the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

Thursday, 12 March 2015

10 MAKANAN BANTU ELAK ARTERI TERSUMBAT

1. Bawang putih
Bawang putih diketahui telah digunakan sejak zaman purba bagi merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan pada kajian, bawang putih mampu menghalang salur darah dari mengeras dan menjadi tempat pembentukan plak. 


2. Anggur
Anggur sangat kaya dengan flanovoids, quercetin dan resveratrol. Flanovoid ditemui dapat menghalang proses okdidasi kolesterol jahat (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding salur arteri. Ia juga merendahkan risiko darah tersumbat yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung. 


3. Bayam
Bayam sangat kaya dengan potassium dan asid folik dimana ia bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, sejenis carotenoid yang mampu menghalang serangan jantung dengan melindungi arteri bebas dari pembentukan kolesterol. 


4. Ikan
Satu kajian dari Southampton University telah menemui bahawa minyak Omega 3 yang terdapat pada ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pembentukan lemak dalam arteri. Asid lemak ini menghalang oksidasi kolesterol dan tragedi darah tersumbat.
 
5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksidasi akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.
 

6. Tomato
Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Korea, lycopene, kompaun dalam tomato yang memberikan ia warna membantu menghalang arteri dari mengeras. 


7. Buah delima
Jus dan buah delima yang sangat tinggi dengan antioksidan bukan sahaja dapat menghalang arteri dari mengeras dan rosak malah dapat mengundurkan semula progres penyakit ini. 

  
8. Kiwi dan cantaloupe (kalu kat pasaraya nama dia rock melon)
Makanan yang kaya dengan antioksidan ini mengurangkan kesan toksik kolesteol LDL, yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Kiwi dan cantaloupe ni mampu menghapuskannya malah menghalangnya dari merebak. Makanlah secawan cantaloupe atau kiwi sehari untuk mengawal masalah darah tersumbat. 

 
Rock melon a.k.a Cantaloupe

9. Jus kranberi
Ia meningkatkan kebolehan sel-sel tubuh untuk menukarkan lemak kepada tenaga sekaligus menghalang ia dari menimbun dalam salur darah.

10. Oat
Oat mengandungi serat yang akan melekatkan dirinya pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem tubuh kita. Kajian menunjukkan, dengan memakan 1setengah hingga 2setengah cawan oat setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20%.


Vitamin Shaklee yang boleh bantu elak dan atasi masalah arteri tersumbat ialah



vitamin shaklee untuk strok

Nak tau kenapa rakyat perancis paling sedikit terkena serangan penyakit strok, jantung dan penyakit kardiovaskular walaupun makanan utama mereka ialah daging dan lemak?
Sebab mereka suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah peram yang mengandungi resveratrol yang boleh mencegah penyakit2 tersebut. Tapi, takkan orang islam nak minum wain kan? .

Vivix kan ada..setiap hidangan (1 sudu teh) menyediakan 100mg resveratrol iaitu sama dengan 100 gelas wain. Tambah lagi kandungan resveratrol dalam vivix turut diperkayakan dengan poliphenol yang diekstrak dari sumber anggur muscadine yang menjadikan ia suplemen anti-penuaan yang terbaik didunia.

Vivix turut mengandungi carrot ungu, elderberry dan knotweed jepun yang menjadikan ia tinggi antioksidan yang mampu memberi perlindungan terhadap kolesterol tinggi, penyakit jantung dan strok selain meningkatkan sistem imun tubuh.





Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Tuesday, 18 November 2014

JANGAN BOROIKAN SUAMI ANDA

Suami boroi tanda hati senang, rumahtangga bahagia, isteri rajin & pandai masak… macam-macam lagilah perkara memuji pasangan yang bersuamikan lelaki boroi. Bersuamikan lelaki boroi sangat membahagiakan…. Boroi itu seksi.

Wahai para isteri yang sayangkan suami… Kalau sayang suami, sayang anak-anak, sayang diri sendiri…  tak usah dibiarkan suami terus dalam keadaan boroi. Tolong dia untuk kurangkan tahap keboroian itu. Boroi memang seksi, memang cute, memang comel… tapi…


Boroi adalah salah satu tanda suami anda mungkin mengalami sindrom X atau sindrom metabolik!

Pengumpulan lemak di kawasan perut dan pinggang, diiringi dengan beberapa point dalam pemeriksaan kesihatan….. sebenarnya meningkatkan risiko suami anda untuk menghidap sakit jantung, strok dan kencing manis. Inilah keadaan yang dinamakan sindrom X atau sindrom metabolik itu.
Boroi adalah salah satu ciri sindrom X. Lain2 ciri penghidap sindrom X yang boleh diperolehi melalui pemeriksaan kesihatan:

  • Paras gula dalam darah semasa berpuasa adalah tinggi (masalah dengan insulin)
  • Bacaan kolesterol HDL lebih rendah dari 35 mg/dl
  • Bacaan trigeliserida sekurang-kurangnya 150 mg/dl
  • Tekanan darah melebihi 140/90
Sindrom X membawa kepada risiko rintangan terhadap insulin dan pra-diabetes (paras gula yang tinggi, tapi belum tahap diabetes). Kalau keadaan ini berterusan, ia berkaitan dengan pelbagai respon negatif daripada tubuh seperti:-
  • Kerosakan pada lapisan dalam arteri –> risiko penyakit jantung dan strok.
  • Perubahan kepada keupayaan ginjal untuk menyingkirkan garam –> risiko darah tinggi, sakit jantung dan strok.
  • Peningkatan kadar trigeliserida –> risiko penyakit kardiovaskular.
  • Risiko blood clot (pembentukan darah beku) yang boleh menyekat salur darah dan menyebabkannya pecah –> risiko serangan jantung dan strok.
  • Mengganggu proses rembesan insulin –> risiko diabetes Jenis 1.


Apa boleh isteri lakukan untuk bantu suami hidup lebih sihat?


  • Galakkan suami beraktiviti fizikal, misalnya jogging bersama, berbasikal, bermain badminton.
  • Kurangkan menyediakan makanan berlemak, karbohidrat bertapis dan kalori kosong.
  • Minimumkan pengambilan ubat-ubatan beliau. Ubat-ubat seperti ubat anti depresi, kortikosteroids, antihistamin; boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa kepada obesiti dan intoleransi glukos.
Sayang suami, jangan biarkan dia terus boroi. Tak dapat 6 pack pun tak apa, asalkan tak ke depan sangat. Semoga suami kita dan kita sendiri bertambah sihat dan bahagia selamanya bersama-sama.

Wednesday, 5 November 2014

CARA ELAK TEKANAN DARAH TINGGI

Ramai dalam kalangan kita tidak menyedari bahawa stress atau tekanan kerja mahupun keadaan sekeliling sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua terutamanya wanita berkerjaya.Tugasan atau tanggungjawab berganda sebagai seorang pekerja,ibu dan isteri adakalanya menyebabkan wanita beerhadapan dengan pelbagai masalah yang menyangkut hal perasaan dan emosi.

Tanda- tanda stress ialah jantung anda berdegup dengan cepat,banyak berpeluh,risau dan bimbang,sukar tidur,hilang selera makan ,murung serta gelisah.



Bagaimana mahu elakkan tekanan dan stress?

Bersenam dengan kerap
Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.Bersenam boleh membantu seseorang mengawal selera makan dan membakar lemak.Juga menghilangkan rasa bimbang dan seterusnya menjauhkan dari masalah.

Rehatkan minda dan tubuh badan
Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah dan urat yang tegang.Berurut juga mampu menghilang ketegangan akibat bebanan stress.

Kurangkan pengambilan kalori
Elakkan mengambil kalori yang melebihi untuk tubuh.Kurangkan penggunaan garam dalam penyediaan makanan harian

Amalkan diet yang seimbang
Masalah tekanan darah tinggi boleh berkait dengan masalah kolestrol tinggi.Diet seharian untuk mengawal masalah ini.Elakkan makan organ dalaman  dan lebihkan makanan berserat seperti beras perang,oat dan buah-buahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...