the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

RINDU APPLE STRUDEL PERTH !!!


LOOK NICE kan...hihi..memang terbaik rasanya..

Nana tahu apple strudel ni pun dari adik nana,time nana gan en suami di perth last month..dia whatsapp nak suh kirim Apple Strudel..Alamak,time tu memang nana tak tahu le mana nak cari.Dia siap send address.Rupa ye Corica Pastries ni dekat je dengan hostel yang nana stay.

Terpikir jugak macam mana nak bawak balik,lepas ke..Bile dah beli baru tahu boleh sebab diorang siap letak dalam kotak macam dalam gambar atas tu..Harga masa nana beli aritu dalam 22$ AUS..

Korang2 kalau pi ke Perth nanti wajib pi beli eyh dan rasa..kalau nak tapaukan untuk nana pun dialu-alukan..haha.. Alamat dia 106 Aberdeen Street,Northbridge, WA http://www.coricapastries.com.au











Monday, 12 January 2015

SIAKAP GRILL SOS NENAS

Nana sekarang ini tengah kumpulkan dan try resepi bakar atau grill.disebabkan baru beli oven,kene la start masak guna oven kan.

Resepi siakap grill ini Nana kongsikan dari resepi chef Anis nabila...selamat mencuba!!


Bahan-bahan:

½ biji Nenas
½ biji Bawang Kuning
4 biji Cili Padi Merah
1 ikat Daun Ketumbar
½ sudu kecil Serbuk Kunyit
2 fillet Ikan Siakap
Garam secukup rasa
½ sudu kecil Minyak cili
1 sudu besar Grape Seed Oil/minyak zaitun
Daun Pisang
Bawang Kuning
Sos Plum
Minyak Bijan


Cara Menyediakan:

• Cincangkan nenas, bawang kuning, cili padi merah dan daun ketumbar.

• Taburkan sedikit serbuk kunyit ke atas fillet ikan siakap dan garam.

• Tuangkan minyak cili dan sapukan fillet itu sehingga rata.

• Panaskan grape seed oil ke atas kuali leper, dan panggangkan ikan sehingga masak.

• Tumiskan bawang kuning didalam kuali yang sama sehingga harum.

• Masukkan cili padi merah, sedikit air, sos plum dan minyak bijan.

• Tambahkan sedikit garam secukup rasa.

• Masukkan daun ketumbar, dan tuanggkan sos yang telah dimasak keatas ikan.


Tips:

Anda juga boleh menggunakan ikan tilapia atau ikan kerapu, mengikut citarasa anda!

 

Thursday, 8 January 2015

RESEPI NASI AIR THAILAND

Aduhh bila teringat...memang menggangu fikiran..haha

Siapa yang pernah rasa NASI AIR ni memang tahu nikmatnya..Untuk makluman nasi air ni tidak lah sama dengan bubur nasi biasa tu,tidak sama juga macam bubur lambuk..

Pertama kali nana makan di Kota Bharu.Waktu tu pergi ke majlis kawan baik nana.Malam tu singgah kedai makan ,suami order nasi air,perghh rasa nasi air ni betul-betul sedap hokey..
Dan malam tadi nana dikuantan,balik kampung suami.Selepas ke rumah kakak ipar,kami singgah makan di area airport kuantan.Apa lagi order semangkuk nasi air dan somtam..Dua-dua terbaik!




La ni cari resepi la apa lagi ..hihi
Resepi ni perkongsian daripada blog azlitamasammanis.com

Cara masak beras:
1 cup beras
4 cup air rebusan daging atau ayam
halia
bawang putih
serai
garam

Cara masak sup:
Tumis,
bawang putih
bawang merah
halia
serai
& rempah ratus
garam
gula
Selepas masak,terus masukkan dalam rebusan daging/ayam tu

Lauk tambahan:
ikan bilis goreng
telur masin
cili potong
bawang goreng
daun sup

Sila-silalah mencuba tau.


Saturday, 27 December 2014

AISKRIM KELAPA DANAU KOTA



Semalam saja jenguk kedai kakak nana di danau kota.Then perasan ada kedai baru bukak.

Booth jual aiskrim kelapa.hihi ..

akhir ye dapat rasa,hari tu pergi kelantan tak kesempatan rasa.

Yang ni boleh tahan juga rasanya.sedap..letak pulak sedikit pulut,kacang dan jagung.

Harga rm5 sahaja.. #aiskrimkelapa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...