the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Friday, 3 April 2015

TANDA-TANDA ANDA MEMPUNYAI MASALAH HORMON



Sebenarnya bagi wanita, banyak perubahan yang paling ketara ketidakseimbangan hormon ini adalah semasa mereka berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an, tetapi tak mustahil boleh juga dilihat seawal pertengahan 20 hingga 30-an....  
Namun, ramai lagi wanita yang mempunyai tanda-tanda awal masalah hormon, yang banyak berkaitan dengan bukan sahaja gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang kita terdedah setiap hari ....

Secara Ringkas Kesan-kesan Ketidakseimbangan Hormon Kepada Wanita

  •     Rambut gugur / pertumbuhan rambut di wajah atau tubuh badan
  •     Osteoporosis
  •     Murung atau Stress
  •     Kenaikan berat badan
  •     Alergi
  •     Kulit kering
  •     PMS
  •     Fibroid
  •     Lelah
  •     Gemuk air

Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon bagi wanita:


Berat badan meningkat.
Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

Masalah penghadaman.
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

Keletihan.
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

Kurang bernafsu.
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

Berpeluh.
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

Mengidam.
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.


Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

Selain mengamalkan tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan.

Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita.

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi.

Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 – 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian....

Friday, 27 March 2015

7 VITAMIN PENTING BAGI WANITA



Mesti korang tengok terkejut..banyak ye vitamin wanita perlu ambil???

Tetapi korang jangan salah sangka sebelum mengetahui keperluan & kebaikkan setiap vitamin dalam gambar kat atas ni..Setiap vitamin ini mempunyai fungsi yang berbeza dan penting untuk wanita iaitu anda dan saya!!!

Wanita ada 3 fasa yang penting dalam kehidupan iaitu:
  1.  Fasa pertama - umur 20tahun-30tahun :dimana semasa ini kita memilih kerjaya dan kehidupan berkeluarga,tidak mementingkan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang tak terurus
  2. Fasa kedua - umur 30tahun-40tahun :fasa ini kita agak serius dalam membina perkara yang penting,kita lebih fokus kepada sesuatu perkara contohnya jaga suami,jaga anak,pikirkan kewangan
  3. Fasa ketiga - umur 40tahun-50tahun&keatas :fasa ini adalah dimana kita inginkan kehidupan yang lebih baik samada dari segi amalan rohani mahupun tingkatkan kesihatan.Difasa ini barulah kebanyakkan dari kita kaum wanita menjaga makan,takutkan sebarang penyakit yang kemungkinan dihadapi.
Tapi sedarkah kita ,seharusnya kita menyiapkan diri kita seawal mungkin untuk sebarang kemungkinan dimasa akan datang.

Difasa-fasa ini kita harus peka dengan pengambilan pemakanan yang baik khususnya vitamin & mineral yang cukup untuk kita menampung keperluan badan kita.

Disini nana kongsikan keperluan vitamin diatas mengikut had umur anda
  • 20tahun-30tahun : kita hendaklah menjaga nutrisi untuk kesuburan kita,tidur awal & secukupnya,jaga berat badan.Vitamin yang penting ketika ini adalah VITALEA,B COMPLEX,KALSIUM & GLA COMPLEX(omega 6).
  • 30tahun-40tahun : diperingkat umur ini fasa pemulaan menopous iaitu proses penuaan semulajadi.GLA COMPLEX,B COMPLEX,KALSIUM & ESP sangat penting ketika ini untuk membantu anda mengharungi keadaan hormon yang agak kurang stabil.Pengambilan diet yang sihat juga penting seperti pengambilan nasi dalam kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan diabetis.
  • 40tahun keatas : VIVIX ,ESP & OMEGA GUARD(omega 3) amat penting untuk anti penuaan seperti osteoprosis,diabetis,kesihatan jantung & penyakit nyanyuk.
Diharap perkongsian ini membantu anda,kaum wanita membina kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri malah untuk orang yang tersayang.

Perkongsian dari wanita untuk wanita,salam sayang nana :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Monday, 9 March 2015

OSTEMATRIX LENA TIDURKU

Huh,dua tiga hari ni memang agak letih..Badan rasa sengal2,bahu pun agak lenguh..

Lega ada Ostematrix sangat membantu nana dan en suami hilangkan rasa letih disamping dapat tidur yang lena.

Bab cerita tidur lena ni,sebelum ni memang nana seorang yang payah lelapkan mata.Tapi sejak konsisten 4 biji sehari sebelum tidur malam,alhamdulillah memang senang tidur dan nyenyak sangat.Part yang best,bangun pagi segar sangat.Boleh terus buka mata,bangun tanpa rasa malas & letih.

Ostematrix memang nana suggest sangat untuk anda yang inginkan rasa segar sepanjang hari :)




Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, 20 February 2015

KENAPA MESTI ADA OSTEMATRIX DALAM DIET ANDA





Adakah kerana harga kalsium Shaklee lebih murah? Hmm… mungkin tidak kot. Kesihatan ni mahal harganya… jangan sebab nak murah kita diskaun segala kualitinya.

Daripada makan vitamin murah yang tak tentu dari mana, lebih baik beli makanan berkhasiat yang tinggi sumber kalsium aslinya.

Kalsium Shaklee, bukan sebarang Kalsium… sebab apa? Ia bukan saja kalsium, tapi terdiri dari mineral lain yang bekerjasama dengan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.

Kalsium membina tulang umpama batu-bata, dan mineral lain ‘melekatkan’ batu-bata ini. Barulah tulang terbina dengan sihat dan kuat kan?


Keistimewaan Kalsium Shaklee…

Namanya… OSTEMATRIX! Sesuailah dengan ciri-cirinya… bukan saja untuk bina tulang, tapi matriks tulang! Bina dan lekatkan.
  • Kalsium dan fosforus  bekerjasama untuk menguatkan tulang dan gigi.
  • Kalsium dan magnesium bergabung untuk kesihatan kardiovaskular.
  • Mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium. Kalsium memerlukan vitamin D supaya boleh diserap oleh badan.
Kebanyakan pil multivitamin dan mineral mengandungi kalsium, tapi tiada yang membekalkan kalsium mengikut RDA (800-1000mg sehari untuk dewasa, 1500mg untuk wanita hamil). Jadi, pil kalsium adalah penting, apa lagi buat mereka yang sukar mendapatkan bekalan kalsium dari makanan.


Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Friday, 6 February 2015

6 CARA TINGKATKAN METABOLISME

Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.


Metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,
mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.


Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

6 Cara Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan! Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com


 *produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


Thursday, 5 February 2015

OSTEMATRIX

Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.
 

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda.
 

Boleh Dicegah!

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20%) kes patah tulang pinggul. 


sumber penerangan.gov.my

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE OSTEMATRIX MENGEKALKAN TULANG YANG SIHAT
 

1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.
 

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
 

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis


 Pengambilan Kalsium diketahui dapat :-
- Meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
- Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila bangun pagi, mengurangkan kelesuan   

  tubuh
- Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
- Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



Tuesday, 3 February 2015

FEBRUARI 2015 SHAKLEE PROMO

Yeahh,promo februari banyak betul..

Boleh borong banyak-banyak ni..Jimat berganda

Antara promosi bulan ini adalah :

VITALEA BUY 6 FREE 1 & BUY 2 GET 5% LESS
OSTEMATRIX BUY 6 FREE 1 & BUY 2 GET 5 % LESS
ADVANCE JOINT HEALTH TABLET BUY 3 FREE 1
VITALEA FOR CHILDREN BUY 3 FREE 1



Cepat dapatkan bulan ini sahaja sah promosi ini.. sehingga 28 februari 2015 sahaja !!!


sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, 10 December 2014

VITAMIN KETIKA HAID

Penting untuk kita tahu semasa haid juga kita perlukan suplement untuk memenuhi nutrisi ketika haid.Kekurangan nutrisi juga berkait rapat dengan sengugut.Jadi semasa datang haid badan kita memerlukan lebih sumber nutrisi seperti kalsium,magnesium,zink dan vitamin B12..

Dengan bekalan makanan tambahan seperti diatas,kita sebagai wanita insyallah dapat menjalani aktiviti harian dengan baik.

Disini nana sediakan set vitamin shaklee untuk kita kaum wanita ketika haid.Semoga membantu anda untuk lebih sihat.

Shaklee sentiasa selamat,berkesan & semulajadi



sila hubungi saya,
whatsapp/sms :

012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 4 December 2014

MASALAH TIDUR

""Antara tips nampak hebat:dapatkan tidur yang cukup. Tidur penting utk memastikan proses pembaik pulih bdn berjalan lancar. Diwaktu tidur sel2 tubuh bergiat cergas melakukan proses pemulihan. Sbb itu, tidur secukupnya penting utk kesihatan dan kecantikan.kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 8 jam tidur , bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah!...""
Nana adalah salah seorang yang mengalami masalah susah tidur.kadang tu sampai 2 3 pagi baru nak terlelap.Sebelum ni nana banyak guna pakai petua-petua untuk cepat tidur dan lena.Antaranya nana akan minum segelas air masak.
Kadang-kadang kalau waktu siang nana banyak buat kerja rumah atau jogging ke ,insyallah malam tu memang cepat tidur dan lena sampai ke pagi.
Dan sejak nana kenal shaklee nana pernah cuba salah satu produk shaklee yang dapat membantu memberikan tidur yang lena iaitu OSTEMATRIX .
Salah satu produk yang nana suka dan percaya.Malah bila bangun pagi,akan rasa segar dan tak lenguh-lenguh badan mahupun kusam.Ceria la senang kata.
Selain baik untuk orang yang susah tidur,Ostematrix ini juga banyak kelebihannya..boleh intai-intai tajuk entry nana yang lain untuk ketahuinya..hihi

sila hubungi saya,
whatsapp/sms :

012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Tuesday, 14 October 2014

SELALU LETIH DAN LESU?

Dalam kehidupan seharian yang serba cepat kini,kita seharusnya lebih pantas.Tapi keadaan mempengaruhi kesihatan tubuh kita seperti cuaca,tekanan tempat kerja,pemakanan dan lain2 menyebabkan kita sering letih dan lesu.

Belum jam 12,sudah terkebil-kebil mata menahan mengantuk ketika di pejabat atau tempat kerja.Badan rasa letih dan lenguh.Balik kerja pulak terus rasa nak menghadap bantal.Anak-anak yang memerlukan perhatian pun terpaksa tak diendahkan.Ala..kesian nya anak-anak kita kan.



Apa punca kita sering letih lesu ni?

1.Tidak bersenam
2.Sentiasa stress
3.Diet pantas
4.mengambil sarapan yang manis dan berlemak
5.Kurang darah merah
6.Tak cukup tidur


VITAMIN SHAKLEE YANG SESUAI UNTUK MEMBANTU MASALAH KELETIHAN


1) VITALEA
Sumber zat besi yg terbaik untuk pembentukan darah dan sel..Vitalea lengkap dgn 28 vitamin dan mineral yg diperlukan dlm badan orang dewasa..

2) B COMPLEX
B complex membantu dalam pembebasan tenaga, metabolisme karbo, lemak dan protin. paling menarik, bcomplex adalah supplement anti stress. B complex diperlukan untuk pembentukan darah dan dengan itu ia membantu mencegah anemia yang menyebabkan keletihan.

3) OSTEMATRIX
Supplement yg paling sy suka..supplement kalsium yg lengkap dgn vitamin D dan Magnesium. pengambilan setiap mlm sebelum tidur membantu tidur yang lena..bangun keesokkan pagi..badan rasa cergas dan tidak lesu..bonus yg dapat..sistem pembuangan pun senang..

4) ESP
Ibu2 juga boleh mengambil ESP sebagai pemakanan tambahan terutama bagi ibu bekerja yang tidak sempat untuk bersarapan. Index glisemik yang rendah dalam ESP membantu dalam pembebasan tenaga secara berperingkat ke dalam badan dan mengekalkan tahap tenaga yang lebih lama. Tidak mustahil, ramai ibu2 menggunakan ESP terutama ketika berpuasa.



Testimoni pengguna shaklee








sila hubungi saya,
whatsapp / sms :
012-2437301 
 email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 21 September 2014

PENYAKIT BATU KARANG

BATU KARANG

Penyakit Batu karang terbentuk apabila perubahan berlaku pada kira-kira biasa air, garam, mineral, dan bahan-bahan lain yang ditemui dalam air kencing.

Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino.

Dehidrasi melalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang.

Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh diwarisi.

Jika orang lain dalam keluarga anda mempunyai mereka, anda mungkin perlu mereka juga.


Tanda Sakit Batu Karang

Batu karang sering menyebabkan kesakitan semasa mereka berada dalam buah pinggang, tetapi ia boleh menyebabkan tiba-tiba, sakit teruk kerana mereka bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing.

Gejala dan tanda-tanda termasuk menyeksa, kekejangan sakit di bahagian belakang lebih rendah dan / atau sampingan, pangkal paha, atau abdomen serta darah dalam air kencing.

Jika jangkitan hadir dalam saluran kencing bersama-sama dengan batu itu, mungkin ada demam dan menggigil.

Jika mengalami simptom-simptom ini dinasihatkan terus berjumpa doktor.


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

¤ Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
¤Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
¤ Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.
¤ Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
¤ Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
¤ Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
¤ Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
¤ Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
¤ Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.


Anda juga boleh mencuba vitamin Shaklee


B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang
Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi & inflamasi
Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang


sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 17 June 2014

MIGRAIN

Migrain adalah sakit kepala yang terjadi di sebelah ataupun di kedua belah kepala yang menyakitkan dan berdenyut-denyut disertai dengan loya, mengalami gangguan visual dan beberapa symptom yang lain. Migrain boleh berlaku selama antara 4-72 jam tanpa henti.

Migrain boleh dikategorikan sebagai sakit kepala vascular (vascular headaches) iaitu saluran darah ke otak yang mengalami pengembangan dan pengecutan. Ada satu kajian dilakukan iaitu menggunakan imbasan tomography berkomputer (SPECT) menunjukkan mereka yang mengalami migraine terdapat keradangan (inflammation) yang paling ketara pada meninges (yang meliputi kulit kepala).Terdapat tiga membrane iaitu dura, arachnoid dan lapisan paling bawah atau ke dalam dipanggil pia.





Migraine boleh terjadi pada bila-bila masa. Salah satu faktor migraine terjadi pada wanita disebabkan hormon estrogen yang tidak stabil; kebiasaannya wanita akan mendapat migraine ketika datang bulan (iaitu ketika hormon estrogen rendah).

Kebiasaanya migrain ada 5 fasa iaitu:

1. Sehari ataupun sebelum berlakunya migrain, terdapat perubahan pada 
    mood, mengalami masalah dengan ingatan, perubahan pada salah satu 
    lima deria kita ataupun masalah pada percakapan.
2. Sebelum sakit kepala, sesetengah orang akan nampak corak ataupun kelipan 
    cahaya ataupun mungkin kekebasan pada tangan ataupun mulut. 
    Ini dipanggil aura. Mereka yang mengalami aura ini akan epilepsy sebelum 
    jadi sawan.
3. Sebelum dalam keadaan menyakitkan, migrain boleh berlaku pada sebelah 
    kepala ataupun kedua belahnya ataupun akan berpindah daripada kiri ke 
    kanan kepala.   
4. Sakit kepala tiba-tiba hilang tetapi loya sentiasa rasa seperti berlegar-legar.
5. Seseorang itu akan merasakan letih dan kelesuan dan ingin tidur.


Shaklee mencadangkan Bcompleks dan Ostematrix untuk merawat migraine.



Ostematrix Shaklee 

mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. mineral ini membantu untuk mengawal otot dan menghantar isyarat impuls ke saraf dari dalam badan ke otak.

Bcompleks 

mengandungi semua vitamin daripada kumpulan B iaitu Riboflavin (B2), Niacin (B3), Asid Pantothenic (B5) dan Pyridoxine (B6). Vitamin daripada kumpulan B ini membantu untuk sistem saraf, perkembangan sel pernafasan, meningkatkan aliran darah ke otak dan B6 diperlukan untuk memastikan otak berfungsi dengan normal.

  Jangan jadikan migraine berlarutan hingga menganggu rutin harian anda. Jom cegah migraine dengan Set Migrain Shaklee. 

 

sila hubungi saya,
whatsapp/sms : 011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

Monday, 16 June 2014

OSTEMATRIX

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.





Siapa yang perlukan Ostematrix

- Mak Ayah yang selalu sakit lutut, nak naik tangga, nak sembahyang
   pun kena duduk kat bangku

- Orang yang selalu kejang-kejang otot


- Ibu yang menyusu - Ostematrix membantu sebagai milk booster

   dan lengkapkan keperluan kalsium

- Ibu mengandung - bagi melengkapkan kalsium,elak kencing manis dan darah tinggi


- Gastrik -  ostematrix dengan B complex bantu kurangkan sakit gastrik

- Orang yang tak suka minum susu - cukupkan kalsium harian

   lengkap dengan vitamin D dan magnesium. (Dapatkan juga lain-lain
   sumber kalsium sebenar seperti brokoli)

- Pesakit Diabetes - Tampung keperluan kalsium. Susu khas untuk
   diabetes sangat mahal.  Tak semua mampu nak beli lebih dua tin susu
   khas sebulan

- Pesaki darah tinggi - kawal darah tinggi

- Kawal berat badan - kekurangan kalsium turut sebabkan program

  diet anda gagal 


- Yang Pentingkan Keperluan Kalsium






sila hubungi saya,
whatsapp/sms : 011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...