the shaklee difference

the shaklee difference

Friday 13 February 2015

5 CARA TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Yes,kadang-kadang bila nak berhadapan dengan orang lain terutama ketika menjalani temuduga ataupun memberi ucapan dikhalayak ramai memang boleh buat kita gigil lutut.
Tapi jika kita memberi input yang positif kepada diri kita sendiri,insyallah segalanya akan membuat kita lebih keyakinan.

Disini juga nana akan kongsi 5 cara tingkatkan keyakinan diri korang.

1. Amalkan pemakanan sihat

Ya,serius. Dengan mengamalkan makan buah buahan & sayuran setiap hari korang mempunyai lebih tenaga dan percayalah tenaga semulajadi ini akan membuatkan korang lebih yakin dengan diri tanpa korang sedari. Dan ianya juga baik untuk kesihatan jangkamasa panjang.

2. Pastikan anda Bersenam, Setiap Hari

Walaupun hanya 10 minit berjalan kaki sekitar kediaman atau sekadar mengemas rumah. Ianya akan membantu diri korang secara mental & fizikal sekaligus meningkatkan keyakinan korang hari demi hari.
  
3. Luang Masa Bantu Orang Lain

Paling mudah ahli keluarga atau rakan rapat korang sendiri. Jika korang luangkan masa dan tenaga membantu orang lain yang memerlukan, ianya akan membina keyakinan diri korang. Membantu orang lain tunjukkan diri korang yang tidak pentingkan diri dan personaliti yang baik. Lagipun, ianya satu perkara yang mulia ‘kan?
  
4. Jaga Kecantikan Diri, Kulit Muka

Bukanlah kerana dunia ini penuh materialistik tetapi lebih kepada membina kepercayaan & keyakinan diri untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.Korang pastinya tidak mahu bertemu dengan orang ramai dengan wajah kusam ‘kan?

 5. Senyum!

Mulakan hari korang dengan senyuman , jangan kedekut senyuman dengan sesiapa pun. Kajian menunjukkan jika korang suka senyum dan positif dalam hidup, kejayaan akan datang bergolek dan pastinya anda akan lebih berkeyakinan.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...