Saturday, 14 February 2015

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Menjemput rezeki dengan mengutamakan solat wajib

Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya ,maka Allah akan mengurniakan % keistimewaan.

*Akan diangkat kesempitan hidup didunia daripadanya
*Akan dihindarkan daripada azab kubur
*Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
*Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
* Akan memasuki syurga tanpa hisab

"perintahkanlah keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat.
 Kami tidak meminta rezeki kepada kamu,Dan balasan baik bagi orang-orang yang bertaqwa"
(Thaha : 20:132)

Dengan menunaikan perintah Allah,khususnya solat bukan sahaja mendapat ganjaran pahala dan rezeki,malah fikiran kita pun bertambah cerdas.


1 comment:

  1. ye..solat adalah amalan wajib bagi semua umat islam yang beriman :-)

    ReplyDelete