Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Tanda-tanda dan simptom-simptom adalah mengikut peringkat asthma,daripada tahap yang menghasilkan bunyi yang mendesah(minor wheezing) sehinggalah kepada tahap yang boleh mengancam nyawa kepada pesakit asthma.
PUNCA-PUNCA
Ia tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kenapa sesetengah orang mendapat serangan asthma dan sesetengah lagi tidak. Tetapi ia mungkin berpunca daripada gabungan beberapa faktor seperti persekitaran dan genetik(inherited)serangan asthma adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Terdedahnya pada pelbagai alahan dan sebagainya boleh menjadi penyebab.Antaranya :
- alahan pada objek yg berada di udara, seperti debunga, mold(sejenis parasit),lipas,hama dan habuk-habuk.
- jangkitan pernafasan sperti selsema
- aktiviti fizikal
- pencemaran udara seperti asap rokok
- sesetengah ubatan, termasuk B blocker, aspirin, dan NSAID(ubat anti-radang bukan steroid)
- cuaca yang sejuk
- gangguan emosi dan stress
- bahan ber'sulfite', bahan pengawet
- GERD(gastroesophageal reflux disease) yang mana keadaannya apabila pengaliran semula acid dari dalam perut naik ke saluran makanan (esophagus)
- putaran haid bagi sesetengah perempuan
- alahan kepada makanan seperti kekacang dan makanan laut.
INDIVIDU BERISIKO DISERANG ASTHMA
Asthma adalah perkara biasa yang menyerang jutaan dewasa dan kanak-kanak. Pertambahan bilangan pesakit asthma yang dikenalpasti meningkat dari tahun ke tahun tanpa dapat diketahui puncanya yang tepat. Individu yang mempunyai risiko diserang Asthma adalah seperti :
- latar belakang ahli keluarga yang pernah mengalami asthma
- jangkitan pernafasan yang selalu terjadi pada kanak-kanak
- terdedah kepada asap rokok
- persekitaran udara yang tercemar
- pekerjaan yang terdedah kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan asthma, seperti pekerja-pekerja yang menggunakan bahan kimia
- kurang berat badan ketika lahir
- berat badan yang berlebihan
SIMPTOM-SIMPTOM
Tanda-tanda
dan simptomnya adalah berbeza mengikut peringkat kurang
membimbangkan(minor) sehinggalah kepada peringkat yang sudah
teruk(severe). Dan ia juga berbeza bagi setiap pesakit. Anda mungkin
mengalami desahan(bernafas yang menghasilkan bunyi seperti siulan) yang
tidak teratur kerana serangan asthma yang kadang-kadang.Namun ketika
tidak diserang, anda berasa normal dan tidak bermasalah untuk bernafas
seperti biasa. Mungkin juga anda mempunyai tanda-tanda dan
simptom-simptom seperti batuk-batuk dan desahan sepanjang masa atau
lebih ketara pada waktu malam atau ketika bersenam.
TANDA-TANDA DAN SIMPTOM
- pernafasan yang pendek
- sakit-sakit dada
- sukar untuk tidur kerana permasalahan pada pernafasan yang pendek, batuk atau desahan
- bunyi desahan(seakan siulan) yang kuat ketika menghembuskan nafas sehingga boleh didengar
- batuk dan desahan yang menjadi lebih teruk ketika dijangkiti virus pada sistem pernafasan seperti selsema, mahupun demam
- serangan asthma yang semakin teruk apabila kekerapan mendapat serangan bertambah
- kerap kali memerlukan alat untuk mengendurkan otot-otot pada laluan pernafasan.(untuk membuka laluan pernafasan)
BAGAIMANA OMEGA GUARD MENGATASI MASALAH ASTHMA
Salah satu kebaikan Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma. Menurut satu kajian yang dijalankan di Indiana University, mendapati golongan dewasa yang mempunyai tahap asma 'mild to moderate persistent asthma', yang mengambil suplemen Omega-3 setiap hari dalam masa 3 minggu menunjukkan pengurangan penggunaan 'emergency inhaler' sebanyak 31%. Ini menunjukkan mereka tidak lagi terlalu bergantung pada ubat sedutan yang mempunyai steroid itu.
Meskipun
kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan
memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit
tersebut. Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.
.
Hasil
kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain
yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma
kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya.
Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Terbaik di Dunia
Terdiri daripada 7 Asid Lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA (Elcosa Pentaenoic Acid),DHA (Docosa
Hexaenoic Acid), EDA menyihatkan jantung & sendi, manakala DHA penting bagi perkembangan & fungsi otak. Omega Guard dihasilkam melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan Asid Lemak Omega 3 yang bermanfaat & semulajadi, disamping menyingkirkan bahan merbahaya seperti plumbum & merkuri yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan. Satu hidangan Omega (3biji) menyediakan 990mg Asid Lemak Omega-3.
Nana harap kepada ibu bapa dapat memberikan Omega Guard Shaklee kepada anak mereka yang menghidap asma. Ini adalah langkah pertama untuk mengurangkan penggunaan inhaler sekaligus dapat hidup tanpanya suatu hari nanti. Tiada inhaler tiadalah steroid. Insyallah Omega Guard Shaklee membantu menangani penyakit asma anak anda.
No comments:
Post a Comment