the shaklee difference

the shaklee difference

Sunday, 28 September 2014

KENAPA SAYA MAKAN SHAKLEE TAK BERKESAN?


Situasi 1: “Saya dah amalkan lebih kurang seminggu tapi tak ada rasa apa-apa kesan pun

Situasi 2: ” Sejak saya ambil dalam beberapa hari ni, jerawat makin menjadi-jadi keluar. Dulu tak macam ni pun. Kenapa? Saya tak serasi dengan supplement Shaklee ke?”



Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan? Jadi kenapa dan mengapa?

Lumrah manusia ni suka mengubati dari mencegah. Jadi kebiasaannya kita akan mula amalkan supplement bila badan dah sakit. Bagi ibu menyusu khususnya pula bila susu dah drop atau hampir kering. Jadi kita memang suka mengubat kan?

Makanya bila kita amalkan vitamin Shaklee, kita mahukan kesan yang cepat. Ayat paling lazim nana terima dari customer adalah


“Kalau saya makan ni, berapa lama boleh nampak kesan?”

Jadi nana nak ingatkan sistem badan kita berbeza. Makan cepat atau lambat kesannya juga sangat bergantung pada badan masing-masing.

Jika anda sudah mengamalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya, apa yang anda perlu tahu adalah supplement Shaklee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia kena tutup dulu lompang-lompang rosak dalam badan kita barulah badan boleh rasa kesan positifnya. Cuba anda bayangkan lubang atas jalan. Lagi besar lubang maka lagi banyak masa dan lagi banyak tar diperlukan untuk tutup lubang tu kan?

Begitu juga dengan badan kita. Bila anda sakit bermakna ada lompang nutrisi dalam badan anda. Jadi bila dah sakit baru nak amalkan supplement Shaklee haruslah beri masa untuk supplement tutup lompang dalam badan anda itu. Sebab itu ada orang cepat nampak kesan dan ada orang yang lambat. Siapa lompang kecil cepatlah lompangnya diturap maka cepatlah nampak kesan. Siapa lompang besar faham-faham je lah kan.. pastinya ambil masa. Sama juga dengan ibu menyusu yang amalkan supplement Shaklee sebagai milk-booster.

Dan paling utama, pastikan anda amalkan pengambilan supplement mengikut panduan pemakanan yang betul yang diberikan oleh pengedar anda. Itu sangat penting. Makan suka hati memang tak nampak kesan sebab anda tak akan tahu kalau ada yang tak boleh dicampur dan apa waktu makan terbaik kan? Jadi patuhilah panduan yang pengedar anda berikan.

Menjawab kepada situasi 2 pula, keadaan itu kita namakan Healing Crisis. Proses healing crisis ini sedikit unik sebab bukan semua orang akan alami. Tapi proses ini adalah 100% semulajadi dan lazim akan berlaku apabila kita memulakan proses rawatan secara semulajadi.

Supplement Shaklee kan 100% semulajadi. Makan tak hairanlah ada orang yang akan kena healing crisis ni. Apabila kita makan supplement untuk merawat dari dalam, badan kita menyingkirkan toksin dari sel-sel badan ke dalam system badan untuk dikumuh keluar. Ini adalah sebahagian dari proses rawatan.

Tetapi healing crisis akan berlaku apabila terlalu banyak toksin yang perlu disingkirkan dan sistem badan tak mampu singkirkan dengan cepat. Maka toksin itu akan terperangkap menyebabkan timbulnya kesan sampingan lain.

Sebab itulah ada yang rasa loya, pening kepala, penat, keluar jerawat, sakit badan, sakit urat, cirit birit dan macam-macam lagi bergantung pada badan individu. Itu semua disebabkan toksin yang terkumpul di bahagian tertentu dalam badan.

Jadi macam mana nak elakkan?

1.Minum banyak air kosong. Air kosong penting untuk melancarkan sistem peredarah darah dan limfa supaya toksin tidak tersekat di mana-mana bahagian badan dan terus ke organ perkumuhan. Lagi banyak air lagi cair toksin lagi kurang healing crisis.

2.Banyak bergerak untuk melancarkan sistem peredaran darah dan limfa supaya toksin bergerak lancar ke organ perkumuhan.

3.Amalkan diet tinggi protein dan serat. Elakkan gula dan makanan ringan.

Healing crisis adalah semulajadi. Orang yang ambil produk skin care untuk kulit berjerawat itulah golongan paling senang kena healing crisis sebab terlalu banyak toksin dalam badan. Tapi kebanyakan orang juga suka tukar dan campur adukkan supplement sebab nak kesan cepat. Sedangkan jika disiplin teruskan pasti nampak kesannya bila healing crisis mula reda.

Sedikit tips untuk anda

1.Jangan terburu-terburu nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
2.Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk sel dibaikpulih sebelum dapat rasakan keberkesanannya
3.Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan jaga pengambilan air kosong minimum 3L sehari
4.Jangan mudah percaya dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!

sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...