the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label set kecantikkan kulit. Show all posts
Showing posts with label set kecantikkan kulit. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

NUTRIEN UNTUK KULIT

Nutrien untuk kulit :
Untuk dapatkan kulit sihat berseri,makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan berwarna kuning,nijirin,kekacang ,daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A,C,B6 dan mineral zink.

Jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting ,anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.



Wednesday, 6 August 2014

COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Cantik… Perkataan yang biasa kita dengar dan amat sinonim dengan kaum wanita. Ya lah, perempuan mana tak mahu cantik kan. Tapi dalam kesibukan harian kadang kala kita tiada masa untuk memanjakan diri sendiri. Sedar-sedar je muka dah bekedut dan kusam, ‘eye bag’ dah makin besar bawah mata tu dan garis2 kedut pun dah mula naik kan. Kadang2 ada yang umur baru nak masuk 30 tahun tapi muka dah macam orang umur 40 tahun. Mahukah anda menjadi tua sebelum usia?

Pastinya tak mahu kan. Tahukah anda bagaimana anda boleh tua sebelum usia? Pernahkah anda dengar perkataan kolagen?
Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Tetapi semakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Makin kurang kolagen maka makin tak sihat dan tak cantiklah kulit kita. Kurangnya kolagen menyebabkan tanda2 penuaan seperti:
    • Kulit dah mula melayut dan kendur sana sini
    • Kulit kering dan berkedut
    • Kulit kurang anjal
    • Payudara melayut dan tidak tegang
    • Kulit kusam
    • Rambut halus dan gugur
    • Kuku rapuh dan mudah patah
    • Pigmentasi

Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang akan mengalami kemerosotan kolagen ini dan munculnya tanda-tanda penuaan. Tetapi bagi wanita itu semestinya mimpi ngeri kan. Cara untuk mengatasinya mudah sahaja iaitu dengan mengambil kolagen tambahan kerana tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang awet muda.

Sejak kebelakangan ini, memang banyak produk kolagen di pasaran tidak kira untuk minum mahupun untuk pakai luaran. Tetapi apa yang anda perlu tahu, size molekul kolagen besar dan tidak boleh meresap melalui kulit. Sebab itulah kolagen yang dipakai luaran kurang berkesan. Yang terbaik adalah kolagen yang diminum dan tahukah anda apa produk kolagen terbaik di pasaran?







KENAPA MESTI COLLAGEN POWDER SHAKLEE?


    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 400mg proprietari RSS collagen
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi dan diektrak dari sisik ikan merah (ikan merah adalah sumber collagen terbaik kerana daya ketahanannya)
    • Dalam Collagen Powder Shaklee, molekulnya ringan untuk memudahkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan hebat
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 7 bahan tambahan termasuk Vit B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda



Tidak mahu tua sebelum usia? Mahu kekal awet muda? Mahu kelihatan muda 10 atau 15 tahun dari usia sebenar? Jom amalkan Collagen Powder Shaklee. InsyaAllah hasilnya berbaloi dengan pelaburan anda.


sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, 9 July 2014

VITAMIN C DAN KEBAIKKANNYA UNTUK TUBUH BADAN




Apakah vitamin C?
Vitamin C, atau turut dikenali sebagai asid askorbik ialah vitamin larut air. Vitamin ini bertindak sebagai antioksidan yang memerangi radikal bebas daripada merosak dan memusnahkan sel. Merupakan vitamin penting dalam pembentukan kolagen dan meningkatkan sistem imun tubuh.

Apa sumber makanan yg kaya dgn VITAMIN C? 
  • Buah-buahan dan sayur seperti:
  • Buahan sitrus (oren, anggur, kiwi, strawberry, laici, blackcurrent)
  • Sayur (brokoli,tomato,potato)
  • Capsicum

Apa simptom kekurangan vitamin C
  • Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen)
  • Tanda2 lebam pada badan(salur darah lemah)
  • Luka lambat sembuh
  • Sering letih, lemah
  • Anemia
  • Salur darah mengecil dan mudah runtuh
  • Rambut gugur
  • Sakit sendi
  • Darah dalam mata
  • Kulit kering dan gatal
  • Depression
  • Edema
  • Kurang selera makan
  • Masalah pencernaan
Apakah fungsi vitamin C utk badan manusia?
  • Membantu meningkatkan immune system
  • Mempercepat proses penyembuhan luka dan demam
  • Penting dalam pembentukan kolagen yang merupakan ‘gam’ bagi sel
  • Penting untuk kesihatan gusi dan gigi
  • Merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel
  • Membantu dalam proses penghadaman
  • Membantu mengembalikan hormone stress  dan memastikan fungsi kelenjar adrenal berjalan dengan sempurna.
  • Bertindak sebagai antikimia yang menjadi racun seperti nitrates dan nitrates
  • Menghadkan ‘oxidation’ terhadap kolesterol jenis jahat LDC cholesterol.
  • Membantu memulihkan selesema, resdung
  • Mencegah penyakit barah
  • Sebagai ‘Protector gate’ untuk mengelakkan badan mudah dijangkiti/terkena penyakit.

 Apa perbezaan viitamin C Shaklee dgn vitamin C yg lain

  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoids’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg (elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah( Untuk kanak2)
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

 Perlu ke ambil vitamin c ni? Perlu sangat2..sebab tuh dalam set paling asas Family wellness , set menyusu, set kecantikkan kulit, semua ada vitamin C.


Pilihan saya? Sudah tentu Sustained release Vitamin C Shaklee :)

sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 7 July 2014

VITAMIN KULIT SIHAT

Bagi korang yang mempunyai masalah kulit,janganlah give up k...setiap masalah mesti ada penyelesaian..Saya ada sediakan set kecantikkan/jerawat/kulit berminyak ,anda boleh baca dan jika ingin cuba set ini,jangan segan silu text saya k..saya akan cuba bantu korang..




PERANAN ESP

[✔] Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
[✔] Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
[✔] Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut

FUNGSI VITAMIN E

[✔] Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
[✔] Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
[✔] Menjaga kelembapan kulit
[✔] Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

FUNGSI VITAMIN C

[✔] Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
[✔] Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
[✔] Mencerahkan kulit

FUNGSI B COMPLEX

[✔] Sebagai pelembap
[✔] Mencegah pigmentasi
[✔] Melambatkan tanda penuaan
[✔] Mengubati jerawat

Selain baik untuk kulit,vitamin2 diatas ni juga baik untuk kesihatan tubuh badan kita serta memberi tenaga.

TESTIMONI SET D







sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

JERAWAT OH JERAWAT

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Kenali Punca-punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.


Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Saya akan terangkan punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam entri-entri yang akan datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang mungkin anda hidapi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...