Tapi jika kita memberi input yang positif kepada diri kita sendiri,insyallah segalanya akan membuat kita lebih keyakinan.
Disini juga nana akan kongsi 5 cara tingkatkan keyakinan diri korang.
1. Amalkan pemakanan sihat
Ya,serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari korang mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan korang lebih yakin dengan diri tanpa korang sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.
2. Pastikan anda Bersenam, Setiap HariWalaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri korang secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan korang hari demi hari.
3. Luang Masa Bantu Orang Lain
Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat korang sendiri. Jika korang luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri korang. Membantu orang lain tunjukkan diri korang yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
4. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka
Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.Korang pastinya tidak mahu bertemu dengan orang ramai dengan wajah kusam ‘kan?
5. Senyum!
Mulakan hari korang dengan senyuman , jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika korang suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.
Bagus - tips yg baik Dee:)
ReplyDeletesenyum yg paling mudah hehee :) :)
ReplyDelete