Aduhh bila teringat...memang menggangu fikiran..haha
Siapa yang pernah rasa NASI AIR ni memang tahu nikmatnya..Untuk makluman nasi air ni tidak lah sama dengan bubur nasi biasa tu,tidak sama juga macam bubur lambuk..
Pertama kali nana makan di Kota Bharu.Waktu tu pergi ke majlis kawan baik nana.Malam tu singgah kedai makan ,suami order nasi air,perghh rasa nasi air ni betul-betul sedap hokey..
Dan malam tadi nana dikuantan,balik kampung suami.Selepas ke rumah kakak ipar,kami singgah makan di area airport kuantan.Apa lagi order semangkuk nasi air dan somtam..Dua-dua terbaik!
La ni cari resepi la apa lagi ..hihi
Resepi ni perkongsian daripada blog azlitamasammanis.com
Cara masak beras:
1 cup beras
4 cup air rebusan daging atau ayam
halia
bawang putih
serai
garam
Cara masak sup:
Tumis,
bawang putih
bawang merah
halia
serai
& rempah ratus
garam
gula
Selepas masak,terus masukkan dalam rebusan daging/ayam tu
Lauk tambahan:
ikan bilis goreng
telur masin
cili potong
bawang goreng
daun sup
Sila-silalah mencuba tau.
No comments:
Post a Comment