Nana berniat pergi ke kota bharu baru2 ni sebab kawan kolej bernikah.Nana,suami dan adik nana gerak dari kl 22 okt 2014 melalui gombak-bentong-raub- kuala lipis- gua musang-kb.Mak ai,jauh ye ..letih badan.gerak 3.30 ptg sampai 10 malam..Ni bukan la kali pertama ke kota bharu,dulu pergi dengan family nana ,tapi time tu sekolah rendah.So mmg tak ingat la kan jalan2 disana.
Sampai je kota bahru terus cari rumah kawan suami yang kami akan stay selama 3 hari tu.Rumah dia area bandar jugak la so tak susah nak cari.Esok ye kami keluar pagi cari breakfast..Sebelum pergi KB tu mmg ada google mana tempat makan best dan sampai lah kami ke Kedai Kopitiam Kita.di sini pelbagai jenis nasi berlauk ada.Dan yang famous adalah roti titak.(roti bakar yang diletak kaya dan telur separuh masak).
Tengahari tu kami jalan - jalan area Kb je,rantau panjang tak pergi pun,insyallah next time akan ke sana. :)
Kami sempat masuk muzium kesultanan kelantan.Saje la bawak adik nana tu.Bayaran masuk pun hanya rm2 seorang dewasa.Dan kami masuk KB Mall.
Sebelah malam lak ,nana gerak ke rumah kawan nana yang nak nikah tu..Alhamdulillah selesai semua majlis.Masakan orang kelantan memang sedap tak dinafikan. :)
Esok pagi ye nana dan suami berkesempatan solat subuh di pulau melaka bersama-sama Tuan Guru Nik Aziz.Alhamdulillah..
Selepas kenduri tengahari kami terus balik sebab kene singgah kuantan dulu.Kami lalu jalan dalam dari Permaisuri,terengganu terus sampai ke Kuantan melalui highway.
No comments:
Post a Comment