the shaklee difference

the shaklee difference

Wednesday, 25 March 2015

TOMYAM MUDAH & SEDAP

Hari ini nana cuba masak tomyam dengan menggunakan resepi dari Fynn Jamal..Selama ni nana kalau masak tomyam mesti guna paste paket yang biasa tu..tapi paste tu tak menepati citarasa nana.Tak sama macam kat kedai tomyam..

Kali ni nana tukar guna paste jenama Mae Pranom Thai Chili Paste..memang menjadi ..puas hati.Paste ni dah beli lama tapi tak buat2..kali ni buat jugak akhirnya..Paste ni la yang kedai2 tomyam guna..korang leh cari di pasaraya semua ada,insyallah.

ni gambaran tomyam yang nana masak..hihi..lupa amik gambar lak tadi


Bahan-bahan yang nana guna:

bawang merah dihiris halus
bawang putih diketuk
serai diketuk
halia dihiris
lengkuas dihiris
cili padi dipotong
daun limau
*semua bahan diatas ditumis dengan sedikit minyak masak

kemudian masukkan paste tomyam Mae Pranom
Air rebusan ayam(air rebusan udang pun boleh)
lobak 
ayam dipotong kecil(sudah direbus tadi)
cendawan enoki
tomato dipotong 4
air perahan limau nipis
garam

Perghhh..rasa memang mengancam..TRY la..

2 comments:

  1. ada bihun sedap ni....ltak cndawan dgn fishcake bnyak2....:-))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...