE! ye tak...Nak awet muda la katakan ..

Monday, 2 February 2015

KESAN BURUK MINUM AIR BERGAS

Alhamdulillah nana dan suami hampir setahun lebih meninggalkan air gas 100% walaupun sebelum-sebelum ni bukan peminum tegar pun.Memang nana tak berapa gemar sebab manis melampau.Dan setahun setengah ni memang kami totally tak ambil air bergas.Kami tahu banyak keburukkan dari yang baik pasal air gas ni.




Dibawah ni antara kesan-kesan buruk yang terdapat dalam air minuman bergas:

1. Asid fosforik - Kandungan asid fosforik yang terdapat dalam minuman soda ini melemahkan tulang dan mereputkan gigi.

2. Pemanis tiruan berlebihan dalam minuman soda menyebabkan rasa ketagihan makan benda-benda manis.

3. Warna karamel yang diperbuat daripada bahan kimia karamel tidak menambah kepada sebarang rasa, tetapi sebaliknya memberi kesan karsinogen.

4. Formaldehid yang terdapat dalam minuman soda, terutamanya minuman soda diet (rendah kalori), adalah karsinogen (bahan penyebab kanser). Bahan ini tidak dicampurkan terus ke dalam minuman soda diet tetapi ia terhasil daripada penguraian aspartame yang menjadi salah satu bahan campuran minuman soda diet. Selepas minum air soda (air gas), sistem pencernaan akan menguraikan aspartame kepada dua bahan, iaitu asid amino dan metanol (atau dikenali juga sebagai asid formik atau formaldehid).

5. Sirap jagung tinggi fruktos ialah bentuk pekat bagi gula fruktos yang berasal dari jagung yang terdapat dalam minuman soda. Ia meningkatkan kandungan lemak badan, kolesterol dan trigliserid serta membuatkan rasa lapar.

6. Potassium benzoate ialah pengawet yang terdapat dalam minuman soda. Bahan ini ialah pengawet yang boleh terurai menjadi benzene di dalam badan. Membiarkan air minuman soda terdedah di bawah matahari menyebabkan benzene ini menjadi karsinogen.

7. Pewarna makanan yang terdapat dalam minuman soda boleh merosakkan fungsi otak, menjadi hiperaktif, masalah fokus kerana kekurangan kawalan impuls.

Wednesday, 7 January 2015

6 KHASIAT BUAH STRAWBERI

Jom kita lihat antara khasiat buah strawberi

 

Kesihatan mataMakan tiga buah strawberi atau lebih setiap hari mampu menurunkan risiko kerosakan mata, demikian menurut Mayo Clinic. Menurut penelitian terbaru, vitamin C pada strawberi juga mampu melindungi mata dari sinar matahari.

Kesihatan kulitAntioksidan mampu mencegah kedutan dan memperbaiki sel kulit rosak yang disebabkan oleh sinar UV. Jadi selain menggunakan produk kecantikan yang mencegah penuaan, Anda juga boleh menikmati strawberi untuk menyihatkan kulit.

Kesihatan otakStrawberi juga dikatakan sebagai makanan untuk otak. Bagaimana tidak, penelitian membuktikan bahwa strawberiberkaitan rapat dengan penurunan risiko penyakit Alzheimer, Parkinson, dan demensia.

Kesihatan jantungKhasiat menakjubkan berikutnya dari peamakanan buah strawberi adalah kemampuannya dalam menstabilkan tekanan darah. Jika makan buah strawberi secara rutin sama dengan berusaha menurunkan risiko penyakit jantung dan strok.

Sistem imunKandungan vitamin C tinggi pada strawberi dikaitkan dengan peningkatan sistem pertahanan tubuh. Selain itu, strawberi juga mampu menyekat beberapa penyakit cancer, salah satunya adalah cancer payudara.

Ibu hamilTahukah Anda, strawberi juga mengandungi asid folat yang diperlukan oleh ibu hamil untuk menjaga perkembangan otak janin dalam rahim. Asid folat juga berkhasiat mencegah bayi lahir cacat.

Itulah beberapa khasiat menakjubkan dari makan buah strawberi. Semoga bermanfaat!

Tuesday, 16 December 2014

9 TIPS KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI ANDA

1. Sarapan tinggi serat
serat dalam diet anda adalah sangat penting dan ingat untuk makan bijirin dengan minimum 5 gram serat dan ia juga adalah pilihan yang baik sebagai snek.

2. Sayur-sayuran dan buah-buahan
ia mengandungi serat larut air yang boleh membersihkan toksin, kolesterol dan plak. Juga sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni mengandungi fitokimia yang amat berguna.

3. Kacang
mereka adalah sumber yang baik kedua-dua protein dan serat. Anda boleh mendapatkan mereka dalam tin atau mentah dan cuba untuk menambah dalam salad dan sup anda.

4. Minyak
anda perlu berhati-hati dengan minyak dan sentiasa menggunakan minyak yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan. Bukannya menggunakan mentega anda lebih baik menggunakan safflower, bunga matahari dan minyak zaitun.

5. Kacang
mereka mengandungi lemak monotaktepu dan makan mereka dan bukan keropok snek dan kerepek yang mengandungi lemak Trans dan tepu.

6. Ikan
ini adalah sangat baik untuk dimakan kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang dikatakan asid lemak sihat jantung dan dalam salmon kategori ini adalah pilihan yang baik.
Omega-3

7. Daging
ayam adalah pilihan yang lebih baik dalam kategori ini dan juga membuang kulit sebelum memasak.

8. Roti (gandum)
ia adalah sangat penting untuk mengambil produk serat roti kaya dan gandum dan memilih roti yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 gram serat pemakanan setiap keping.

9. Produk Diary
dalam kategori ini dikurangkan dan lebih penting lagi produk tenusu tanpa lemak akan mengurangkan plak dan tahap kolesterol anda.

Friday, 5 December 2014

17 KEBAIKKAN BUAH PISANG


Antara Khasiat Dan Manfaat Buah Pisang Untuk Kesihatan


1. Mencegah penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

2. Khasit buah pisang yang luar biasa iaitu sebagai pencegah sakit jantung dan stroke kerana kandungan kalium atau potasium dalamnya, jika dalam sehari seseorang mengambil sekurangnya 3 biji pisang, maka sudah cukup untuk mencegah risiko sakit jantung dan stroke.

3. Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

4. Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

5. Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

6. Seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

7. Menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.

8. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

9. Pisang juga mengandung Fosfor dalam jumlah yang cukup, dan inilah yang membuatkan pisang bermanfaat dalam perkembangan otak dan kemampuan akal, seperti kecerdasan, berpikir dan menghafal.

10. Pisang juga bermanfaat dalam perlindungan dan pencegahan gigi daripada kerosakan. Dan juga pisang bermanfaat untuk radang mulut dan gusi, kerana ia mengandungi fluoride, yaitu suatu zat penyeteril.

11. Buah Pisang berguna untuk memperbaiki penglihatan dan mencegah timbulnya penyakit mata dan penglihatan, kerana ia mengandung vitamin A dalam jumlah yang cukup.

12. Kesihatan saluran pencernaan. Kandungan serat yang dimiliki pisang dapat membantu mengatur sistem pencernaan tubuh serta mempertahankan gerakan usus tetap teratur. Kandungan pectin pada buah pisang mampu mencegah sembelit.

13. Khasiat buah pisang dapat mencegah terjadinya batu karanag. Pisang mengandung vitamin B 6 dan Potasium, kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang.

14. Khasiat buah pisang menurunkan tekanan darah tinggi. Pisang dapat meneutralkan tekanan darah tinggi, kadar kalium yang cukup tinggi dari buah pisang dapat membantu mencegah tekanan darah tinggi.

15. Buah pisang sumber tenaga. Ketika memakan buah pisang kita akan lebih cepat kenyang, hal ini kerana buah pisang kaya dengan kandungan karbohidrat serat, karbohidrat inilah yang dapat menambah tenaga bagi tubuh badan kita.

16. Gizi tinggi untuk ibu hamil. Wanita yang sedang hamil dianjurkan untuk memakan pisang, buah pisang mengandungi asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin. Pisang akan membantu pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadinya cacat saat kelahiran bayi tersebut.

17. Membuat perasaan baik dan tenang. Percaya atau tidak pisang memiliki pengaruh dalam meningkatkan mood anda. Kandungan neurotransmitter pada buah ini dapat membantu anda merasa tenang dan menstabilkan suasana hati (mood) secara alami.


Banyak kan khasiat pisang ni.Nana memang gemar makan buah pisang.Pada yang tak gemar tu boleh la mula makan pisang.Rugi taww...

*buat cekodok jom..hehe

Wednesday, 3 December 2014

RISIKO OBESITI KETIKA HAMIL

Apakah risikonya saiz badan yang semakin membesar semasa hamil? Apakah risikonya kepada ibu dan bayi? Bolehkah risiko tersebut diubah?

Jawapan

Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu perkara itu supaya boleh berhati-hati.

Risiko

Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi berikut. Terdapat beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu. Komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk kencing manis, darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan, pra-eklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).

Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan). Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Pun begitu, risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil.

Kebanyakan masalah dan situasi kesihatan tersebut boleh diuruskan, dan dalam kes-kes tertentu boleh dielakkan. Anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa sebarang masalah. Kebanyakan wanita bersaiz besar menjalani kehamilan dan melahirkan bayi secara normal.

Idealnya ialah anda patut cuba mengurangkan berat badan sebelum hamil. Tetapi jika anda sudah pun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan bayi anda.

Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.

Berdiet

Berdiet untuk menguruskan badan semasa hamil bukanlah idea yang baik. Malah, kajian menunjukkan terdapatnya kaitan antara berdiet semasa tiga bulan pertama kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira bagaimana saiz si ibu. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda dan bayi adalah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.

Senaman yang kerap semasa hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran. Ia merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan dengan diet yang sihat dan boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar.

Tetapi jika anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukan masa yang terbaik untuk memulakan satu rejim senaman yang berat. Asalkan anda mendapat kebenaran doktor, anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana. Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.

Penting juga bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis?

Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.


Shaklee juga mempunyai set vitamin untuk sepanjang kehamilan serta selepas kelahiran.Memastikan anda mendapat nutrisi yang terbaik dan lengkap secara semulajadi,selamat dan berkesan.

Supplement shaklee ini membantu:
-tekanan darah yang normal
-mengurangkan stress
-memberi tenaga sepanjang hari
-memenuhi nutrisi dan mineral penting 
-membina tulang yang kuat
-mengurangkan rasa lesu dan letih
-membina ingatan bayi dan menguatkan ingatan bagi ibu hamil
-mencegah penyakit kencing manis ketika hamil
-membina sel yang baik untuk bayi anda





sila hubungi saya,
whatsapp / sms :
012-2437301 
email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 26 November 2014

TIPS ORANG BERJAYA


Adalah satu kerja gila jika

"anda sering melakukan perkara yang sama setiap masa tetapi mengharapkan keputusan yang lebih baik "

*Jadikanlah setiap hari anda berbeza serta lebih baik dari semalam!!!



Friday, 21 November 2014

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK JANTUNG




 Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah
pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.

“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

“Avokat sangat baik.Makanan ini memungkinkan penyerapan karotenoid lain, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung,” menurut Sinatra.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan pelbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami
dicampurkan dengan oatmeal.


10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.

Wednesday, 19 November 2014

KENAPA KITA PERLU AMBIL SUPLEMEN ?

Antara sebab kita perlu mengambil suplemen adalah kerana  :-

 ✔ kita selalu terdedah dengan pencemaran alam.dan bahan penyebab kanser . 

✔ badan kita perlukan dos vitamin lebih tinggi dari apa yg kita dapat dari makanan. contohnya vitamin C dan E yg kita dapat dari makanan tak cukup utk kesan pencegahan & anti penuaan .

✔ pemakanan yg tak seimbang. selalu sangat makan junk food, minuman berkafein .

✔ bila kita masak makanan terlalu lama, zat makanan akan hilang. sebab tu perlukan suplemen untuk ganti balik zat yg hilang tadi .

✔ buah dan sayur tercemar kerana penggunaan racun serangga dan bahan kimia .


✔ gaya hidup yg tak sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam, stress 



you are what you eat. kalau malas makan suplemen please jaga kesihatan diri, keluarga dan kawan-kawan. kalau kita boleh beli baju baru, makeup tiap-tiap bulan.. kenapa tak boleh beli suplemen untuk jaga kesihatan.


Tuesday, 18 November 2014

JANGAN BOROIKAN SUAMI ANDA

Suami boroi tanda hati senang, rumahtangga bahagia, isteri rajin & pandai masak… macam-macam lagilah perkara memuji pasangan yang bersuamikan lelaki boroi. Bersuamikan lelaki boroi sangat membahagiakan…. Boroi itu seksi.

Wahai para isteri yang sayangkan suami… Kalau sayang suami, sayang anak-anak, sayang diri sendiri…  tak usah dibiarkan suami terus dalam keadaan boroi. Tolong dia untuk kurangkan tahap keboroian itu. Boroi memang seksi, memang cute, memang comel… tapi…


Boroi adalah salah satu tanda suami anda mungkin mengalami sindrom X atau sindrom metabolik!

Pengumpulan lemak di kawasan perut dan pinggang, diiringi dengan beberapa point dalam pemeriksaan kesihatan….. sebenarnya meningkatkan risiko suami anda untuk menghidap sakit jantung, strok dan kencing manis. Inilah keadaan yang dinamakan sindrom X atau sindrom metabolik itu.
Boroi adalah salah satu ciri sindrom X. Lain2 ciri penghidap sindrom X yang boleh diperolehi melalui pemeriksaan kesihatan:

  • Paras gula dalam darah semasa berpuasa adalah tinggi (masalah dengan insulin)
  • Bacaan kolesterol HDL lebih rendah dari 35 mg/dl
  • Bacaan trigeliserida sekurang-kurangnya 150 mg/dl
  • Tekanan darah melebihi 140/90
Sindrom X membawa kepada risiko rintangan terhadap insulin dan pra-diabetes (paras gula yang tinggi, tapi belum tahap diabetes). Kalau keadaan ini berterusan, ia berkaitan dengan pelbagai respon negatif daripada tubuh seperti:-
  • Kerosakan pada lapisan dalam arteri –> risiko penyakit jantung dan strok.
  • Perubahan kepada keupayaan ginjal untuk menyingkirkan garam –> risiko darah tinggi, sakit jantung dan strok.
  • Peningkatan kadar trigeliserida –> risiko penyakit kardiovaskular.
  • Risiko blood clot (pembentukan darah beku) yang boleh menyekat salur darah dan menyebabkannya pecah –> risiko serangan jantung dan strok.
  • Mengganggu proses rembesan insulin –> risiko diabetes Jenis 1.


Apa boleh isteri lakukan untuk bantu suami hidup lebih sihat?


  • Galakkan suami beraktiviti fizikal, misalnya jogging bersama, berbasikal, bermain badminton.
  • Kurangkan menyediakan makanan berlemak, karbohidrat bertapis dan kalori kosong.
  • Minimumkan pengambilan ubat-ubatan beliau. Ubat-ubat seperti ubat anti depresi, kortikosteroids, antihistamin; boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa kepada obesiti dan intoleransi glukos.
Sayang suami, jangan biarkan dia terus boroi. Tak dapat 6 pack pun tak apa, asalkan tak ke depan sangat. Semoga suami kita dan kita sendiri bertambah sihat dan bahagia selamanya bersama-sama.

Tuesday, 28 October 2014

NIKMAT KESIHATAN DALAM ISLAM

Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu. Dalam Islam, kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan menjaga kesihatan, seseorang individu dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadis :


“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”

Bahkan Baginda sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan selawat syifa’.

Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah amat menitikberatkan kesihatan manusia dari segi kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Setiap sesuatu yang dihalalkan syariat sudah pasti dapat memanfaatkan manusia manakala setiap sesuatu yang diharamkan pula adalah disebabkan Allah mengetahui ia amat memudaratkan kesihatan manusia.

Pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’ dapat dinilaikan bahawa penjagaan makan minum sangat penting untuk kesihatan manusia. Apabila seseorang individu itu mengetahui konsep penjagaan kesihatan, mereka akan dapat mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik.




Halalan Toyyiba

Islam menyeru umatnya supaya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal (‘halalan’) dan baik (‘toyyiba’) atau berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang.

Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.

 

Elak Obesiti

Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minum tetapi jangan berlebihan. Konsep berlebihan dalam pengambilan makanan ini telah diperakui oleh doktor bahawa makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti atau gemuk.

 

40 Kali Kunyah

Rasulullah s.a.w juga mengajar umatnya dalam sunnah Baginda supaya mengunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali kunyahan. Hal ini demikian supaya makanan yang kita kunyah akan hancur dan dapat diserap dengan baik untuk proses penghadaman. Di samping itu juga, amalan kunyahan makanan ini dapat mengehadkan kita daripada makan secara berlebihan.

 

Air Putih

Bagi minuman pula, air putih adalah sebaik-baik minuman yang perlu kita minum untuk kesihatan dalaman kita. Hal ini demikian kerana air putih dapat menyerap apa yang kita makan di samping membantu mempercepatkan proses penghadaman. Selain itu, air putih juga dapat membuang segala toksin dan kolesterol yang terdapat dalam badan kita.

Oleh itu, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari. Pada awalnya, memang sukar untuk kita amalkan secara mendadak, akan tetapi apabila kita ‘istiqamah’ ataupun melakukan amalan ini secara berturut-turut, amalan ini akan menjadi kebiasaan demi kesihatan dalam jangka masa panjang.

 

Senaman

Demi menjamin kesihatan yang baik, Islam juga menyeru supaya kita memberi hak pada setiap anggota tubuh badan agar dapat mencegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dalam sehari, badan kita perlu dilatih dengan senaman supaya kita menjadi lebih sihat dan aktif bekerja. Pergerakan badan yang kerap amat penting bagi membantu sistem dalaman dalam badan kita dan juga menjana minda yang cerdas.

 

Rehat

Walau bagaimanapun, kita juga diberi hak untuk rehat misalnya tidur. Dalam Islam, tidur itu merupakan satu ibadah. Badan kita perlu berehat melalui tidur pada malam hari selama lapan jam sehari bagi membantu proses perkumuhan.

 

Kesihatan Rohani

Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian ilmu yang berfaedah akan terasa seperti jiwa di dalam kekosongan. Ilmu yang berfaedah sangat penting supaya kita lebih berpengetahuan misalnya ilmu agama. Dengan mengetahui syariat Islam yang diturunkan, kita sebagai umat Islam dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengamalkan setiap perkara yang disyariatkan dengan baik dan sempurna di sisi Allah dan masyarakat sekeliling.

Nikmat Sihat Wajib Disyukuri

Nikmat kesihatan sangat penting dalam kehidupan seharian bagi seseorang individu. Namun, tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dalam erti kata lain, dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.

Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Jadi, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...