the shaklee difference

the shaklee difference

Tuesday, 30 September 2014

IKTIBAR DARI SEBATANG PENSEL

Kehidupan manusia, ada jangka hayatnya. Allah beri nikmat hidup untuk dimanfaatkan sebaiknya. Menanam baja didunia, untuk dituai hasilnya diakhirat. Ibarat sebatang pensil, banyak perkara dan manfaat kita perolehi daripada sebatang pensil.Begitu juga seharusnya kehidupan manusia.

Pertama, pensil itu mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah, akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidup kita, iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menuntut kehendakNya.
Kedua, ketika menulis, pensil akan kerap menjadi tumpul. Kita terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel itu pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan kemas tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam kehidupan kita. Kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau pendorong untuk diri kita menjadi lebih baik.


Ketiga, pensil itu mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah manusia, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kelemahan, kita akan sentiasa berusaha berada di jalan yang benar.
Keempat, tahukah kita yang mana lebih penting. Antara luar dan dalam pensil? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Sebagaimana adanya sekeping hati dalam diri manusia. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kita dan hindarilah kerana ia membentuk kita diluarnya.


Kelima, pensil ini selalu meninggalkan tanda atau goresan apabila menulis. Begitu juga kita, apa sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesan pada diri kita atau pada orang lain. Maka berhati-hatilah sebelum bertindak.
Jika sebatang pensil Allah ciptakan punya manfaat yang pelbagai buat manusia, pastinya manusia yang Allah ciptakan ini juga punya manfaat yang lebih untuk seisi alam ciptaanNya.
Perkongsian bersama :)

Sunday, 28 September 2014

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Assalamualaikum..hari ini terasa nak share tentang percutian nana dan suami ke PULAU TIOMAN.Lagipun nana rasa nak simpan memori ni,nanti takot lupa..hehe

Perancangan nana dan suami ke pulau tioman ni tak lah lama mana,ketika tu suami cakap nak bercuti dekat2.Dan alang2 time nak pergi tu hari lahir suami (1 April 2014).Memandangkan cuti mengejut,terpaksa la ala-ala percutian bajet.Tak lah tidur hotel atau resort mahal2.

Memandangkan kami stay di JB,kebetulan masa tu balik kuantan kejap.Dari kuantan kami ke mersing.Pagi2 lagi dah kuar dari umah mak mertua nana di kuantan,rasa ye time tu jam 6.30 pagi lepas subuh kami bertolak..sebab nak kejarkan waktu bot pukul 10 pagi .

Kami sampai Jetti Mersing jam 9 pagi.Sampai je terus kami check in kat Jetty .Tiket dah beli sewaktu ke Kuantan sebelum tu..Perjalanan bot ambil masa 2 jam..Lama jugak la.Tak macam Pulau perhentian,terengganu,bot amik masa dlm 45minit saja..

Sampai di Pulau,kami terus ke Salang Indah Resort sebab memang dah book awal.Harga bilik untuk 2 orang hanya rm50 semalam.Murahkan...hehe.Kami ambil 2 mlm ,so rm100..Bilik kipas je,sebab malam memang sejuk,siang pulak dah tentu lepak pantai je kan.So,jangan membazir nak ambil bilik aircond.hehe.. tapi terpulang la kat kome iye. :)Gambar bawah ini lah salang indah resort.


 gambar dari sumber google

Hari pertama tu,kami hanya lepak-lepak pantai.Kami ada jugak usha-usha pakej snorkling.Ada yang rm75,ada yang rm100..Makan tengahari kami ,just makan simple2 je kat kedai makan area salang,banyak kedai makan boleh pilih.Petang tu kami pun terus g book snorkling trip untuk esok yang berharga rm100 tu,kenapa rm100?Sebab dorang akan bawak keliling pulau tioman dan pergi ke air terjun..

Aktiviti malam just hangout cafe tepi pantai tu sambil makan malam,malam tu kami makan western kat cafe betul2 tepi jetty (x ingat nama cafe tu),boleh tahan la.Selepas makan kami pergi tengok orang mancing ikan di jeti.Banyak dorang dapat,ikan fresh2,geram je rasa.

Esok paginya iaitu hari kedua,kami bersiap-siap untuk mulakan aktiviti island tour dan snorkling.Dari pukul 10 pagi hingga jam 4 tak silap aktiviti tu.Dapat jugak pengalaman pergi air terjun ditengah2 pulau,tempat tu agak sunyi ,cuma kami suami isteri dan a few mat saleh yang datang situ.Tapi best,lebih privasi.hehe

Kami jugak ada singgah di Pekan Tekek ,kat situ kami singgah untuk makan tengahari dan boleh beli cenderahati jugak..Selepas tu sambung lagi snorkling,masa ni la buat pertama kali ye nana nampak anak jerung..aduhh..memang seram ok..terus swimming laju sikit nak naik bot.Huhu,nana memang penakut sikit bab-bab ni..

Lepas habis aktiviti,masing-masing tumbang keletihan.Kami rehat,malam baru keluar balik untuk dinner..lepas dinner jalan-jalan sikit la sebab ini malam terakhir kami kat sini.Pukul 11 baru balik bilik..

Hari ke3 iaitu hari terakhir,pagi tu kami breakfast,makan kuih2 dan bihun goreng.Ada makcik ni jual,homemade.sedap ok..Dia bukak table depan kedai runcit kat salang indah ini,so kami cuma order air je kat restoran.Selesai sarapan,kami ke bilik untuk ambil beg dan terus ke jeti salang untuk balik.

Sampai di jeti mersing dalam tengahari,sebelum balik kami singgah makan dulu mersing dan terus balik ke JB.Huh,letih sangat tapi menyeronokkan.Thanks abi. :)









KENAPA SAYA MAKAN SHAKLEE TAK BERKESAN?


Situasi 1: “Saya dah amalkan lebih kurang seminggu tapi tak ada rasa apa-apa kesan pun

Situasi 2: ” Sejak saya ambil dalam beberapa hari ni, jerawat makin menjadi-jadi keluar. Dulu tak macam ni pun. Kenapa? Saya tak serasi dengan supplement Shaklee ke?”



Mesti ramai yang pernah alami situasi macam ni kan? Jadi kenapa dan mengapa?

Lumrah manusia ni suka mengubati dari mencegah. Jadi kebiasaannya kita akan mula amalkan supplement bila badan dah sakit. Bagi ibu menyusu khususnya pula bila susu dah drop atau hampir kering. Jadi kita memang suka mengubat kan?

Makanya bila kita amalkan vitamin Shaklee, kita mahukan kesan yang cepat. Ayat paling lazim nana terima dari customer adalah


“Kalau saya makan ni, berapa lama boleh nampak kesan?”

Jadi nana nak ingatkan sistem badan kita berbeza. Makan cepat atau lambat kesannya juga sangat bergantung pada badan masing-masing.

Jika anda sudah mengamalkan mana-mana supplement Shaklee tapi belum nampak kesannya, apa yang anda perlu tahu adalah supplement Shaklee bertindak membaiki sel badan kita dari dalam. Ia kena tutup dulu lompang-lompang rosak dalam badan kita barulah badan boleh rasa kesan positifnya. Cuba anda bayangkan lubang atas jalan. Lagi besar lubang maka lagi banyak masa dan lagi banyak tar diperlukan untuk tutup lubang tu kan?

Begitu juga dengan badan kita. Bila anda sakit bermakna ada lompang nutrisi dalam badan anda. Jadi bila dah sakit baru nak amalkan supplement Shaklee haruslah beri masa untuk supplement tutup lompang dalam badan anda itu. Sebab itu ada orang cepat nampak kesan dan ada orang yang lambat. Siapa lompang kecil cepatlah lompangnya diturap maka cepatlah nampak kesan. Siapa lompang besar faham-faham je lah kan.. pastinya ambil masa. Sama juga dengan ibu menyusu yang amalkan supplement Shaklee sebagai milk-booster.

Dan paling utama, pastikan anda amalkan pengambilan supplement mengikut panduan pemakanan yang betul yang diberikan oleh pengedar anda. Itu sangat penting. Makan suka hati memang tak nampak kesan sebab anda tak akan tahu kalau ada yang tak boleh dicampur dan apa waktu makan terbaik kan? Jadi patuhilah panduan yang pengedar anda berikan.

Menjawab kepada situasi 2 pula, keadaan itu kita namakan Healing Crisis. Proses healing crisis ini sedikit unik sebab bukan semua orang akan alami. Tapi proses ini adalah 100% semulajadi dan lazim akan berlaku apabila kita memulakan proses rawatan secara semulajadi.

Supplement Shaklee kan 100% semulajadi. Makan tak hairanlah ada orang yang akan kena healing crisis ni. Apabila kita makan supplement untuk merawat dari dalam, badan kita menyingkirkan toksin dari sel-sel badan ke dalam system badan untuk dikumuh keluar. Ini adalah sebahagian dari proses rawatan.

Tetapi healing crisis akan berlaku apabila terlalu banyak toksin yang perlu disingkirkan dan sistem badan tak mampu singkirkan dengan cepat. Maka toksin itu akan terperangkap menyebabkan timbulnya kesan sampingan lain.

Sebab itulah ada yang rasa loya, pening kepala, penat, keluar jerawat, sakit badan, sakit urat, cirit birit dan macam-macam lagi bergantung pada badan individu. Itu semua disebabkan toksin yang terkumpul di bahagian tertentu dalam badan.

Jadi macam mana nak elakkan?

1.Minum banyak air kosong. Air kosong penting untuk melancarkan sistem peredarah darah dan limfa supaya toksin tidak tersekat di mana-mana bahagian badan dan terus ke organ perkumuhan. Lagi banyak air lagi cair toksin lagi kurang healing crisis.

2.Banyak bergerak untuk melancarkan sistem peredaran darah dan limfa supaya toksin bergerak lancar ke organ perkumuhan.

3.Amalkan diet tinggi protein dan serat. Elakkan gula dan makanan ringan.

Healing crisis adalah semulajadi. Orang yang ambil produk skin care untuk kulit berjerawat itulah golongan paling senang kena healing crisis sebab terlalu banyak toksin dalam badan. Tapi kebanyakan orang juga suka tukar dan campur adukkan supplement sebab nak kesan cepat. Sedangkan jika disiplin teruskan pasti nampak kesannya bila healing crisis mula reda.

Sedikit tips untuk anda

1.Jangan terburu-terburu nak lihat kesannya dalam masa satu hari!
2.Beri masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk sel dibaikpulih sebelum dapat rasakan keberkesanannya
3.Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan jaga pengambilan air kosong minimum 3L sehari
4.Jangan mudah percaya dengan janji BERKESAN DALAM MASA 14 HARI!

sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 27 September 2014

KHASIAT KEKACANG

Kacang merupakan sumber tenaga yang baik bagi tubuh kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti protein,vitamin dan lemak sihat.

Memakan kekacang dapat membantu memelihara kesihatan jantung.Kekacang juga dipercayai dapat membantu menghilangkan lemak dan menurunkan paras kolestrol pada badan anda.wow!! ini best.hehe

Mari lihat jenis kekacang yang sangat baik untuk anda.

KACANG GAJUS(100G)
tenaga:560kcal
protein:19.6g
karbohidrat:33.2g
gula:8.8g
lemak:38.7g
serat:7.3g
sodium:262mg






BADAM(100G)
tenaga:608kcal
protein:17.9g
karbohidrat:16.3g
gula:2.8g
lemak:52.3g
serat:11.9g
sodium:280mg





HAZELNUT(100G)
tenaga:628kcal
protein:14.95g
karbohidrat:16.70g
gula:4.34g
lemak:60.7g
serat:9.7g
sodium:0mg




WALNUT(100G)
tenaga:654kcal
protein:15.23g
karbohidrat:13.71g
gula:2.61g
lemak:65.21g
serat:6.7g
sodium:2mg






MACADAMIA(100G)
tenaga:655kcal
protein:7.7g
karbohidrat:31.2g
gula:1.9g
lemak:58.6g
serat:7.0g
sodium:23mg




PISTACHIO(100G)
tenaga:549kcal
protein:19.7g
karbohidrat:36.2g
gula:1.9g
lemak:40.0g
serat:8.7g
sodium:246mg

Friday, 26 September 2014

LIMAU NIPIS SERTA KHASIATNYA




MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT

Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH

Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.

Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

Selamat mencuba !! :)

Thursday, 25 September 2014

TEMPAT MENARIK SINGAPURA

Bagi anda yang kali pertama masuk ke singapura,nana kongsikan sedikit tempat menarik yang boleh korang lawati di singapura.Kalau naik MRT pun mudah je nak sampai.

1.Merlion Park-berhadapan dengan hotel Marina Bay yang atasnya berbentuk kapal tu.Dan kalau naik MRT turun di station Raffles Place.






2.Orchard Road-Disini macam Jalan bukit bintang kalau di KL,banyak tempat membeli belah.Station MRT Orchard.



3.Arab street-kat sini pelbagai jenis kedai kain,kedai carpet,kedai makanan arab,kedai makanan minang pun ada,kedai makanan india halal ada,kedai makan nasi briani ada,7 eleven ada,kedai camera ada,cafe2,kedai barangan cenderahati ada dan masjid pun ada.






4.Pasar Geylang Serai-disini pulak kebanyakkan ye ada kedai melayu jual pakaian muslimah,kedai kain baju,kedai langsir,kedai makanan kering.dan bahagian atas ada medan selera yang mana harga lebih murah berbanding dengan tempat lain di singapura.Pelbagai jenis makanan anda boleh pilih.Anda boleh ke sini turun di station MRT paya lebar.



 5.USS Singapore-hah,ini jugak salah satu tempat yang nana nak repeat pergi sebab kali pertama pergi aritu tak puas.Harga masuk lebih kurang $75 dollar seorang.Dalam theme park dia best jugak,sesuai untuk siapa yang berani dan suka dengan movie2 cartoon.Kalau naik MRT boleh turun di station Harbour Front.Lepas turun di situ(vivo city),boleh sambung naik tren ke USS harga tren $4 dollar.(return ticket).




6.Bugis Street-kat sini anda boleh dapatkan barangan cenderahati seperti baju,tshirt,selipar,kasut,perfume,key chain,beg dan lain2.Lebih kurang macam Petaling Street kalau di KL.




Banyak lagi tempat menarik di singapura,nanti nana share lagi. :)

CARA KE SINGAPURA GUNA KERETA

Disember 2012 nana pindah ke Johor Bahru dengan suami.So,bila dah duduk JB ni,takkan tak masuk singapore kan.Dah alang2 tu,boleh jugak la lepas rindu kat KL kalau masuk singapore ni.Sebab town dia lebih kurang macam kat KL jugak.

Oleh sebab itu,nana nak kongsi la sikit cara macam mana nak masuk singapura guna kereta atau motor.Mula-mula dulu masuk sana guna motor je,senang nak tahu jalan dan lebih mudah parking.

Sebelum nak masuk ke singapore ni setiap kereta wajib ada autopass.



Bayaran untuk autopass ni $10 dollar lebih kurang rm25.Kalau anda baru kali pertama nak masuk singapore,nak buat autopass  ni anda kene buat di imigresen singapore di woodland.

Autopass ni penting...
nak bayar parking..nak bayar toll..nak beli barang pun boleh bagi sesetengah kedai je la.


Kalau masuk ikut tambak JB lebih mudah,anda ikut je lorong kereta.Disini anda kene check passport dengan imigresen malaysia.Bukak tingkap kereta bagi mudahkan pihak imigresen lihat anda,tak perlu turun pun kecuali jika anda naik bas awam.



Selesai dengan imigresen malaysia,anda teruskan je perjalanan ke woodland melalui jambatan.Sampai je di imigresen Woodland,sama macam di imigresen malaysia.Bagi passport dan white card(kalau tak ada boleh mintak pada mereka).Isi dengan lengkap maklumat anda dalam white card.Kalau dalam kereta ada 4 orang,white card pun kene ada 4 jugak ye.

Selepas selesai dengan passport semua,anda kene pergi di office untuk buat kad autopass.Selesai je,anda boleh terus ke kastam section bagi pihak kastam check kereta anda.Sekejap je pun mereka check.Akhir ye selesai,anda boleh meneruskan perjalanan ke singapura.Untuk lebih mudah anda gunakan GPS,senang nak kemana-mana.Dan jangan lupa topup autopass card anda di 7eleven..



Harap perkongsian nana ni dapat membantu anda. :)

Wednesday, 24 September 2014

LECITHIN

Kebaikan Lecitin Shaklee

1.Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

2.Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
3.Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
   
4.Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
    
5.Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
  
6.Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
   
7.Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
   
8.Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
   
9.Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
   
10.Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS


Antara testimoni lecithin





 sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 22 September 2014

EKZEMA DAN RAWATANNYA

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia 2 tahun.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.


Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 


Merawat ekzema dengan shaklee







Untuk Eczema kering dan bersisik digalakkan mandi bersama-sama dengan Basic H. Basic H ini bertindak seperti Dettol yang mana fungsinya jauh lebih banyak daripada itu.








Super Moist cream yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal -gatal  dan pedih-pedih. Diperbuat dengan ekstrak herbal semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow







- berperanan untuk membantu pertumbuhan sel kulit sihat untuk      menggantikan sel kulit yang rosak.
- bonus mengambil mealshake :


  • meningkatkan selera makan terutamanya di kalangan kanak-kanak
  • meningkatkan sistem imuniti - jarang sakit,demam,selsema
  • menyediakan nutrisi lengkap dengan kandungan mutivitamin dan mineral
  • parut cepat hilang


Antara testimoni ekzema






sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 21 September 2014

PENYAKIT BATU KARANG

BATU KARANG

Penyakit Batu karang terbentuk apabila perubahan berlaku pada kira-kira biasa air, garam, mineral, dan bahan-bahan lain yang ditemui dalam air kencing.

Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino.

Dehidrasi melalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang.

Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh diwarisi.

Jika orang lain dalam keluarga anda mempunyai mereka, anda mungkin perlu mereka juga.


Tanda Sakit Batu Karang

Batu karang sering menyebabkan kesakitan semasa mereka berada dalam buah pinggang, tetapi ia boleh menyebabkan tiba-tiba, sakit teruk kerana mereka bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing.

Gejala dan tanda-tanda termasuk menyeksa, kekejangan sakit di bahagian belakang lebih rendah dan / atau sampingan, pangkal paha, atau abdomen serta darah dalam air kencing.

Jika jangkitan hadir dalam saluran kencing bersama-sama dengan batu itu, mungkin ada demam dan menggigil.

Jika mengalami simptom-simptom ini dinasihatkan terus berjumpa doktor.


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

¤ Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
¤Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
¤ Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang.
¤ Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
¤ Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
¤ Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
¤ Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
¤ Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
¤ Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.


Anda juga boleh mencuba vitamin Shaklee


B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang
Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid
OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang
Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi & inflamasi
Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang
Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang


sila hubungi saya,
whatsapp / sms :011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...