the shaklee difference

the shaklee difference

Thursday 5 March 2015

SUMBER VITAMIN C YANG SELAMAT

Selama ini kita mengenal sumber vitamin C terbaik adalah oren. Oren sering dikaitkan dengan vitamin C. Padahal banyak buah-buahan yang mengandungi vitamin C lebih banyak berbanding oren. Di antaranya adalah buah kiwi, betik dan jambu biji.


Vitamin C adalah sangat penting untuk tubuh manusia untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh, membantu penyerapan zat besi serta untuk pembentukan kolagen. Kekurangan vitamin C di dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti masalah sendi dan anemia. Vitamin C adalah vitamin larut air. Jadi masalah terlebih dos vitamin C dalam tubuh sangat jarang berlaku. Vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang melalui urin dan peluh.
 
Mungkin ramai di kalangan anda yang tidak menggemari buah oren tapi ingin kan sumber vitamin C yang cukup untuk badan. Selain buah oren disini disenaraikan alternatif  buah buahan lain yang boleh menggantikan buah oren.
Jambu biji
Kandungan vitamin C dalam jambu biji melebihi vitamin C dari buah oren. Dalam 100g buah jambu biji mengandungi 108mg vitamin C. Ia berkhasiat untuk mengatasi masalah gangguan perut seperti dhirea.

Epal
Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan flavonoid antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebuah epal memiliki sekurang kurang nya 80 kalori. 


Delima
Sebiji buah delima mempunyai lebih kurang 40% keperluan vitamin C anda. Deliama juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E. Antosianidin juga memiliki sifat antioksidan dan anti inflamasi yang dapat menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah Alzheimer, kanser payudara, kanser prostat serta leukimia.
Buah Kiwi
Selain mengandungi banyak vitamin C, buah kiwi kaya dengan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan E. 

Buah Anggur
Buah anggur memiliki kandungan vitamin C yang banyak, iaitu 10.8 mg setiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan lain yang berlimpah ruah.

Strawberi
Mengambil strawbery dalam hidangan harian akan dapat mencegah diabetes dan penyakit jantung. Strawberi juga merupakan buah buahan yang mempunyai sifat antioksida yang tinggi. 
Betik
Betik mempunyai banyak vitamin C, folat dan karotin. Betik merupakan satu satunya sumber enzim pencernaan semulajadi yang membantu mencerna protein. Dalam 150gram betik mengandungi Vitamin C sebanyak 90mg.
 
Avocado
Avocado mempunyai lemak tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi zat besi dan vitamin E. Sebiji avocado mengandungi lebih kurang 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.
Mangga
Sebiji mangga rata-rata mengandungi 60 mg vitamin C. Antioksidan dalam mangga membantu mencegah artritis, mempercepat penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

Tomato
Tomato adalah sumber vitamin C dan salah satu karetinoid terkuat yang bertindak sebagai antioksidan. Dalam satu buah tomato ukuran kecil mengandungi vitamin C sebanyak 23 mg.

Selain buah-buahan di atas, masih banyak lagi buah yang mengandung vitamin C seperti pisang, melon, laici, nanas, markisa dan blackcurrent.
Namun pengambilan buah buahan juga perlu diteliti memandangkan sekarang proses penanaman buah buahan untuk pasaran komersil terlalu luas. 
Untuk menjaga kualiti buah supaya tidak rosak dan tahan lama mungkin menyebabkan pengusaha terpaksa menggunakan racun serangga secara berlebihan dan mengawet buah buahan tersebut untuk tujuan eksport yang mengambil masa berbulan lamanya.
Jadi kandungan vitamin C dalam buah buahan tersebut juga mungkin berkurangan disebabkan oleh keadaan keadaan tersebut.

Jalan mudah dan selamat adalah dengan pengambilan secara konsisten Vitamin C Plus shaklee :)



Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...