Ok,dekat sini nana sediakan resepi ,mana tahu ada yang nak mencuba.
Hidangan sebiji jantung pisang(2 orang)
Bahan tumbuk:
cili merah
cili padi
belacan
Bahan kering(di potong halus):
of course jantung pisang(direbus terlebih dahulu)
daun limau
serai
bawang merah
cili merah
bunga kantan
perahan limau nipis
udang (direbus dahulu)
santan pekat
garam
gula
Cara-caranya sangat mudah
1-Bahan yang ditumbuk dicampurkan dalam periuk dan dimasak dengan santan pekat.Kuah boleh ikut banyak mana anda nak.Kacau sehingga masak kemudian letak tepi.
2-Campurkan semua bahan kering tadi dalam satu bekas kemudian tuang santan yang dimasak ke dalam bekas tadi.Garam gula mengikut rasa anda.
3-Taraaa,sudah siap..hehe semudah ABC !!! sedap dimakan dengan nasi..memang kene dengan tekak sangat.
Jangan lupa simpan dalam peti sejuk,boleh tahan sampai makan malam.
selamat mencuba !!!
No comments:
Post a Comment