the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Tuesday, 10 February 2015

APA ITU ANEMIA

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tis-tisu ,dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Gejala anemia(kurang darah)


Berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan bahwa anda mengalami anemia.

  1. Kelopak Mata Pucat
Sangat mudah untuk mendeteksi anemia dengan melihat mata. Ketika Anda meregangkan kelopak mata dan memperhatikan bagian bawah mata. Anda akan melihat bahwa bagian dalam kelopak mata berwarna pucat.

2. Sering Kelelahan
Jika Anda merasa lelah sepanjang waktu selama satu bulan atau lebih, bisa jadi Anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah. Pasokan energi tubuh sangat bergantung pada oksidasi dan sel darah merah Semakin rendah sel darah merah, tingkat oksidasi dalam tubuh ikut berkurang.

3. Sering Mual
Mereka yang menderita anemia seringkali mengalami gejala morning sickness atau mual segera setelah mereka bangun dari tempat tidur.

4. Sakit kepala
Orang yang mengalami anemia sering mengeluh sakit kepala secara terus-menerus. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Hal ini sering menyebabkan sakit kepala.

5. Ujung Jari Pucat
Ketika Anda menekan ujung jari, daerah itu akan berubah jadi merah. Tetapi, jika Anda mengalami anemia, ujung jari Anda akan menjadi putih atau pucat.

6. Sesak napas
Jumlah darah yang rendah menurunkan tingkat oksigen dalam tubuh. Hal ini membuat penderita anemia sering merasa sesak napas atau sering terengah-engah ketika melakukan aktivitas sehari-hari seperti berjalan.

7. Denyut Jantung Tidak Teratur
Palpitasi adalah istilah medis untuk denyut jantung tidak teratur, terlalu kuat atau memiliki kecepatan abnormal. Ketika tubuh mengalami kekurangan oksigen, denyut jantung meningkat. Hal ini menyebabkan jantung berdebar tidak teratur dan cepat.

8. Wajah Pucat
Jika Anda mengalami anemia, wajah Anda akan terlihat pucat. Kulit juga akan menjadi putih kekuningan.

9. Rambut rontok
Rambut rontok bisa menjadi gejala anemia. Ketika kulit kepala tidak mendapatkan makanan yang cukup dari tubuh, Anda akan mengalami penipisan rambut dengan cepat.

10. Menurunnya Kekebalan Tubuh
Ketika tubuh Anda memiliki energi yang sangat sedikit, kekebalan atau kemampuan tubuh untuk melawan penyakit ikut menurun. Anda akan mudah jatuh sakit atau kelelahan.



Salah satu punca anemia adalah kurang nutrisi dalam tubuh ,dlm erti kata lain..badan kekurangan zat besi,asid folik, B12 utk mengasilkan sel darah merah..Punca anemia yang lain adalah seperti kehilangan darah ygbanyak(numgkin akibat accident,tumpah darah,etc)..
Jadi..apakah supplement shaklee yang boleh membantu? (rujukan:lamanweb rasmi shaklee)


  • Vita-lea Iron Formula -
    Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi
  • B Complex (lengkap dgn asid folik) - Vitamin B12 mencegah anemia manakala B5 dan B6 membantu dlm penghasilan sel darah merah
  • Vita C 500mg sustained Release - Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dgn lebih efisien



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  

Wednesday, 28 January 2015

KEPENTINGAN ASID FOLIK SEMASA HAMIL

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B.Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang,sayuran hijau,beberapa buah,dan juga yis dan ekstrak daging lembu.Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke 13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Apakah sumber makanan?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar. 
Mungkin agak payah untuk kita konsisten makan sayuran yang mempunyai folat.Cara termudah dan selamat adalah mengamalkan pengambilan b complex Shaklee yang juga terdapat asid folik didalamnya. 




sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com



*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Wednesday, 3 December 2014

RISIKO OBESITI KETIKA HAMIL

Apakah risikonya saiz badan yang semakin membesar semasa hamil? Apakah risikonya kepada ibu dan bayi? Bolehkah risiko tersebut diubah?

Jawapan

Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu perkara itu supaya boleh berhati-hati.

Risiko

Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi berikut. Terdapat beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu. Komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk kencing manis, darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan, pra-eklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).

Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan). Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Pun begitu, risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil.

Kebanyakan masalah dan situasi kesihatan tersebut boleh diuruskan, dan dalam kes-kes tertentu boleh dielakkan. Anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa sebarang masalah. Kebanyakan wanita bersaiz besar menjalani kehamilan dan melahirkan bayi secara normal.

Idealnya ialah anda patut cuba mengurangkan berat badan sebelum hamil. Tetapi jika anda sudah pun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan bayi anda.

Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.

Berdiet

Berdiet untuk menguruskan badan semasa hamil bukanlah idea yang baik. Malah, kajian menunjukkan terdapatnya kaitan antara berdiet semasa tiga bulan pertama kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira bagaimana saiz si ibu. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda dan bayi adalah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.

Senaman yang kerap semasa hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran. Ia merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan dengan diet yang sihat dan boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar.

Tetapi jika anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukan masa yang terbaik untuk memulakan satu rejim senaman yang berat. Asalkan anda mendapat kebenaran doktor, anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana. Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.

Penting juga bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis?

Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.


Shaklee juga mempunyai set vitamin untuk sepanjang kehamilan serta selepas kelahiran.Memastikan anda mendapat nutrisi yang terbaik dan lengkap secara semulajadi,selamat dan berkesan.

Supplement shaklee ini membantu:
-tekanan darah yang normal
-mengurangkan stress
-memberi tenaga sepanjang hari
-memenuhi nutrisi dan mineral penting 
-membina tulang yang kuat
-mengurangkan rasa lesu dan letih
-membina ingatan bayi dan menguatkan ingatan bagi ibu hamil
-mencegah penyakit kencing manis ketika hamil
-membina sel yang baik untuk bayi anda





sila hubungi saya,
whatsapp / sms :
012-2437301 
email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...