the shaklee difference

the shaklee difference

Thursday, 23 July 2015

PIZZA BY NANA

Raya dah masuk hari ke tujuh.. disebabkan semalam baru balik dari KL & Kuantan.So,hari ni masak guna barang apa yang ada je kat rumah.

Nak makan nasi macam tak je..so,decide buat pizza for the first time! sesudah google2,youtube2 resepi pizza,terhasil lah Pizza By Nana..

Resepi mudah dan ringkas..Sila telan air liur.hihi

Bahan Doh :
Tepung serbaguna 2 cup
Garam 1 sudu teh 
Gula 1 sudu besar
Yis Segera
Minyak sayuran 1 sudu besar

Bahan Topping:
Sosej
Cendawan
Cili merah
Bawang
Daun sup
Sos Prego Original
Keju Mozarella

Cara :
Yis dicampur gula & 3/4 air suam.Kacau sikit dan biarkan 10 minit sehingga berbuih.Dalam bekas lain,campurkan tepung,minyak,garam.Kemudian campurkan tepung dan yis tadi.Uli sehingga tak lekat kat tangan,boleh tambah tepung sikit.Uli dalam 10 minit-15 minit..Lepas tu ,uli bentuk bulat dan rehatkan doh 1 jam-1 jam setengah.Lepas tu,tumbuk doh untuk keluarkan angin..dan boleh canai.Isi toping ikut selera awak2 le..hihi.bakar selama 15-20 minit ,suhu 200 celcius.Insyallah menjadi..Simple & sedap!





6 comments:

  1. sedap nie....biasa buat letak keju cheddae..

    selamat hari raya diana :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je apa2 jenis cheese :) tambah parmesan pun sedap.hihi

      selamat hari raya kembali sis..

      Delete
  2. Cuba la sis .senang je..budak2 pun suka.
    Tak payah beli kt luar lagi.hehe
    Boleh buat sendiri je..

    ReplyDelete
  3. adus adus.. CT ngan pizza memang kenot say no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ye semua org cannot say no..he he..

      Selamat mencuba sis ct :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...