the shaklee difference

the shaklee difference

Thursday 25 September 2014

CARA KE SINGAPURA GUNA KERETA

Disember 2012 nana pindah ke Johor Bahru dengan suami.So,bila dah duduk JB ni,takkan tak masuk singapore kan.Dah alang2 tu,boleh jugak la lepas rindu kat KL kalau masuk singapore ni.Sebab town dia lebih kurang macam kat KL jugak.

Oleh sebab itu,nana nak kongsi la sikit cara macam mana nak masuk singapura guna kereta atau motor.Mula-mula dulu masuk sana guna motor je,senang nak tahu jalan dan lebih mudah parking.

Sebelum nak masuk ke singapore ni setiap kereta wajib ada autopass.



Bayaran untuk autopass ni $10 dollar lebih kurang rm25.Kalau anda baru kali pertama nak masuk singapore,nak buat autopass  ni anda kene buat di imigresen singapore di woodland.

Autopass ni penting...
nak bayar parking..nak bayar toll..nak beli barang pun boleh bagi sesetengah kedai je la.


Kalau masuk ikut tambak JB lebih mudah,anda ikut je lorong kereta.Disini anda kene check passport dengan imigresen malaysia.Bukak tingkap kereta bagi mudahkan pihak imigresen lihat anda,tak perlu turun pun kecuali jika anda naik bas awam.



Selesai dengan imigresen malaysia,anda teruskan je perjalanan ke woodland melalui jambatan.Sampai je di imigresen Woodland,sama macam di imigresen malaysia.Bagi passport dan white card(kalau tak ada boleh mintak pada mereka).Isi dengan lengkap maklumat anda dalam white card.Kalau dalam kereta ada 4 orang,white card pun kene ada 4 jugak ye.

Selepas selesai dengan passport semua,anda kene pergi di office untuk buat kad autopass.Selesai je,anda boleh terus ke kastam section bagi pihak kastam check kereta anda.Sekejap je pun mereka check.Akhir ye selesai,anda boleh meneruskan perjalanan ke singapura.Untuk lebih mudah anda gunakan GPS,senang nak kemana-mana.Dan jangan lupa topup autopass card anda di 7eleven..



Harap perkongsian nana ni dapat membantu anda. :)

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian..Hi Admin. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 *Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...