the shaklee difference

the shaklee difference

Monday, 23 June 2014

APA ITU ALFALFA



Alfalfa merupakan tanaman yang dikenali mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan kita.
Alfalfa atau Medicago Sativa termasuk dalam keluarga kacang-kacangan. Tanaman ini dapat tumbuh sampai satu meter dan memiliki bunga kecil berwarna ungu.

Tanaman alfalfa memiliki sistem akar sangat dalam hingga mencapai sekitar 4.5 meter. Dipercayai  sistem akar yang dalam membuat alfalfa dapat menyerap mineral yang tidak boleh didapati di permukaan tanah.



Banyak khasiat dan juga Nutrisi yang terkandung dalam Alfalfa ini. Oleh kerana itulah manusia sejak lebih 2500 tahun dahulu telah menggunakannya. Alfalfa membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayur-sayuran.
Nutrisi yang ditemui dalam Alfalfa ialah:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.


Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

SUMBER MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa ialah: 
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...