the shaklee difference

the shaklee difference
Showing posts with label asthma. Show all posts
Showing posts with label asthma. Show all posts

Monday, 3 November 2014

PUNCA & TANDA ANAK HIDAP ASTHMA


Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma. 




 PUNCA-PUNCA


Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :

  • alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
  • jangkitan pernafasan sperti selsema
  • aktiviti fizikal
  • pencemaran udara seperti asap rokok
  • sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
  • cuaca yang sejuk
  • gangguan emosi dan stress
  • bahan ber'sulfite', bahan pengawet
  • GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
  • putaran haid bagi sesetengah perempuan
  • alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.

INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA

Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
  1. latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
  2. jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
  3. terdedah kepada asap rokok
  4. persekitaran udara yang tercemar
  5. pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
  6. kurang berat badan ketika lahir
  7. berat badan yang berlebihan

SIMPTOM-SIMPTOM


Tanda-tanda dan simptomnya adalah berbeza mengikut peringkat kurang membimbangkan(minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah teruk(severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin mengalami desahan(bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang.Namun ketika tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam. 
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
  1. pernafasan yang pendek
  2. sakit-sakit dada
  3. sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
  4. bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
  5. batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam
Tanda-tanda Asthma mungkin bertambah teruk seperti :
  1. serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
  2. kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)

BAGAIMANA OMEGA GUARD MENGATASI MASALAH ASTHMA


Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan. . Hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil. 
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA)Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.

Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia

Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa
Hexaenoic Acid), EDA  menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
Nana harap kepada ibu bapa dapat  memberikan Omega Guard Shaklee kepada anak mereka yang menghidap asma. Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti. Tiada inhaler tiadalah steroid. Insyallah Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma anak anda.


sila hubungi saya,
whatsapp/sms :

012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 2 November 2014

KESAN KEKURANGAN OMEGA 3 DALAM TUBUH

Omega-3 sebenarnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia perlu didapatkan dari pemakanan atau suplemen!

Tahukah anda bahawa  lebih 90% populasi manusia tidak mengambil asid lemak baik ini secara mencukupi!

Kekurangan pengambilan Omega-3 akan membawa masalah terutama masalah kesihatan memandangkan Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan organ dalaman tubuh termasuk jantung.






Kesan kekurangan Omega-3 pada manusia:

Perkembangan otak
Satu daripada komponen penting otak adalah omega 3. Asid lemak ini membentuk struktur yang besar di dalam otak. Jika kekurangan, terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, otak tidak akan berfungsi secara optimum!

Lebih buruk ia boleh menyebabkan gangguan bipolar, ADHD, autisme, malah barangkali juga skizofrenia dan Alzheimer!!!

Janin dalam kandungan yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi daripada ibunya berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

Kesihatan jantung
Omega-3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.

Jika tidak mendapat Omega-3 yang cukup, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi juga serangan jantung!!

Masalah kulit
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat, dan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang sirkulasi darah dalam tubuh. Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar!

Alahan
Alahan adalah sensitiviti tubuh terhadap bahan2 tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya. Dengan menambah pengambilan Omega-3 dalam diet, masalah alahan dapat dikurangkan.

Alzheimer
Juga dikenali sebagai nyanyuk. DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak penting dalam otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron. Kekurangan DHA boleh menyebabkan depresi, ADHD (hiperaktif), dementia juga autisme.

Asthma
Asthma menyebabkan susah bernafas, semput dan batuk. Ini berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan  dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes. Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut, juga mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir disekitar salur pernafasan.

Masalah berat badan
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Bagaimana? Ini kerana, apabila kita tidak mendapat Omega-3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. Ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sakit sendi
Apabila usia meningkat atau juga apabila berat badan meningkat, fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi. Omega-3 berfungsi mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega-3 juga membantu menambah kepadatan jisim tulang.

Autisme
Kajian mendapati ibu mengandung yang mengambil suplemen Omega-3 semasa hamil kurang berisiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan dan memori anak2 autisme juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).

Simptom kekurangan Omega-3 yang lain


  • kelesuan
  • lemah ingatan
  • kulit kering
  • tekanan dan perubahan mood (mood swing)
  • peredaran darah perlahan
  • masalah jantung
  • diabetes
Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.
Haaa tengoklah banyaknye kesan jika kita tak cukup Omega-3 dalam makanan kita.. Cek2 tengok sekarang ni pun dh ada tanda2nya kan?
Cukupkan keperluan nutrisi harian kita..Mudah saja jika kita tahu caranya.. ;)


sila hubungi saya,
whatsapp/sms :

012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...