Kalau kita demam saja, panadol lah jawabnya.
Ketahuilah dulu kenapa kita sakit demam, ini tidak, terus sahaja ambil panadol.
Dalam panadol tu ada paracetamol, penggunaannya yang terlalu kerap atau
berlebihan kemungkinan akan mengurangkan sistem pertahanan badan kita
untuk bertindak sendiri melawan demam. Terdapat kes seorang pramugari
yang terpaksa melakukan dialisis sebulan sekali kerana penggunaannya
yang melampaui had. Nak segar pun, gunalah bahan yang selamat, berkesan
dan semulajadi. Ya, macam Shaklee!
Mengapakah tubuh kita mengalami demam?
Jangan tak tahu, demam ni merupakan natijah atau kesan, dengan kata
lebih tepat lagi 'signal' kepada diri kita bahawa organ dalaman kita
mengalami kerosakan.
Panadol adalah pain killer, bukannya penyelesaian sebab musabab kepada sumber demam itu tadi.
Kes yang biasa adalah demam, tapi dalam masa yang sama kita mengalami
ulser. Demam terjadi disebabkan ulser. Ubati ulser itu dan insyaallah
badan kita akan sihat semula.
Pernah kan kita terjatuh dan tak lama selepas itu kita demam? Ha,tepat
sekali! Luka dalaman badan kita memberikan signal kepada kita melalui
demam.
Serupa juga kesnya dengan batuk, selsema,kering tekak, keadaaan ini akan
menghantar signal demam kepada kita supaya kita bertindak untuk
memperbaiki kesakitan itu tadi. Bukannya makan pain killer.
Sebab itulah saya menyarankan kalian supaya mengambil makanan
bernutrisi, senaman yang menyihatkan, pernafasan nan mendalam, minum air
yang mencukupi.
Kalau dalam bahagian dalaman kita, biasanya dimulai dengan sel. Sel akan
membentuk organ dan seterusnya organ akan membentuk sistem. Nah,
perbetulkan imunisasi dan pembentukan sel sihat dulu, insyaallah yang
lain akan mengikuti aturan sel, organ dan sistem badan anda.
Untuk anak-anak anda, sedari kecil ini, toddler, dampingkan mereka
dengan makanan berkhasiat semulajadi seperti oat, kekacang, kismis,
madu, kurma, buah-buahan supaya mereka tidaklah terlalu mengimpikan
makanan segera atau makanan ringan yang pastinya merosakkan sistem
badan.
Anak kecil yang alah makan, sakit kulit, batuk, selsema, lemah badan,
kebanyakannya berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak sihat.
Ubah kepada gaya hidup sihat!
No comments:
Post a Comment