the shaklee difference

the shaklee difference

Thursday, 25 September 2014

TEMPAT MENARIK SINGAPURA

Bagi anda yang kali pertama masuk ke singapura,nana kongsikan sedikit tempat menarik yang boleh korang lawati di singapura.Kalau naik MRT pun mudah je nak sampai.

1.Merlion Park-berhadapan dengan hotel Marina Bay yang atasnya berbentuk kapal tu.Dan kalau naik MRT turun di station Raffles Place.






2.Orchard Road-Disini macam Jalan bukit bintang kalau di KL,banyak tempat membeli belah.Station MRT Orchard.



3.Arab street-kat sini pelbagai jenis kedai kain,kedai carpet,kedai makanan arab,kedai makanan minang pun ada,kedai makanan india halal ada,kedai makan nasi briani ada,7 eleven ada,kedai camera ada,cafe2,kedai barangan cenderahati ada dan masjid pun ada.






4.Pasar Geylang Serai-disini pulak kebanyakkan ye ada kedai melayu jual pakaian muslimah,kedai kain baju,kedai langsir,kedai makanan kering.dan bahagian atas ada medan selera yang mana harga lebih murah berbanding dengan tempat lain di singapura.Pelbagai jenis makanan anda boleh pilih.Anda boleh ke sini turun di station MRT paya lebar.



 5.USS Singapore-hah,ini jugak salah satu tempat yang nana nak repeat pergi sebab kali pertama pergi aritu tak puas.Harga masuk lebih kurang $75 dollar seorang.Dalam theme park dia best jugak,sesuai untuk siapa yang berani dan suka dengan movie2 cartoon.Kalau naik MRT boleh turun di station Harbour Front.Lepas turun di situ(vivo city),boleh sambung naik tren ke USS harga tren $4 dollar.(return ticket).




6.Bugis Street-kat sini anda boleh dapatkan barangan cenderahati seperti baju,tshirt,selipar,kasut,perfume,key chain,beg dan lain2.Lebih kurang macam Petaling Street kalau di KL.




Banyak lagi tempat menarik di singapura,nanti nana share lagi. :)

2 comments:

  1. Teringat kenangan g Spore beramai2 dgn rakan2 fakulti 10 tahun lepas.. kami guna passport sehari yg boleh share 20 org... rasa nya semua tempat di atas kami pergi kecuali USS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene datang lagi la tu...bawak twin tu..hehe,seronok sebab dapat jumpe watak2 cartoon yang popular dekat USS.Selain dapat rasa environment yang berbeza.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...