the shaklee difference

the shaklee difference

Wednesday, 8 April 2015

FAST FURIOUS 7

Semalam nana & suami kesempatan menonton movie Fast Furious 7 .. Kali ni filem ni lebih banyak action yang menarik.Watak baru seperti Megan Ramsey & Ian Shaw pun menarik.Jason Statham(Ian Shaw) biasa ye jadi watak baik,kali ni bawa watak jahat pulak..Tak bosan tengok.

Part yang last2 tu agak sedih sikit la sebab bersangkut paut tentang Paul Walker..




Friday, 3 April 2015

TANDA-TANDA ANDA MEMPUNYAI MASALAH HORMON



Sebenarnya bagi wanita, banyak perubahan yang paling ketara ketidakseimbangan hormon ini adalah semasa mereka berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an, tetapi tak mustahil boleh juga dilihat seawal pertengahan 20 hingga 30-an....  
Namun, ramai lagi wanita yang mempunyai tanda-tanda awal masalah hormon, yang banyak berkaitan dengan bukan sahaja gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang kita terdedah setiap hari ....

Secara Ringkas Kesan-kesan Ketidakseimbangan Hormon Kepada Wanita

  •     Rambut gugur / pertumbuhan rambut di wajah atau tubuh badan
  •     Osteoporosis
  •     Murung atau Stress
  •     Kenaikan berat badan
  •     Alergi
  •     Kulit kering
  •     PMS
  •     Fibroid
  •     Lelah
  •     Gemuk air

Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon bagi wanita:


Berat badan meningkat.
Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

Masalah penghadaman.
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

Keletihan.
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

Kurang bernafsu.
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

Berpeluh.
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

Mengidam.
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.


Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

Selain mengamalkan tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan.

Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita.

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi.

Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 – 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian....

APRIL 2015 PROMO

April ni banyak item yang ada promosi,rugi tak grab !!!

Nak beli 1 pun ada diskaun taw




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...