the shaklee difference

the shaklee difference

Tuesday 17 June 2014

MIGRAIN

Migrain adalah sakit kepala yang terjadi di sebelah ataupun di kedua belah kepala yang menyakitkan dan berdenyut-denyut disertai dengan loya, mengalami gangguan visual dan beberapa symptom yang lain. Migrain boleh berlaku selama antara 4-72 jam tanpa henti.

Migrain boleh dikategorikan sebagai sakit kepala vascular (vascular headaches) iaitu saluran darah ke otak yang mengalami pengembangan dan pengecutan. Ada satu kajian dilakukan iaitu menggunakan imbasan tomography berkomputer (SPECT) menunjukkan mereka yang mengalami migraine terdapat keradangan (inflammation) yang paling ketara pada meninges (yang meliputi kulit kepala).Terdapat tiga membrane iaitu dura, arachnoid dan lapisan paling bawah atau ke dalam dipanggil pia.





Migraine boleh terjadi pada bila-bila masa. Salah satu faktor migraine terjadi pada wanita disebabkan hormon estrogen yang tidak stabil; kebiasaannya wanita akan mendapat migraine ketika datang bulan (iaitu ketika hormon estrogen rendah).

Kebiasaanya migrain ada 5 fasa iaitu:

1. Sehari ataupun sebelum berlakunya migrain, terdapat perubahan pada 
    mood, mengalami masalah dengan ingatan, perubahan pada salah satu 
    lima deria kita ataupun masalah pada percakapan.
2. Sebelum sakit kepala, sesetengah orang akan nampak corak ataupun kelipan 
    cahaya ataupun mungkin kekebasan pada tangan ataupun mulut. 
    Ini dipanggil aura. Mereka yang mengalami aura ini akan epilepsy sebelum 
    jadi sawan.
3. Sebelum dalam keadaan menyakitkan, migrain boleh berlaku pada sebelah 
    kepala ataupun kedua belahnya ataupun akan berpindah daripada kiri ke 
    kanan kepala.   
4. Sakit kepala tiba-tiba hilang tetapi loya sentiasa rasa seperti berlegar-legar.
5. Seseorang itu akan merasakan letih dan kelesuan dan ingin tidur.


Shaklee mencadangkan Bcompleks dan Ostematrix untuk merawat migraine.



Ostematrix Shaklee 

mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. mineral ini membantu untuk mengawal otot dan menghantar isyarat impuls ke saraf dari dalam badan ke otak.

Bcompleks 

mengandungi semua vitamin daripada kumpulan B iaitu Riboflavin (B2), Niacin (B3), Asid Pantothenic (B5) dan Pyridoxine (B6). Vitamin daripada kumpulan B ini membantu untuk sistem saraf, perkembangan sel pernafasan, meningkatkan aliran darah ke otak dan B6 diperlukan untuk memastikan otak berfungsi dengan normal.

  Jangan jadikan migraine berlarutan hingga menganggu rutin harian anda. Jom cegah migraine dengan Set Migrain Shaklee. 

 

sila hubungi saya,
whatsapp/sms : 011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...