the shaklee difference

the shaklee difference

Friday, 27 February 2015

MINUM AIR 10 GELAS

Tips mudah macam mana nak cukupkan minum air masak 10 gelas sehari

1-bangun pagi 2 gelas

2-selepas sarapan 1 gelas

3-selepas ambil suplemen shaklee 1 gelas 

4-selepas lunch 1 gelas

5-selepas ambil suplemen shaklee 1 gelas

6-sambil buat kerja rumah 1 gelas

7-petang 1 gelas air

8-selepas dinner 1 gelas

9-sebelum tidur 1 gelas

*mudah jika kita betul2 disiplin...GOOD LUCK!!! :)

ANGGUR HEBAT

 - Muscadine Grape -



Kenapa dikatakan hebat?? Kerana MUSCADINE GRAPE ini adalah anggur "liar" yang mempunyai 20 KROMOSOM..

MENAKJUBKAN saiz Anggur Muscadine ini adalah sebesar BOLA GOLF. Pertumbuhannya yang unik, memerlukan cahaya matahari yang kuat menjadikan ia mengandungi banyakkk POLIFENOL dan RESVERATROL... dan menjadikan ia ANTIOKSIDAN yang SANGAT KUAT...
 

* yang mana belum tahu, Anggur Muscadine ni antara 4 kandungan utama dalam VIVIX... Celine Nutritionist Shaklee bagitahu anggur muscadine ni SANGAT TAHAN LASAK. Katanya, kalau hutan tu terbakar dengan api yang sangat marak sekalipun.. Anggur Muscadine ni langsung tidak berubah bentuk atau sifat. Mantain macam tu je..... Subhanallah, betapa hebatnya ciptaanNya.....


Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 26 February 2015

MAGNUM MID VALLEY


Semalam,Dinie ajak try ais krim magnum di Mid Valley,kami pergi berempat..Not bad la,tak la mahal sangat.
Boleh pilih 3 jenis bahan yang kat atas tu,pilih coklat apa yang kita nak..Chili flake pun hadoo...haha







yang ni gambar makan malam dengan babah kat penchala,lepas g mid valley tu

Wednesday, 25 February 2015

CUACA PANAS


Suhu semakin meningkat panas..

Sediakan keluarga anda dengan minuman isotonik yang tidak mengandungi gas.Hanya bancuh dengan air suam  & sejukkan kemudian sedia diminum.





Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


LENGAT PISANG KUKUS


Lengat Pisang

Bahan-bahan

(dipotong & gaul )
-Pisang emas
-gula
-garam

(kuah)
-santan sebiji
-tepung gandum 2 sudu
-tepung jagung 1 sudu
-garam

Cara-cara

-pisang di potong ikut citarasa anda,dicampur dengan garam & gula
-dimangkuk yang lain campurkan santan ,tepung jagung,tepung gandum,garam.Kacau hingga rata.
-tuang bahan santan ke dalam bekas yang berisi pisang ,dalam bekas yang boleh masuk dalam pengukus anda.

Kukus selama 15 minit

Monday, 23 February 2015

BERJAYA HAMIL

Add caption
Testimoni terbaru pengguna GLA Complex Shaklee..berjaya hamil.semoga rezeki zuriat milik kita semua :)



Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Sunday, 22 February 2015

SALES CNY

Tadi petang sempat ke Jusco Tebrau..

Niat hati nak survey barang je..Terbeli pulak dek kerana sale discount CNY belum habis lagi.
hihi..Ahamdulillah..

Dapat la jaket untuk en suami di Esprit & seluar nana beli di Cotton On

Hati ada senyum...hihihi

Saturday, 21 February 2015

TAHUKAH ANDA?

Fungsi Alfalfa
*************************

Alfalfa amat MENAKJUBKAN kerana dianggap sebagai “Kacip Fatimah” dan keberkesanannya menjaga rahim wanita khasnya bagi mereka yang baru bersalin sememangnya terbukti berkesan.

Kebolehan Alfalfa menjaga kesihatan rahim wanita amat MENARIK minat ramai pasangan suami isteri untuk mencuba bagi menghangatkan lagi hubungan mereka.

Dengan pengambilan tablet Alfalfa secara istiqamah, anda akan mendapat kesihatan menyeluruh tubuh badan ada secara PERCUMA kerana Alfalfa mampu menyingkirkan toksin-toksin penyebab penyakit keluar dari tubuh badan kita.

Alfalfa adalah SATU-SATUNYA produk yang mempunyai “Tenaga Bio Velocity” yang mana ia berfungsi untuk membantu meningkatkan tenaga, memperbaiki aura tubuh badan dan meningkatkan penyerapan mineral dalam badan.

Alfalfa tablet DIJAMIN selamat dan bebas racun kerana ia di tanam secara terkawal dan bebas pesticide di California

Pengambilan tablet Alfalfa untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi memberikan kesan yang amat BERBEZA terhadap penghasilan susu berbanding sebelum pengambilan Alfalfa.

Dengan pengambilan Alfalfa, menjadikan setiap malam anda suami isteri adalah MALAM PENGANTIN BARU




Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

BERBASIKAL

Jom berbasikal !!!

Malam tadi nana ikut en suami berbasikal di sekitar JB .. track yang kami lalui sepanjang 17 km, nana rasa puas hati la sebab ini kali pertama nana join en suami and the geng ...hihi

Turun naik bukit ok..time naik bukit tu agak mencabar la tapi nana tak turun tolak taww...
Part turun bukit tu part yang paling best ...berangin je ...haha

Tak sabar nak join lagi lain kali :)

gambar ni time kami stop kejap berhampiran pintu masuk Istana Johor




Friday, 20 February 2015

KENAPA MESTI ADA OSTEMATRIX DALAM DIET ANDA





Adakah kerana harga kalsium Shaklee lebih murah? Hmm… mungkin tidak kot. Kesihatan ni mahal harganya… jangan sebab nak murah kita diskaun segala kualitinya.

Daripada makan vitamin murah yang tak tentu dari mana, lebih baik beli makanan berkhasiat yang tinggi sumber kalsium aslinya.

Kalsium Shaklee, bukan sebarang Kalsium… sebab apa? Ia bukan saja kalsium, tapi terdiri dari mineral lain yang bekerjasama dengan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.

Kalsium membina tulang umpama batu-bata, dan mineral lain ‘melekatkan’ batu-bata ini. Barulah tulang terbina dengan sihat dan kuat kan?


Keistimewaan Kalsium Shaklee…

Namanya… OSTEMATRIX! Sesuailah dengan ciri-cirinya… bukan saja untuk bina tulang, tapi matriks tulang! Bina dan lekatkan.
  • Kalsium dan fosforus  bekerjasama untuk menguatkan tulang dan gigi.
  • Kalsium dan magnesium bergabung untuk kesihatan kardiovaskular.
  • Mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium. Kalsium memerlukan vitamin D supaya boleh diserap oleh badan.
Kebanyakan pil multivitamin dan mineral mengandungi kalsium, tapi tiada yang membekalkan kalsium mengikut RDA (800-1000mg sehari untuk dewasa, 1500mg untuk wanita hamil). Jadi, pil kalsium adalah penting, apa lagi buat mereka yang sukar mendapatkan bekalan kalsium dari makanan.


Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


GRILL CHICKEN YANG MUDAH

Resepi ni nana dapat dari youtube..

Bahan perapan ayam:
2 bahagian dada ayam
Daun sup dicincang
Bawang putih di hiris
Lemon (ambil jus sahaja)
Lada hitam
Garam

Cara-cara memasak:
-Lumurkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan selama 1 jam dalam peti sejuk
-Bakar selama 45-1jam dengan suhu 200 'c

Bahan side dish direbus :
Kentang dibakar selama 10-15 minit
Lobak
Kacang buncis



Thursday, 19 February 2015

MASKER DENGAN PRODUK SHAKLEE


 Antara produk shaklee yang boleh dibuat masker.

Wah!!! syok ye kan..bukan saja boleh makan tapi boleh buat masker.Menyerlahkan lagi kesihatan kulit kita ...



-ESP+Vitamin E campur air sedikit

-VIVIX tanpa campur air

-Vitamin C hancurkan dan campur dengan air sedikit

                                                     -Alfalfa hancurkan dan campur dengan air sedikit
                                                   

 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





CHANNEL NAT GEO PEOPLE

Salah satu channel yang nana minati dulu sampai sekarang ni ,sejak pasang unifi dirumah makin seronok tengok dengan siaran HD :) Channel 503

Banyak perkongsian yang bermanfaat dari segi sosial,alam sekitar,cara hidup,sejarah dan banyak lagi yang boleh buat kita membayangkan kita ada dimana-mana lokasi yang dipertontonkan ..

Link website disini
http://natgeotv.com/asia




Wednesday, 18 February 2015

TESTIMONI VIVIX

Bagi mereka yang sedang atau selepas kemoterapi akibat kanser, sebaiknya mengamalkan pemakanan tinggi antioksidan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel rosak dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh

Tahukah anda,ubat kemo bukan sahaja membunuh sel-sel kanser malah turut menyerang sel-sel sihat.

Suplemen terbaik untuk pesakit kanser adalah VIVIX. 

Kandungannya kaya dengan resveratrol. 
Pengambilan vivix yang kaya dengan Resveratrol (antioksidan) ketika/selepas kemo bukan sahaja membantu keberkesanan kemoterapi malah melindungi sel-sel sihat.

Gambar dibawah testimoni dari Najwa Hanis

Saya sekadar berkongsi semoga bermanfaat buat insan yang anda sayang yang terlibat dalam kanser.

Vivix juga penawar semulajadi yang MENAKJUBKAN untuk mencegah kanser,penyakit nombor 1 di Malaysia. 

Vivix dijamin keberkesanannya (ini bukan overclaim tapi statement puas hati)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DUMPLING

Pagi tadi pi pasar beli barang basah untuk dinner malam ni...Barang dapur habis terus..Dari pi melaka hari tu tak masak pun,kebetulan en suami pun kerja sampai lewat malam then kita pun tak masak la..hehe

So,terasa nak makan dumpling.Nampak yang frozen ye kat pasaraya tapi cam tak syok je nampak..
Fikir-fikir baik buat sendiri cuma beli kulit dumpling tu je readymade.Inti buat sendiri.

Bahan-bahan inti
Crab stick dicincing halus
Daun sup
Carrot
Mayonis

Lekatkan guna tepung gandum bancuh dengan air.

Sup
Air
Kiub pati ayam
Daun sup

Makan bersama sos chili :)




Tuesday, 17 February 2015

17 KEISTIMEWAAN ZINK COMPLEX

Penjagaan Kulit
Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau acne.Ia adalah lebih berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik yang masih dianggap lebih berkesan.Anda ada masalah kulit muka?Jom tambah Zinc dalam diet harian.

Ekzema
Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik,adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik.Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan.Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.




Jerawat 
Mineral ini adalah penting memadam jerawat dari kulit.Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat.Di samping itu,zink juga berkait rapat dengan sintensis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.Dah cuba macam-macam produk tapi muka masih berjerawat?Jom tambah zink dalam diet anda.

Penyembuhan Luka
Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka.Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc yang menggalakkan sintensis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.Sebab itulah,zink adalah suplemen wajib bagi ibu-ibu berpantang.

Gangguan Prostat
Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat.Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser.Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari.Risau masih belum dikurniakan anak?Insyallah zink complex shaklee sangat membantu.

Hilang Berat Badan
Zink memainkan peranan utaman dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.Selera menjadi?Risau badan gemuk?Sila tambah zink dalam diet harian anda.

Mengandung
Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA.Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan
Bagi lelaki,zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.Sementara dikalangan wanita,ia membantu dalam semua fasa pembiakan termasuk peringkat kehamilan dan penyusuan.

Fungsi Biologi
Zink memainkan perana penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan ,kawalan penyakit kencing manis,tahap stress,rintangan imun,bau & rasa,pertumbuhan fizikal,selera makan dan penghadaman.

Jangkitan
Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau,memberikan bantuan kepada penyembuhan luka,meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin.Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan
Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas boikimia yang tegas yang termasuk  sintesis protien,fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.

Aturan Enzim
Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel,sintensis protein,tahap hormon,DNA,mengawal selia transkripsi gen,metablisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser
Bagi lelaki,zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser

Kelesuan Kronik
Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan kerana ia kaya dengan zink .Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak/Gugur rambut
Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak & orang dewasa.Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada pesakit ialah mengambil diet yang tinggi kandungan zink.Jom mulakan diet anda dengan zink.

Kehilangan Tulang
Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh.Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras.Oleh sebab ini,kandungan zink diperlukan dalam pelan diet anda.Sakit lutut?Tumit kaki?

Buta Malam
Pengambilan kira-kira 150-450mg zink akan memperbaiki penglihatan.Jadi adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu,kambing ,tiramketam kerana ia kaya dengan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.Mata semakin rabun terutama di waktu malam?Jom tambah zink dalam diet anda.



Nutrition Fact:Sebiji zink shaklee membekalkan 15mg(100%) keperluan harian dan 15mg kalsium(12%)daripada keperluan harian .Dan zink bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

KEPERLUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK

Untuk kanak-kanak membesar secara normal, makanan memainkan peranan yang penting. Oleh itu, ibu bapa perlulah tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Bagi membantu ibu bapa, bersama-sama ini disenaraikan lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.




1.      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.


2.      Jangan sekat anak makan

Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.

3.      Pentingnya vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.


4.      Tambah saiz hidangan

Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.


5.      Bahaya kurang khasiat pemakanan
Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.

 sumber: Pa&Ma

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


 

Monday, 16 February 2015

MELAKA TRIP 2015

13-15 feb yang lepas,nana dan 2 kawan baik nana plan short trip ke melaka.Plan dibuat bulan lepas sebab masing-masing sibuk dan jauh.So,kami cadang jumpa je di Melaka,tidur 2 malam.Nasib baik suami nana izinkan.Thanks en suami :)

Nana gerak dari JB,dayah & shue pulak gerak dari Rawang.Nana gerak dalam jam 3 sampai melaka jam 6..lama ye la hai naik bus.Kawan2 nana lepak hotel je tunggu nana sampai..sorry sis..hihi

Sampai2 kami terus ke pantai klebang,cari makan malam..dapatlah makan kupang cili.Then balik hotel.Oh ya,kami check in di Hotel Avillion di Melaka Raya.Bilik boleh tahan. 2 malam lebih kurang RM 300 lebih.Esok ye kami ke jonker walk dan sekitar melaka.Kalau sampai melaka tak makan asam pedas tak sah la kan.Jadi kami makan di restoran yang terkenal dengan asam pedas ye berdekatan mahkota parade.2 hari berturut ye makan situ.haha

Seronok bercuti kali ni sebab dapat hangout lama2 dengan dorang.Macam-macam cerita :)
Ni dah rindu dorang.huhu. Hampir 16 tahun berkawan,dari form 1 ..semoga persahabatan kita kekal selamanya .




BRANCH JB TERKINI

Bagi anda yang belum ketahui..JB branch dah bertukar lokasi ye.
Jemput2 la datang melawat & membeli.hihi

*(id nana 888848) boleh guna untuk beli sebarang produk shaklee





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


Sunday, 15 February 2015

BANANA TOFFEE



Resepi ni nana tahu pun cari rancangan tv channel Nat Geo people.Belum pernah buat,dan nana nak simpan resepi ni sebelum terlupa. :)


Banana Toffee

crust:
biskut dihancurkan 
unsalted butter yang dicairkan
(Mix kan ,ratakan dalam bekas dan sejukkan dalam 30 minit dalam peti sejuk)

lapisan 2:
Setin susu pekat yang dimasak dalam periuk yang berisi air.masak dalam 1-2 jam
(Sejuk kan tin susu sebelum buka) dan tuang di atas acuan.

lapisan 3:
pisang dipotong 
(aturkan satu lapis)

lapisan 4:
whip cream diputar (disapu atas ).
Dan disejukkan dalam peti sejuk dalam 1/2 jam.

lapisan 5:
coklat diparut halus dan tabur di atas

boleh dibuat terus dalam mangkuk kaca :)
resepi ni agak2 je ukuran dia..hihi

Siap!!

RESEPI SOTONG GORENG TEPUNG SEDAP

Awal minggu haritu, buat sotong goreng tepung tapi lupa nak snap gambar..

Korang bayangkan je la ye ..yang rangup,yang gebu,yang tak berminyak,hahaha


Bahan-bahan 
Sotong dipotong
Tepung
Serbuk kunyit sikit
Beras yang ditumbuk @ dikisar 2 sudu
Telur 
Garam
Minyak masak

Cara-cara yang mudah 
1.Tepung dicampurkan dengan kunyit tadi dan beras dan letak ketepi dulu
2.Pukul telur dan tambahkan garam dibekas yang lain
3.Masukkan semua sotong dan bancuhan telur tadi
4.Kemudian celup dalam tepung dan terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
5.Agak2 dan rangup dan garing,boleh angkat dan hidangkan.

Resepi ini gerenti korang dapat rasa sotong goreng tepung yang rangup!!!

Boleh dicicah dengan sos thai,pasti terangkat !!! hihi

Saturday, 14 February 2015

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Menjemput rezeki dengan mengutamakan solat wajib

Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya ,maka Allah akan mengurniakan % keistimewaan.

*Akan diangkat kesempitan hidup didunia daripadanya
*Akan dihindarkan daripada azab kubur
*Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
*Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
* Akan memasuki syurga tanpa hisab

"perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat.
 Kami tidak meminta rezeki kepada kamu,Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertaqwa"
(Thaha : 20:132)

Dengan menunaikan perintah Allah,khususnya solat bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dan rezeki,malah fikiran kita pun bertambah cerdas.


TESTIMONI GLA COMPLEX SHAKLEE

Kesan baik dari pengambilan GLA complex .

Setiap perubahan bergantung pada badan seseorang,alhamdulillah :)







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Friday, 13 February 2015

5 CARA TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Yes,kadang-kadang bila nak berhadapan dengan orang lain terutama ketika menjalani temuduga ataupun memberi ucapan dikhalayak ramai memang boleh buat kita gigil lutut.
Tapi jika kita memberi input yang positif kepada diri kita sendiri,insyallah segalanya akan membuat kita lebih keyakinan.

Disini juga nana akan kongsi 5 cara tingkatkan keyakinan diri korang.

1. Amalkan pemakanan sihat

Ya,serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari korang mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan korang lebih yakin dengan diri tanpa korang sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.

2. Pastikan anda Bersenam, Setiap Hari

Walaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri korang secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan korang hari demi hari.
  
3. Luang Masa Bantu Orang Lain

Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat korang sendiri. Jika korang luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri korang. Membantu orang lain tunjukkan diri korang yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
  
4. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka

Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.Korang pastinya tidak mahu bertemu dengan orang ramai dengan wajah kusam ‘kan?

 5. Senyum!

Mulakan hari korang dengan senyuman , jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika korang suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.


PROTEIN LENGKAP & PROTEIN TIDAK LENGKAP

TAHUKAH ANDA?

Protein ada 2 jenis iaitu:

Protein Lengkap
-protein yang disukat dengan imbangan yang betul & amaun asid amino yang diperlukan oleh badan untuk menyokong kesihatan yang sempurna
-antara contoh makanan protei lengkap ialah :
  1.telur
  2.susu segar
  3.daging
  4.ikan
  5.kacang soya
  6.sesetangah keju

Protein tidak lengkap
-adalah makanann protein tetapi kekurangan asid amino.
-antara contoh makanan protein tidak lengkap ialah :
  1.kacang pea
  2.kacang lentil
  3.bijirin

Untuk menghasilkan sesuatu makanan lengkap protein ianya memerlukan kesemua 9 asid amino yang didatangkan serentak ,amaun yang mencukupi dan dalam imbangan yang betul untuk badan.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...