the shaklee difference

the shaklee difference

Tuesday, 9 December 2014

KUATKAN SEMANGAT JIKA INGIN BERJAYA

Kadang kala kita akan rasa down,rasa putus asa dengan sesuatu yang kita ingin lakukan dalam hidup ini.Tak salah ingin menangis,tapi jangan sehingga ia mematahkan semangat kita dan jangan biarkan perasaan itu merosakkan apa yang telah kita bina.

Untuk berjaya kita akan merasa penat,letih,tangisan dan sebagainya tapi kita kan ada ALLAH SWT.Rintih la padaNya,mengadu padaNya.Hanya Dia tempat kita mengadu dan tak akan mengecewakan kita.Selepas itu,BANGUNLAH KEMBALI meneruskan apa yang kita inginkan dalam kehiupan dunia dan akhirat.

Ini nana ada kongsi kan lagu dari fynn jamal -terbang tunduk.Nana suka dengar lagu ini bila rasa down.


Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...