the shaklee difference

the shaklee difference

Monday 2 February 2015

KESAN BURUK MINUM AIR BERGAS

Alhamdulillah nana dan suami hampir setahun lebih meninggalkan air gas 100% walaupun sebelum-sebelum ni bukan peminum tegar pun.Memang nana tak berapa gemar sebab manis melampau.Dan setahun setengah ni memang kami totally tak ambil air bergas.Kami tahu banyak keburukkan dari yang baik pasal air gas ni.




Dibawah ni antara kesan-kesan buruk yang terdapat dalam air minuman bergas:

1. Asid fosforik - Kandungan asid fosforik yang terdapat dalam minuman soda ini melemahkan tulang dan mereputkan gigi.

2. Pemanis tiruan berlebihan dalam minuman soda menyebabkan rasa ketagihan makan benda-benda manis.

3. Warna karamel yang diperbuat daripada bahan kimia karamel tidak menambah kepada sebarang rasa, tetapi sebaliknya memberi kesan karsinogen.

4. Formaldehid yang terdapat dalam minuman soda, terutamanya minuman soda diet (rendah kalori), adalah karsinogen (bahan penyebab kanser). Bahan ini tidak dicampurkan terus ke dalam minuman soda diet tetapi ia terhasil daripada penguraian aspartame yang menjadi salah satu bahan campuran minuman soda diet. Selepas minum air soda (air gas), sistem pencernaan akan menguraikan aspartame kepada dua bahan, iaitu asid amino dan metanol (atau dikenali juga sebagai asid formik atau formaldehid).

5. Sirap jagung tinggi fruktos ialah bentuk pekat bagi gula fruktos yang berasal dari jagung yang terdapat dalam minuman soda. Ia meningkatkan kandungan lemak badan, kolesterol dan trigliserid serta membuatkan rasa lapar.

6. Potassium benzoate ialah pengawet yang terdapat dalam minuman soda. Bahan ini ialah pengawet yang boleh terurai menjadi benzene di dalam badan. Membiarkan air minuman soda terdedah di bawah matahari menyebabkan benzene ini menjadi karsinogen.

7. Pewarna makanan yang terdapat dalam minuman soda boleh merosakkan fungsi otak, menjadi hiperaktif, masalah fokus kerana kekurangan kawalan impuls.

6 comments:

  1. byk keburukkan minum bergas ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anizz tapi kadang-kadang tengok orang lain minum hari2..
      padahal dorang tahu tak elok.. :)

      Delete
  2. akak pun sama, pantang minum air gas..kalo x tahan sgt, sesekali je minum..itu pun biasanya 100plus/revive..

    salam ukhwah dik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kalau tak tahan minum air kosong lagi sedap..jangan dilayan nafsu nak minum air gas ni..minum sikit nak lagi..hehe..

      salam kak :)

      Delete
  3. Nasib baik la farah mmg tak gemar minum minuman bergas. .byk keburukannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2..dan paling susah nak tolak time g makan di fast food mcm kfc..nana kalau order makan ,ala carte je,rela bawak air masak standy by dalam beg :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...