the shaklee difference

the shaklee difference

Wednesday 5 November 2014

CARA ELAK TEKANAN DARAH TINGGI

Ramai dalam kalangan kita tidak menyedari bahawa stress atau tekanan kerja mahupun keadaan sekeliling sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua terutamanya wanita berkerjaya.Tugasan atau tanggungjawab berganda sebagai seorang pekerja,ibu dan isteri adakalanya menyebabkan wanita beerhadapan dengan pelbagai masalah yang menyangkut hal perasaan dan emosi.

Tanda- tanda stress ialah jantung anda berdegup dengan cepat,banyak berpeluh,risau dan bimbang,sukar tidur,hilang selera makan ,murung serta gelisah.



Bagaimana mahu elakkan tekanan dan stress?

Bersenam dengan kerap
Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.Bersenam boleh membantu seseorang mengawal selera makan dan membakar lemak.Juga menghilangkan rasa bimbang dan seterusnya menjauhkan dari masalah.

Rehatkan minda dan tubuh badan
Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah dan urat yang tegang.Berurut juga mampu menghilang ketegangan akibat bebanan stress.

Kurangkan pengambilan kalori
Elakkan mengambil kalori yang melebihi untuk tubuh.Kurangkan penggunaan garam dalam penyediaan makanan harian

Amalkan diet yang seimbang
Masalah tekanan darah tinggi boleh berkait dengan masalah kolestrol tinggi.Diet seharian untuk mengawal masalah ini.Elakkan makan organ dalaman  dan lebihkan makanan berserat seperti beras perang,oat dan buah-buahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...