the shaklee difference

the shaklee difference

Wednesday, 6 May 2015

ATV KEMENSAH

Last day cuti en suami aritu,kami masih di KL..so,kakak nana ada ajak join dia dan suami ke Kemensah untuk buat aktiviti ATV.Nana memang lama dah nak cuba,akhirnya tercapai jugak.alhamdulillah.

Memandangkan rumah babah nana pun di AU3 je,so tak ada la keluar rumah awal pun.Jam 9am baru kami ke Kemensah.Sarapan just singgah minum di area kampung otw masuk ke sana.Untuk makluman ada beberapa company jugak yang buat ATV ni,korang boleh pilih mana yang berkenan ye.hihi..Time nana pi ni,kiteorang pilih CeliChalet ye ATV..harga not bad.

Mula2 naik berdebar jugak la..sebab ada cerun gaung.Kene lalu kawasan tinggi ,yelah mana la tahu terbalik..nayo den..hihi..tapi lama2 bawak rasa confident sikit la.Enjoy gambar k. :)








Tuesday, 5 May 2015

PERTH TRIP 2015

Lama tak jenguk blog ni...Rindu nak sharing,tapi kali ni nana nak sharing pasal short trip nana dengan en suami ke PERTH,AUSTRALIA....

Berbunga-bunga hati bila beli tiket nak ke Perth.Yelah tengok tempat orang lain rasanya kan..Nana & en suami beli tiket AirAsia pada bulan febuari hari tu.Dapat harga yang agak rendah jugak la.Perjalanan pun kejap je..dalam 5jam.

Jejak kaki kat Perth Airport time tu pagi dalam jam 6 gitu habis lepas kastam semua la.Cuaca sangat sejuk pagi tu ye.Lebih kurang 13'c..Nana & en suami tak sewa kereta sebab suka nak jalan guna public transport je.Lagi pun dua orang je..kalau yang dah ada anak atau bawak orang tua wajib sewa kereta ok.

Dari international airport kami ke domestik airport,naik free bus je..dalam 10 minit.Then dari sana,kami naik bus terus ke Fremantle.Maha Besar Allah..cantik permandangan kat situ,air laut tak terjejas warna walaupun di area pelabuhan kapal2.Di sana nana & en suami lunch di Cicerello's Fish & Chip restoran.Nana dah memang sah2 pengemar ikan ,so apa lagi order fish n chip la.Rasa ikan,tekstur ikan memang berbeza & sangat sedap.Jangan risau disini halal..(boleh check di website aus halal).Selepas makan,nana & en suami ke fremantle market .Disini banyak jual barang2 art,seni2 gitu..ada jugak kedai jual buah-buahan,sayuran & nuts.Bangunan2 kat sini lebih kepada bangunan lama2.Sebelum nana & en suami ke Perth city,nana singgah jap di E-Shed untuk beli cenderahati.

Nana & en suami stay di Britannia On William St..Bangunan lama yang dijadikan hostel backpacker.Sekitar William St jugak banyak lagi hostel2 backpacker.Tempat ni memang happening malam2.Nana beli barang makan minum dalam bilik dari supermarket IGA di Newcastle St.harga jauh lebih murah dari kedai 24jam macam 7eleven tu.

Ingin lihat kanggaro secara dekat dan beri makan boleh ke Caversham Wildlife Park.Nana & en suami ke sini dengan train dari perth turun di basseden station,dari sana kami naik bus ke Whiteman Park.Kat Caversham ni boleh bermanja-manja dengan kanggaro,koala.& banyak lagi haiwan2 yang tak jumpa kat malaysia..hihi.

Nana & en suami sempat ke Harbour Town Shopping Center.Bershopping le..macam JPO le lebih kurang.Nak beli jangan convert ok..hahaha.

Lepak kat King's Park jugak sangat menenangkan.Angin dingin sampai ke tulang...Lepak 2-3 jam kat situ sambil makan2,layan woo..permandangan lak... MasyAllah.dari sini nampak Perth city,kapal terbang turun naik..semua leh nmapak sebab King's Park ni atas bukit.

Budaya kat WA ni memang menyenangkan hati.Semua orang hai hello kat kita.greet kita baik2.Cair hati dibuatnya..Nana share gambar sikit eyh..ENJOY!!!
































Sunday, 3 May 2015

TOP HITS OF 2014 IN 2.5 MINUTES - US THE DUO

MAY PROMOTION BY SHAKLEE MALAYSIA

Apa yang hebat bulan ini selain ULANGTAHUN BIRTHDAY SAYA..hihi...

Shaklee menawarkan lebih untuk anda diluar sana pada bulan ini..Salah satu ye adalah :

+ Jika anda sertai keAHLIan + beli satu barang shaklee ,anda akan mendapat PERCUMA satu botol VITALEA SHAKLEE iaitu multivitamin pertama dunia !!!

CONTOH: join member(rm80) + beli satu herbal blend cream = FREE vitalea ..

Tawaran lain bulan ini adalah :

+ OMEGA GUARD & PYTHOCOL buy 6 free 1
+ VITALEA KIDS buy 3 free 1
+ set hamil,set berpantang,set pelangsingan & set awet muda dengan HARGA YANG TERBAIK & UV yang lebih besar..

Dan kini telah kembali produk yang hot iaitu COLLAGEN POWDER & NUTRIFERON



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 





Wednesday, 8 April 2015

FAST FURIOUS 7

Semalam nana & suami kesempatan menonton movie Fast Furious 7 .. Kali ni filem ni lebih banyak action yang menarik.Watak baru seperti Megan Ramsey & Ian Shaw pun menarik.Jason Statham(Ian Shaw) biasa ye jadi watak baik,kali ni bawa watak jahat pulak..Tak bosan tengok.

Part yang last2 tu agak sedih sikit la sebab bersangkut paut tentang Paul Walker..




Friday, 3 April 2015

TANDA-TANDA ANDA MEMPUNYAI MASALAH HORMON



Sebenarnya bagi wanita, banyak perubahan yang paling ketara ketidakseimbangan hormon ini adalah semasa mereka berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an, tetapi tak mustahil boleh juga dilihat seawal pertengahan 20 hingga 30-an....  
Namun, ramai lagi wanita yang mempunyai tanda-tanda awal masalah hormon, yang banyak berkaitan dengan bukan sahaja gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang kita terdedah setiap hari ....

Secara Ringkas Kesan-kesan Ketidakseimbangan Hormon Kepada Wanita

  •     Rambut gugur / pertumbuhan rambut di wajah atau tubuh badan
  •     Osteoporosis
  •     Murung atau Stress
  •     Kenaikan berat badan
  •     Alergi
  •     Kulit kering
  •     PMS
  •     Fibroid
  •     Lelah
  •     Gemuk air

Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon bagi wanita:


Berat badan meningkat.
Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

Masalah penghadaman.
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

Keletihan.
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

Kurang bernafsu.
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

Berpeluh.
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

Mengidam.
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.


Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

Selain mengamalkan tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan.

Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita.

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi.

Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 – 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian....

APRIL 2015 PROMO

April ni banyak item yang ada promosi,rugi tak grab !!!

Nak beli 1 pun ada diskaun taw




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...