the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label pcos. Show all posts
Showing posts with label pcos. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

CERITA TENTANG TTC SAYA

Selepas setahun lebih bernikah,saya dan suami ada pergi check up untuk kehamilan.Kami tertanya-tanya kenapa dan apa masalah kami,dari tu la kami pergi jumpa doktor..
Mula-mula pergi ke klinik biasa,time tu masih tinggal di KL..doktor di klinik suruh kami refer hospital sebab saya didapati menghidapi PCOS..(sila lihat entry sebelum ni,apa itu PCOS).

Seingat saya pada tahun 2012,saya check upt dan muncul double line..perasaan memang sangat2 happy tp malangnya bila kami berjumpe doc pakar di kpj ampang,rupa ye itu hanya hormon cyst tu yang membuatkan double line tu muncul..huhu..siap doktor amik darah untuk pastikan saya hamil atau tak..

tahun 2013 saya berpindah ke JB,dan saya sambung jumpe doktor yang lain di klinik panel.Doktor beri clomid 50mg ,makan selama 5 hari..suami saya juga membuat ujian air mani,dan keputusan baik tapi masih tidak ada khabar berita gembira untuk kami..

Saya agak binggung memikirkan hal ini..tapi saya tetap positif kan diri..semua ni dugaan untuk yang mampu hadapinya..

hujung 2013 saya membuat temujanji dengan doktor pakar hamid arshat di bukit damansara,KL.awal 2014 baru jumpe doc kali pertama,kami buat ujian dari awal semula.saya mmg ada PCOS,telur ada tp tak berkembang baik dan stay dalam ovari.Doc suruh saya buat ujian HSG.

Saya membuat temujanji di Hospital Columbia Setapak untuk membuat ujian HSG,bayaran dikenakan sebanyak rm300++.Dan alhamdulillah keputusan menunjukkan tiub saya dalam keadaan baik dan tidak tersumbat..lega rasa hati..syukur dan thanks pada suami yang sentiasa menemani saya.

kemudian saya menemui doc hamid untuk tindakan lanjut.Saya dibekalkan 3 set clomid(150mg untuk sehari selama 5 hari) untuk 3 cycle(mei,jun,july).Alhamdulillah setiap bulan ketika buat sendiri ujian kesuburan,tiap2 bulan ada masa subur nana..Doc kata jika tiada apa2 tanda gembira ,saya boleh buat IUI..dan bulan oktober 2014 ,insyallah saya akan buat IUI...

bersambung...... :)

*latest update 22 august 2017 

Tahun 2016 dalam bulan 9 macam tu,period nana agak lewat sikit..perut rasa kram macam nak period ..buat upt tapi negatif..bulan 10 tu period nana 2 hari je muncul..dalam masa tu mmg perut cramp on off..then smpi 20/11/2016 pagi tu nana bleeding keluar seketul darah beku..besar..pagi tu ke klinik..cek upt negatif..dan doc terus kata ituu period biasa..sampai la 2 minggu berlarutan ..nana pelik dah sebab kalau period biasa dlm 7 hari tapi ni dh masuk 2 minggu..pegi la klinik cek upt POSITIF!!! yes positif tapi pegi scan plak nampak kantung dah nak turun..mean nak gugur la..terus la naik ambulan ke HM ..masuk ward amik test Beta HSG ..tidur semlm kat ward dan dpt keputusan mmg hamil tp that time mmg bacaan rendah ..balik la petang tu..2 minggu  dtg balik HM ..cek beta HSG ..result drop..ke 9.1...mean dah gugur  la...maksud ye kat sini..first day yg doc kata period tu actually darah beku nk jadi baby.. :( 

Alhamdulillah mmg tak sangka akhir ye dapat tahu diri ni boleh hamil..syukur sangat.

so continue ...semalam 21 ogos 2017 ke hospital ada appointment ..proceed untuk iui..seblm tu ada la test2 yg perlu ambil..

Doc scan dulu utk tgk rahim dan ovary..dan alhamdulillah cyst dah tak ada..doc pun tgk ada satu telur yang sedang membesar..alhamdulillah..

next appointment bulan 12.. krik krik menunggu...

STAY POSITIVE



Thursday, 3 July 2014

PCOS


APA ITU PCOS
Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid pada wanita tersebut. 

Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang banyak atau berpanjagan, masalah kegemokan/obesity dan ada yang bermasalah tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.

Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

APAKAH TANDA-TANDA PENYAKIT POLYCYSTIC OVARY?


TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai juga yang bolih hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada yang berulang2 kali gugur.


I.Berbagai Jenis Gangguan Haid 

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 

II.Gemuk

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti. 

IV.Tumbuh rambut.

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.


APAKAH PUNCANYA?


Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon follicle stimulating hormon FSH (normal), Luteinizing hormone LH – tinggi, hormon estrogen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi. Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. 

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO. 

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penyakit ini.
 Merawat polycystic ovari

i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.

ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. 

Tuesday, 17 June 2014

GLA COMPLEX DAN KEBAIKKANNYA








Supplement Evening Primrose Oil,atau dengan nama singkatannya EPO,amat mahsyur dikalangan wanita..Ada yang menggunakan dari sejak zaman muda lagi,ada yang mengamalkan apabila dah berusia,terutama apabila hampir-hampir menopause,dan tidak kurang juga yang menggunakan setelah  berumah tangga untuk menstabilkan hormon kewanitaan.Pendek kata,ada sesetengah yang berkata" kalau tak ambil supplement lain pun tak apalah,asalkan jangan skip makan EPO". Begitu sekali impak EPO kepada wanita.. Di Shaklee kami tidak mempunyai vitamin yang dipanggil EPO. Namun, shaklee ada vitamin yang lebih baik dari EPO, yang dikenali sebagai GLA COMPLEX. Owh ya dalam GLA COMPLEX, turut ada kandungan vitamin E dan minyak matahari.



FUNGSI GLA COMPLEX

-hindari ulser
-melegakan kelesuan
-meringankan kebas2 tubuh badan 
-mengawal selia hormon wanita dan lelaki
-mengurangkan  simptom PMS seperti sakit pinggang ketika period atau sengal payudara
-melambatkan menopous
-menjadikan kulit lebih berseri
-menghalang penambahan berat badan
-menghalang pertumbuhan kanser dan sel tumor
-rangsang peredaran darah
-menghalang tekanan darah tinggi


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA COMPLEX?

+wanita yang menghidapi PMS
+wanita yang ingin hamil
+mereka yang menghidapi kencing manis
+mereka yang mahu mencantikkan kulit
+mereka yang menghadapi masalah kesuburan
+wanita yang period tidak teratur
+mereka yang ada cyst dan menhidapi pcos



sila hubungi saya,
whatsapp/sms : 011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...