the shaklee difference

the shaklee difference

Tuesday, 4 November 2014

SAKIT RADANG PARU-PARU

Apakah Radang Peparu (Bronchitis)?Pernahkan anda merasakan apabila anda terdedah kepada suhu yang sejuk, dada anda mula merasakan kesakitan dan anda mula batuk. Dan ini diikuti pula dengan kesejukan yang mula menggamit dan akhirnya demam?

Apabila anda berhadapan dengan simptom-simptom di atas anda mungkin di jangkiti 'acute bronchitis' atau Radang Peparu Akut. Acute bronchitis adalah keadaan di mana dinding yang melapisi saluran pernafasan utama peparu anda terkena jangkitan atau keradangan.


Kebanyakan kes Acute Bronchitis pulih dalam masa beberapa hari tanpa kesan-kesan yang teruk biarpun batuk kadangkala berpanjangan buat beberapa ketika. Tetapi awas, jika simptom bronchitis anda berulang, anda di nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda. Anda mungkin menghadapi masalah kesihatan yang lebih serius (seperti Asthma ataupun Chronic Bronchitis) yang memerlukan perhatian doktor.

Simptom - SimptomBatuk yang mengeluarkan kahak (sputum) berwarna kuning-kekelabuan atau hijau adalah salah satu dari tanda-tanda utama bronchitis.

Apabila saluran pernafasan utama di jangkiti radang, ia akan menghasilkan mucus (cairan lendir) yang tidak berwarna dalam jumlah yang banyak ketika anda batuk. Apabila ia berlarutan sehingga 3 bulan atau lebih, ia akan di rujuk sebagai Chronic Bronchitis (Radang Peparu yang Kronik).

Mucus yang berwarna selain daripada putih atau jernih mungkin memberi tanda bahawa anda menghidapi jangkitan lain selain bronchitis.

Simptom bronchitis adakalanya mengelirukan. Sebagai contoh :
  • Kita mungkin tidak mengeluarkan kahak walaupun di jangkiti bronchitis.
  • Kanak-kanak pula selalunya akan menelan kembali kahak yang keluar bersama-sama batuk menyebabkan ibu bapa terlepas pandang akan keradangan.
  • Perokok pula biasanya membersihkan tekak mereka setiap pagi selepas bangun dari tidur menyebabkan terlepas pandang kehadiran kahak tersebut.
Keadaan - keadaan seperti ini biasanya menyebabkan kita merasakan bahawa kita sihat seperti biasa walhal sebenarnya tidak.

Antara simptom lain adalah :
  1. Sakit dada – lazimnya pesakit menggambarkan rasa sakit itu seakan rasa hangat
  2. Sakit tekak
  3. Sesak dada
  4. Rongga tersumbat
  5. Tidak boleh bernafas
  6. Nafas yang termengah-mengah
  7. Demam dan kesejukan
  8. Lesu badan

Faktor Penyebab

Acute Bronchitis (Radang Peparu Akut)
  • Virus yang menyebabkan selesema juga boleh menjadi penyebab jangkitan radang peparu.
  • Anda juga boleh menghidap bronchitis akibat dari terdedah kepada asap rokok, pencemaran, habuk rumah dan kabut.
  • Bronchitis juga boleh berlaku sekiranya asid daripada perut mengalir semula ke dalam saluran makanan. Kondisi ini di kenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD).
  • Pekerja yang terdedah kepada habuk dan asap juga mudah di jangkiti bronchitis yang mana mereka lazimnya akan pulih dengan sendiri sekiranya tidak lagi terdedah kepada faktor penyebab. Kes ini dinamakan Occupational Bronchitis.

Chronic Bronchitis (Radang Peparu Kronik)
Apabila keradangan dan penebalan lapisan yang melapisi salur pernafasan bersifat kekal, keadaan ini di kenali sebagai Chronic Bronchitis.

Simptom Chronic Bronchitis antaranya adalah :
  • Nafas yang pendek
  • Batuk berterusan bersama pengeluaran kahak yang banyak
Anda dianggap menghidapi Chronis Bronchitis sekiranya anda mengalami episod batuk yang berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan, dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Berbeza dengan Acute bronchitis, Chronic Bronchitis adalah penyakit yang lebih serius. Merokok merupakan penyebab utama penyakit ini.

Walaubagaimanapun, pendedahan kepada udara yang tercemar, habuk dan gas toksik juga boleh menyumbang kepada penyakit ini. Dalam beberapa kes, jangkitan kronik pada saluran pernafasan boleh menyebabkan jangkitan Asthma.

Faktor Pendorong
Perokok dan orang di sekeliling mereka adalah antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti kedua-dua Acute dan Chronic Bronchitis.

Antara faktor lain adalah :
  • Sistem ketahanan / immuniti yang rendah
  • Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) – asid perut yang mengalir semula ke dalam salur makanan.
  • Perkerjaan yang terdedah kepada penyebab bronchitis (contoh : habuk, bahan kimia dsb)









OMEGA GUARD, VITAMIN C SERTA VIVIX CEGAH RADANG PARU-PARU

Fungsi utama omega guard
 -meningkatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru

Fungsi vitamin c
-membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi,membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman ,mengukuhkan sistem imun,melawan alahan serta mengurangi simptom selsema.

Fungsi vivix
-membantu untuk masalah menyeluruh serta menghapuskan radikal bebas



sila hubungi saya,
whatsapp/sms :

012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. Salam dear..Tq singgah blog sis:) good luckdalam bisnes..tq share tentang kesihatan ya,,:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak singgah blog nana :) selalu2 la jenguk blog nana nnti ye .

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...