Dalam bahasa ringkasnya, Omega 3 sebenarnya ialah sejenis lemak baik
untuk tubuh kita. Selalunya, kita dengar lemak adalah sangat tidak baik
untuk kita. Tapi berbeza pula dengan Omega 3 ni. Selain Omega 3, ada
juga beberapa lagi jenis lemak yang penting untuk tubuh.
Apa sebenarnya fungsi dan khasiat Omega 3? Penting sangat ke untuk tubuh?
Kekurangan Omega 3
Pengambilan Omega 3 sebagai nutrisi harian adalah sangat penting seperti
vitamin dan zat-zat yang lain. Kekurangan Omega 3, paling mudah kita
boleh lihat pada kondisi kulit kita. Kalau tengok pada kulit kita dalam
keadaan kering yang amat, itu adalah salah satu petanda anda kekurangan
Omega 3.
Lemak Baik vs Lemak Jahat
Omega 3 juga sebenarnya membantu mengawal kadar lemak jahat dalam badan.
Omega 3 membantu pemecahan lemak jahat, lebih banyak ketika anda sedang
bersenam. Jadi, kalau ada orang yang dah bersenam tapi berat badan
susah nak turun, mungkin boleh tambah Omega 3 dalam pengambilan nutrisi
harian.
Tingkatkan Metabolisma
Omega 3 mengandungi EFA. Ianya berfungsi mengeluarkan hormon untuk
mengawal pencernaan dan pengeluaran insulin dalam tubuh. Apabila
karbohidrat ditukarkan kepada lemak (proses metabolisma), insulin akan
mengurangkan jumlah lemak yang digunakan untuk tenaga, sebaliknya lemak
tersebut akan disimpan dalam tubuh. Pengambilan Omega 3 membantu
mengurangkan pengeluaran insulin dan membolehkan lemak yang tersimpan
ditukarkan kepada tenaga.
Perkembagan Otak
Omega 3 juga mengandungi DHA. Bagi seorang pelajar atau kanak-kanak, DHA
amat penting untuk otak dan daya tumpuan semasa belajar. Bagi orang
dewasa juga penting, bagi memastikan otak anda berfungsi dengan baik
untuk melakukan kerja harian dengan lebih baik tanpa cepat keletihan.
Omega 3 untuk Kecantikan
Bagi wanita-wanita yang nak dapatkan kulit yang lebih cantik, anda
memang patut ambil Omega 3. Kenapa? Omega 3 sebenarnya membantu
mengurangkan masalah jerawat, keradangan kulit, kulit kering dan kedutan
awal usia. Pengambilan Omega 3 dapat menghasilkan kulit yang lebih
anjal, lembut dan lembap.
Lain-lain
Omega 3 juga membantu mengurangkan kerandangan pada sendi, mengurangkan
kolesterol dalam badan, membantu masalah jantung dan semestinya dapat
membantu mengelakkan penuaan awal.
Omega 3 boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan salmon,
kekacang seperti badam, telur dan beberapa jenis sayuran hijau seperti
bayam, brokoli dan salad.
sila hubungi saya,
whatsapp/sms : 011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.