the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label vitamin c chewable. Show all posts
Showing posts with label vitamin c chewable. Show all posts

Tuesday, 17 February 2015

KEPERLUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK

Untuk kanak-kanak membesar secara normal, makanan memainkan peranan yang penting. Oleh itu, ibu bapa perlulah tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Bagi membantu ibu bapa, bersama-sama ini disenaraikan lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.




1.      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.


2.      Jangan sekat anak makan

Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.

3.      Pentingnya vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.


4.      Tambah saiz hidangan

Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.


5.      Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.

 sumber: Pa&Ma

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


 

Monday, 5 January 2015

"CANDY" SHAKLEE

Sesetengah kanak-kanak memang kurang selera untuk makan nasi mahupun sayuran.Kebanyakkan dari mereka lebih mengemari gula-gula atau makanan ringan yang tidak berkhasiat.Bagi mengekalkan dan meningkatkan kesihatan mereka dikala mereka membesar.Pilihlah makanan tambahan yang dijamin terbaik dan selamat.

Apa kata sekarang tukar kepada "candy" shaklee yang sudah tentu terbaik untuk kandungan nutrisi dan mineral anak-anak anda!!




Vitamin C dan Vitalea chewable bagi memudahkan anak-anak anda mengunyah dan menghisap seperti gula-gula.Rasanya masam-masam manis memang begitu menyegarkan!!!

Apakah kelebihan Vitamin C chewable & Vitalea for children Shaklee ini?

*VITAMIN C CHEWABLE  memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan juga diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi.

* VITA-LEA FOR CHILDREN ini ada 18 Vitamins dan Mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kita.Rasanya pula? Semestinya PERISA SEMULAJADI ANGGUR yang sedap!! Bukan perisa sintetik yerr.. So ibu bapa jangan risauu...








sid diyana 

telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301 

email : dia_green69@yahoo.com
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...