the shaklee difference

the shaklee difference

Tuesday, 5 May 2015

PERTH TRIP 2015

Lama tak jenguk blog ni...Rindu nak sharing,tapi kali ni nana nak sharing pasal short trip nana dengan en suami ke PERTH,AUSTRALIA....

Berbunga-bunga hati bila beli tiket nak ke Perth.Yelah tengok tempat orang lain rasanya kan..Nana & en suami beli tiket AirAsia pada bulan febuari hari tu.Dapat harga yang agak rendah jugak la.Perjalanan pun kejap je..dalam 5jam.

Jejak kaki kat Perth Airport time tu pagi dalam jam 6 gitu habis lepas kastam semua la.Cuaca sangat sejuk pagi tu ye.Lebih kurang 13'c..Nana & en suami tak sewa kereta sebab suka nak jalan guna public transport je.Lagi pun dua orang je..kalau yang dah ada anak atau bawak orang tua wajib sewa kereta ok.

Dari international airport kami ke domestik airport,naik free bus je..dalam 10 minit.Then dari sana,kami naik bus terus ke Fremantle.Maha Besar Allah..cantik permandangan kat situ,air laut tak terjejas warna walaupun di area pelabuhan kapal2.Di sana nana & en suami lunch di Cicerello's Fish & Chip restoran.Nana dah memang sah2 pengemar ikan ,so apa lagi order fish n chip la.Rasa ikan,tekstur ikan memang berbeza & sangat sedap.Jangan risau disini halal..(boleh check di website aus halal).Selepas makan,nana & en suami ke fremantle market .Disini banyak jual barang2 art,seni2 gitu..ada jugak kedai jual buah-buahan,sayuran & nuts.Bangunan2 kat sini lebih kepada bangunan lama2.Sebelum nana & en suami ke Perth city,nana singgah jap di E-Shed untuk beli cenderahati.

Nana & en suami stay di Britannia On William St..Bangunan lama yang dijadikan hostel backpacker.Sekitar William St jugak banyak lagi hostel2 backpacker.Tempat ni memang happening malam2.Nana beli barang makan minum dalam bilik dari supermarket IGA di Newcastle St.harga jauh lebih murah dari kedai 24jam macam 7eleven tu.

Ingin lihat kanggaro secara dekat dan beri makan boleh ke Caversham Wildlife Park.Nana & en suami ke sini dengan train dari perth turun di basseden station,dari sana kami naik bus ke Whiteman Park.Kat Caversham ni boleh bermanja-manja dengan kanggaro,koala.& banyak lagi haiwan2 yang tak jumpa kat malaysia..hihi.

Nana & en suami sempat ke Harbour Town Shopping Center.Bershopping le..macam JPO le lebih kurang.Nak beli jangan convert ok..hahaha.

Lepak kat King's Park jugak sangat menenangkan.Angin dingin sampai ke tulang...Lepak 2-3 jam kat situ sambil makan2,layan woo..permandangan lak... MasyAllah.dari sini nampak Perth city,kapal terbang turun naik..semua leh nmapak sebab King's Park ni atas bukit.

Budaya kat WA ni memang menyenangkan hati.Semua orang hai hello kat kita.greet kita baik2.Cair hati dibuatnya..Nana share gambar sikit eyh..ENJOY!!!
































4 comments:

  1. cuaca kat sana macam malaysi tak...

    :-)) cantik2 gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. time nana pergi ni musim autumn..sejuk berangin.alhamdulillah tak hujan.
      kiranya kalau jalan kaki pun tak berpeluh la..hihi..

      thanks sis iryanty

      Delete
  2. berholiday di Perth mmg seronok...tenang je kat sana..pengalaman pertama ke sana rasa spt nk migrate ke sana hihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana pun rasa nk stay sana terus ..hihi..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...