the shaklee difference

the shaklee difference

Sunday 28 September 2014

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Assalamualaikum..hari ini terasa nak share tentang percutian nana dan suami ke PULAU TIOMAN.Lagipun nana rasa nak simpan memori ni,nanti takot lupa..hehe

Perancangan nana dan suami ke pulau tioman ni tak lah lama mana,ketika tu suami cakap nak bercuti dekat2.Dan alang2 time nak pergi tu hari lahir suami (1 April 2014).Memandangkan cuti mengejut,terpaksa la ala-ala percutian bajet.Tak lah tidur hotel atau resort mahal2.

Memandangkan kami stay di JB,kebetulan masa tu balik kuantan kejap.Dari kuantan kami ke mersing.Pagi2 lagi dah kuar dari umah mak mertua nana di kuantan,rasa ye time tu jam 6.30 pagi lepas subuh kami bertolak..sebab nak kejarkan waktu bot pukul 10 pagi .

Kami sampai Jetti Mersing jam 9 pagi.Sampai je terus kami check in kat Jetty .Tiket dah beli sewaktu ke Kuantan sebelum tu..Perjalanan bot ambil masa 2 jam..Lama jugak la.Tak macam Pulau perhentian,terengganu,bot amik masa dlm 45minit saja..

Sampai di Pulau,kami terus ke Salang Indah Resort sebab memang dah book awal.Harga bilik untuk 2 orang hanya rm50 semalam.Murahkan...hehe.Kami ambil 2 mlm ,so rm100..Bilik kipas je,sebab malam memang sejuk,siang pulak dah tentu lepak pantai je kan.So,jangan membazir nak ambil bilik aircond.hehe.. tapi terpulang la kat kome iye. :)Gambar bawah ini lah salang indah resort.


 gambar dari sumber google

Hari pertama tu,kami hanya lepak-lepak pantai.Kami ada jugak usha-usha pakej snorkling.Ada yang rm75,ada yang rm100..Makan tengahari kami ,just makan simple2 je kat kedai makan area salang,banyak kedai makan boleh pilih.Petang tu kami pun terus g book snorkling trip untuk esok yang berharga rm100 tu,kenapa rm100?Sebab dorang akan bawak keliling pulau tioman dan pergi ke air terjun..

Aktiviti malam just hangout cafe tepi pantai tu sambil makan malam,malam tu kami makan western kat cafe betul2 tepi jetty (x ingat nama cafe tu),boleh tahan la.Selepas makan kami pergi tengok orang mancing ikan di jeti.Banyak dorang dapat,ikan fresh2,geram je rasa.

Esok paginya iaitu hari kedua,kami bersiap-siap untuk mulakan aktiviti island tour dan snorkling.Dari pukul 10 pagi hingga jam 4 tak silap aktiviti tu.Dapat jugak pengalaman pergi air terjun ditengah2 pulau,tempat tu agak sunyi ,cuma kami suami isteri dan a few mat saleh yang datang situ.Tapi best,lebih privasi.hehe

Kami jugak ada singgah di Pekan Tekek ,kat situ kami singgah untuk makan tengahari dan boleh beli cenderahati jugak..Selepas tu sambung lagi snorkling,masa ni la buat pertama kali ye nana nampak anak jerung..aduhh..memang seram ok..terus swimming laju sikit nak naik bot.Huhu,nana memang penakut sikit bab-bab ni..

Lepas habis aktiviti,masing-masing tumbang keletihan.Kami rehat,malam baru keluar balik untuk dinner..lepas dinner jalan-jalan sikit la sebab ini malam terakhir kami kat sini.Pukul 11 baru balik bilik..

Hari ke3 iaitu hari terakhir,pagi tu kami breakfast,makan kuih2 dan bihun goreng.Ada makcik ni jual,homemade.sedap ok..Dia bukak table depan kedai runcit kat salang indah ini,so kami cuma order air je kat restoran.Selesai sarapan,kami ke bilik untuk ambil beg dan terus ke jeti salang untuk balik.

Sampai di jeti mersing dalam tengahari,sebelum balik kami singgah makan dulu mersing dan terus balik ke JB.Huh,letih sangat tapi menyeronokkan.Thanks abi. :)









2 comments:

  1. salam.
    sy br balik bercuti drpd sabah.
    good tipss...
    boleh lah ke tioman plak lepas ni..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ain, best ye dengar sudah ke sabah,nana x sampai lagi,insyallah dalam perancangan jugak tu.

      tq :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...