KENALI SHAKLEE
Shaklee Corporation
Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi
semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan
selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan
isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan
komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan
alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk
syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara
dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang
menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.
Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi
pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan
peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem
rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan
kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama
terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung.
Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap
syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang
kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia,
Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika
Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia.
Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi,
perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu
Jaminan 100% Shaklee.
Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang
hebat. Shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak
1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap
Artik dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan
global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996
untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang
berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee
membantu Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam
sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah
mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan
objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. Hasilnya
Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang diiktiraf
Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil
dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat.
Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate
Protection Award serta Environmental Stewardship International Award
daripada Social Accountability International dalam menerajui isu
pemanasan global.
Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk
keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan
memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, satu daripada produk
keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada tahun 2004, sebagai tanda
Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green
Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang
diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize
Laureate 2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan
pembangunan masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.
Sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada Hari Bumi
2006 Shaklee telah melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi
menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok. Satu juta Impian™.
Kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan
Green Belt Movement, Pengedar Shaklee merentasi Amerika Utara telah
mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti-komuniti
tempatan mereka dengan menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan
kesedaran pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai
sebahagian daripada kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk Pergerakan
Kawasan Hijau untuk menanam satu juta pokok di Kenya.
No comments:
Post a Comment