the shaklee difference

the shaklee difference

Friday 27 March 2015

7 VITAMIN PENTING BAGI WANITA



Mesti korang tengok terkejut..banyak ye vitamin wanita perlu ambil???

Tetapi korang jangan salah sangka sebelum mengetahui keperluan & kebaikkan setiap vitamin dalam gambar kat atas ni..Setiap vitamin ini mempunyai fungsi yang berbeza dan penting untuk wanita iaitu anda dan saya!!!

Wanita ada 3 fasa yang penting dalam kehidupan iaitu:
  1.  Fasa pertama - umur 20tahun-30tahun :dimana semasa ini kita memilih kerjaya dan kehidupan berkeluarga,tidak mementingkan pemakanan dan penjagaan kesihatan yang tak terurus
  2. Fasa kedua - umur 30tahun-40tahun :fasa ini kita agak serius dalam membina perkara yang penting,kita lebih fokus kepada sesuatu perkara contohnya jaga suami,jaga anak,pikirkan kewangan
  3. Fasa ketiga - umur 40tahun-50tahun&keatas :fasa ini adalah dimana kita inginkan kehidupan yang lebih baik samada dari segi amalan rohani mahupun tingkatkan kesihatan.Difasa ini barulah kebanyakkan dari kita kaum wanita menjaga makan,takutkan sebarang penyakit yang kemungkinan dihadapi.
Tapi sedarkah kita ,seharusnya kita menyiapkan diri kita seawal mungkin untuk sebarang kemungkinan dimasa akan datang.

Difasa-fasa ini kita harus peka dengan pengambilan pemakanan yang baik khususnya vitamin & mineral yang cukup untuk kita menampung keperluan badan kita.

Disini nana kongsikan keperluan vitamin diatas mengikut had umur anda
  • 20tahun-30tahun : kita hendaklah menjaga nutrisi untuk kesuburan kita,tidur awal & secukupnya,jaga berat badan.Vitamin yang penting ketika ini adalah VITALEA,B COMPLEX,KALSIUM & GLA COMPLEX(omega 6).
  • 30tahun-40tahun : diperingkat umur ini fasa pemulaan menopous iaitu proses penuaan semulajadi.GLA COMPLEX,B COMPLEX,KALSIUM & ESP sangat penting ketika ini untuk membantu anda mengharungi keadaan hormon yang agak kurang stabil.Pengambilan diet yang sihat juga penting seperti pengambilan nasi dalam kuantiti yang sedikit bagi mengelakkan diabetis.
  • 40tahun keatas : VIVIX ,ESP & OMEGA GUARD(omega 3) amat penting untuk anti penuaan seperti osteoprosis,diabetis,kesihatan jantung & penyakit nyanyuk.
Diharap perkongsian ini membantu anda,kaum wanita membina kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri malah untuk orang yang tersayang.

Perkongsian dari wanita untuk wanita,salam sayang nana :)



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



Wednesday 25 March 2015

TOMYAM MUDAH & SEDAP

Hari ini nana cuba masak tomyam dengan menggunakan resepi dari Fynn Jamal..Selama ni nana kalau masak tomyam mesti guna paste paket yang biasa tu..tapi paste tu tak menepati citarasa nana.Tak sama macam kat kedai tomyam..

Kali ni nana tukar guna paste jenama Mae Pranom Thai Chili Paste..memang menjadi ..puas hati.Paste ni dah beli lama tapi tak buat2..kali ni buat jugak akhirnya..Paste ni la yang kedai2 tomyam guna..korang leh cari di pasaraya semua ada,insyallah.

ni gambaran tomyam yang nana masak..hihi..lupa amik gambar lak tadi


Bahan-bahan yang nana guna:

bawang merah dihiris halus
bawang putih diketuk
serai diketuk
halia dihiris
lengkuas dihiris
cili padi dipotong
daun limau
*semua bahan diatas ditumis dengan sedikit minyak masak

kemudian masukkan paste tomyam Mae Pranom
Air rebusan ayam(air rebusan udang pun boleh)
lobak 
ayam dipotong kecil(sudah direbus tadi)
cendawan enoki
tomato dipotong 4
air perahan limau nipis
garam

Perghhh..rasa memang mengancam..TRY la..

Sunday 22 March 2015

LINGKARAN HITAM DIMATA?

Minggu ini di group telegram kami rancak dengan perbualan mengenai lingkaran hitam di kawasan mata atau dikenali dengan DARK CIRCLES..

Ada yang memberi petua seperti :
  •  letak uncang teh yang sudah digunakan dan disejukkan dimata selama setengah jam setiap hari
  • hirisan timun juga boleh diambil guna letak dimata 
Tetapi bukan setiap hari kita sempat nak buat teh atau bukan juga timun ada setiap hari dirumah.Kenapa tidak memilih yang mudah untuk di"apply" ke wajah kita..

Shaklee juga ada menyediakan untuk kesihatan mata serta penjagaan yang mudah.


Krim Enfuselle Eye Treatment dari Shaklee boleh membantu anda mengatasi masalah ini. Fungsi utama krim ini adalah untuk memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap; termasuklah lingkaran gelap di bawah mata.
Selain penjagaan luaran,bagus bagi anda juga untuk mengamalkan supplement seperti CAROTOMAX & ESP/COLLAGEN POWDER SHAKLEE





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 



 

Wednesday 18 March 2015

CARA MUDAH KIRA BMI


Body Mass Index (BMI) atau Index Jisim Tubuh (IJT) adalah untuk mengukur berat badan anda berbanding dengan ketinggian untuk di buat penilaian. BMI ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu anda mengalami kurang berat badan, berat badan yang ideal, berat badan berlebihan dan obesiti.


Cara Mengira BMI

Biasanya Bmi diukur seperti berikut :-
Berat badan / Tinggi (M) x Tinggi (M)
Contoh berat anda 60 Kg dan tinggi 1.70 M
66 Kg / 2.89 (*2.89 dapat hasil darap 1.70 x 1.70)
= 22.8 (kg/m2)

< 18.5 = Kekurangan berat badan
18.5 - 24.9 = Berat badan unggul
25 - 30 = Kegemukan
30 atau lebih = Kelebihan berat badan

 
 
Semoga bermanfaat untuk anda ;)

IMBASAN 3D & 4D

Skan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah.
Skan 4-D (waktu merupakan dimensi keempat) adalah imej 3-D bayi yang bergerak.
Jika anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya.

Skan 3-D semasa 14 minggu
Anda mungkin menunggu-nunggu skan pertama anda, tetapi menjadi kecewa apabila melihat rangka kelabu kabur yang merupakan imej dua-dimensi yang biasa. Ini disebabkan skan terus menembusi bayi, jadi foto-foto itu menunjukkan organ-organ dalaman bayi.

Dengan skan 3-D dan 4-D, anda akan lihat kulit bayi menutupi organ-organ dalamannya.
Anda boleh lihat bentuk mulut dan hidung bayi anda, lihat dia menguap atau menjelir lidahnya, dan boleh menentukan secara kasar samada rupanya seakan mama atau abah.

3d scan at 26 weeks Skan 3-D semasa 26 minggu
Dari kaca mata perubatan, manfaat skan 3-D dan 4-D agak terbatas. Ada kalanya ia berguna bagi memberikan maklumat tambahan tentang keabnormalan yang sudah diketahui. Oleh sebab skan-skan ini mampu menunjukkan lebih detil dari sudut-sudut berlainan, ianya boleh membantu dalam diagnosis masalah seperti bibir rekah. Ini membantu doktor merancang pembetulan selepas kelahiran. Skan 3-D juga berguna bagi melihat jantung dan organ-organ dalaman yang lain.

Skan seperti ini juga selamat seperti skan biasa, sebab imejnya terdiri dari bahagian-bahagian imej dua dimensi yang dijadikan gambar. Belum ada sebarang kesan buruk yang didapati, walau bagaimanapun pakar-pakar mengesyorkan supaya skan dijalankan atas sebab-sebab perubatan sahaja, oleh pengamal yang berkelayakan penuh. Baca lebih lanjut tentang skan dan keselamatan.

Skan 3-D semasa 26 minggu
Masa paling baik untuk mendapatkan skan 3-D atau 4-D adalah antara 26 minggu hingga 30 minggu. Sebelum 26 minggu bayi anda mempunyai terlalu sedikit lemak di bawah kulitnya, jadi tulang muka boleh ternampak melalui kulit. Selepas 30 minggu kepalanya mungkin telah masuk agak dalam di pelvis anda, jadi anda mungkin tak dapat lihat muka bayi anda.

Sudah tentu anda mahu lihat muka bayi anda dalam skan itu, tetapi ini tak selalunya berlaku - semuanya bergantung atas posisi bayi anda. Jika dia terbaring muka ke atas, dengan banyak cecair amnion mengelilingi raut mukanya, anda akan dapat lihat mukanya dengan jelas. Tetapi, jika dia terbaring menghadap belakang anda, atau tidak begitu banyak cecair mengelilinginya, atau jika anda mempunyai banyak lemak perut, tidak banyak yang dapat dilihat.

Kadangkala doktor akan menyuruh anda pergi berjalan-jalan dahulu atau datang lagi dalam masa seminggu apabila bayi anda telah beralih ke posisi yang lebih baik. Jika betul-betul tidak dapat melihat mukanya dengan jelas, anda boleh melihat jari-jari tangan dan kakinya.


sharing dari baby center.com

Monday 16 March 2015

TIADA LAGI NEBULIZER

Kanak-kanak memang sering selsema dan kahak sehingga kene pergi ke klinik untuk sedut gas..Kesian tengok diaorang,anak buah nana pun pernah sedut gas macam tu..

Kini sedia sudah maklum ramai ibu bapa diluar sana memberi anak mereka OMEGA GUARD SHAKLEE untuk anak-anak mereka bagi meredakan dan menghilangkan masalah kahak anak mereka.Disamping omega guard baik untuk perkembangan minda dan skin allergic..

Mari kita lihat antara testimoni ibu2 mengenai Omega Guard Shaklee.






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 01
2-2437301
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


 

NANA MINAT YUNA

Sedia maklum la kan,ramai yang minat dengan lagu2 Yuna ni.Lagu dia memang berbeza dengan artis2 malaysia yang lain..Dan nana jugak minat perwatakan Yuna yang simple dan cool..

Antara lagu yang Nana minat seperti :

TOURIST
HERE COMES THE SUN
KL KITA
DEEPER CONVERSATION
RESCUE
I WANNA GO


Sunday 15 March 2015

AKTIVITI HARI INI

Hari ni nana ke Shaklee branch JB sebab ada New Branch Opening..Untuk makluman shaklee JB telah bertukar tempat ke :

No 47,49 & 51 Jalan Molek 3/20,Taman Molek ,81100 Johor Bahru

Antara aturcaranya adalah luncky draw,best dress & games..En suami bertuah hari ni sebab menang lucky draw ( 2 botol Mealshake).. :)







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
sid diyana (ID NO - 888848)
telegram/whatsapp/sms/call : 011-12810277
email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.  


Friday 13 March 2015

TESTIMONI ESP

“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.
Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu.
Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Rangsangpengeluaransusuibu/2013/Article#sthash.t5DTiS0c.dpuf
“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.
Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu.
Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Rangsangpengeluaransusuibu/2013/Article#sthash.t5DTiS0c.dpuf







Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Thursday 12 March 2015

10 MAKANAN BANTU ELAK ARTERI TERSUMBAT

1. Bawang putih
Bawang putih diketahui telah digunakan sejak zaman purba bagi merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan pada kajian, bawang putih mampu menghalang salur darah dari mengeras dan menjadi tempat pembentukan plak. 


2. Anggur
Anggur sangat kaya dengan flanovoids, quercetin dan resveratrol. Flanovoid ditemui dapat menghalang proses okdidasi kolesterol jahat (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding salur arteri. Ia juga merendahkan risiko darah tersumbat yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung. 


3. Bayam
Bayam sangat kaya dengan potassium dan asid folik dimana ia bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, sejenis carotenoid yang mampu menghalang serangan jantung dengan melindungi arteri bebas dari pembentukan kolesterol. 


4. Ikan
Satu kajian dari Southampton University telah menemui bahawa minyak Omega 3 yang terdapat pada ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pembentukan lemak dalam arteri. Asid lemak ini menghalang oksidasi kolesterol dan tragedi darah tersumbat.
 
5. Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksidasi akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.
 

6. Tomato
Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Korea, lycopene, kompaun dalam tomato yang memberikan ia warna membantu menghalang arteri dari mengeras. 


7. Buah delima
Jus dan buah delima yang sangat tinggi dengan antioksidan bukan sahaja dapat menghalang arteri dari mengeras dan rosak malah dapat mengundurkan semula progres penyakit ini. 

  
8. Kiwi dan cantaloupe (kalu kat pasaraya nama dia rock melon)
Makanan yang kaya dengan antioksidan ini mengurangkan kesan toksik kolesteol LDL, yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Kiwi dan cantaloupe ni mampu menghapuskannya malah menghalangnya dari merebak. Makanlah secawan cantaloupe atau kiwi sehari untuk mengawal masalah darah tersumbat. 

 
Rock melon a.k.a Cantaloupe

9. Jus kranberi
Ia meningkatkan kebolehan sel-sel tubuh untuk menukarkan lemak kepada tenaga sekaligus menghalang ia dari menimbun dalam salur darah.

10. Oat
Oat mengandungi serat yang akan melekatkan dirinya pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem tubuh kita. Kajian menunjukkan, dengan memakan 1setengah hingga 2setengah cawan oat setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20%.


Vitamin Shaklee yang boleh bantu elak dan atasi masalah arteri tersumbat ialah



vitamin shaklee untuk strok

Nak tau kenapa rakyat perancis paling sedikit terkena serangan penyakit strok, jantung dan penyakit kardiovaskular walaupun makanan utama mereka ialah daging dan lemak?
Sebab mereka suka minum wain merah. Wain merah diperbuat dari anggur merah peram yang mengandungi resveratrol yang boleh mencegah penyakit2 tersebut. Tapi, takkan orang islam nak minum wain kan? .

Vivix kan ada..setiap hidangan (1 sudu teh) menyediakan 100mg resveratrol iaitu sama dengan 100 gelas wain. Tambah lagi kandungan resveratrol dalam vivix turut diperkayakan dengan poliphenol yang diekstrak dari sumber anggur muscadine yang menjadikan ia suplemen anti-penuaan yang terbaik didunia.

Vivix turut mengandungi carrot ungu, elderberry dan knotweed jepun yang menjadikan ia tinggi antioksidan yang mampu memberi perlindungan terhadap kolesterol tinggi, penyakit jantung dan strok selain meningkatkan sistem imun tubuh.





Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday 11 March 2015

COME AND JOIN US!!!

Teruja bila tengok video ni.Rasa semangat yang luar biasa,bila orang lain boleh...KENAPA TIDAK KITA???

Jom tonton video di bawah .. kerana dirimu begitu berhak..hihi





Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 10 March 2015

MENGENAI COQ10 HEALTH PLUS SHAKLEE

  1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel. 
  2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.
  3. Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.
1 kapsul CoQHealth= 28 cawan brokoli.



 

Manfaat Utama 
 Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung 

  1. Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
  2. Penyakit Gusi
  3. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
  4. Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
  5. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
  6. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
  7. Penting untuk kesihatan ginjal
  8. Membantu merawat migrain.
  9. Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
  10. Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.

Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?
Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

Cara pengambilan : 1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 
Kenapa COQ10 Shaklee istimewa?

  • Gabungan Con enzim, vit e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL
  • semestinya semulajadi dan tiada bahan sintetik.
 
Gejala kekurangan CoQ 10
Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut:

riboflavin (B2), 
niacinamide (B3), 
asid Pantothenic (B5), 
pyridoxine (B6), 
cobalamin (B12), 
asid folik, 
vitamin C, 
dan banyak unsur-unsur surih yang lain. 

Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks co-enzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis co-enzim Q10.

 

Tanda-tanda kekurangan co-enzim Q10 termasuk:
- Kegagalan jantung kongestif
- Tekanan darah tinggi
- Angin
- Prolaps injap mitral
- Strok
- Jantung aritmia, - cardiomyopathies
- Kekurangan tenaga
- Gingivitis
- Dan kelemahan umum sistem imun.

Co-enzim Q10 terlibat dalam pengeluaran tenaga. Kekurangan CoQ10  memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan kekurang co-enzim Co Q10.




Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TEKAK GATAL

Hari ni awal blogwalking..sebab buat awal-awal kerana en suami balik kerja awal hari ni,so,tak nak la bila en suami ada rumah,nana sibuk menghadap laptopkan..hehe

Mak ai..tekak ni dari bangun pagi gatal pulak..

Orang kata petua nak hilangkan tekak gatal ni minum air limau..mana nak cari limau pagi2 ni,kene g pasar..huhu..Last2 nana teguk la sikit vivix pekat2..alhamdulillah hilang sikit gatal tekak ni.. :)


Monday 9 March 2015

OSTEMATRIX LENA TIDURKU

Huh,dua tiga hari ni memang agak letih..Badan rasa sengal2,bahu pun agak lenguh..

Lega ada Ostematrix sangat membantu nana dan en suami hilangkan rasa letih disamping dapat tidur yang lena.

Bab cerita tidur lena ni,sebelum ni memang nana seorang yang payah lelapkan mata.Tapi sejak konsisten 4 biji sehari sebelum tidur malam,alhamdulillah memang senang tidur dan nyenyak sangat.Part yang best,bangun pagi segar sangat.Boleh terus buka mata,bangun tanpa rasa malas & letih.

Ostematrix memang nana suggest sangat untuk anda yang inginkan rasa segar sepanjang hari :)




Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

SEMARANG CROSS COUNTRY MOUNTAIN BIKE MARCH 2015

Assalammualaikum..

Dah 2 hari skip update blog ni..busy sikit dan ingin luangkan masa dengan en suami je..laptop pun tak terusik..sorry sahabat2 ku.. 

Nak share la sikit aktiviti hujung minggu (7 march 2015 ) sabtu yang lepas.Nana ikut en suami ke Ayer Hitam..En suami bersama kawan2 sekerja join Semarang Cross Country Mountain Bike .
En suami baru menyertai kali pertama,so tak ada la target terus boleh pecut laju..hihi..Tapi alhamdulillah En suami berjaya menghabiskan perlumbaan ke garisan penamat(35km++ ) dengan jayanya dan selamat ..

Ada sikit gambar nana share sini untuk jadi kenangan nanti..Simpan sini buat album ..hihi..


saya selaku penaja utama PERFORMANCE DRINK..hihi



Friday 6 March 2015

VITAMIN UNTUK CANTIK

5 Vitamin Penting Untuk Kulit Sihat, Cantik dan Berseri

Sihat, Cantik dan Berseri semudah ABCEK!! Eh mana D? Kenapa ada K pulak? Hehehehe kita fokus kepada vitamin untuk kulit sihat, cantik dan berseri, jadi kita tinggalkan dulu D. Tapi jangan anggap D tidak penting tapi D kita fokus untuk masuk dalam kategori yang lain. Kalau anda mencari vitamin khas untuk kulit,lebih spesifik lagi untuk kulit sihat cantik dan berseri, stop dulu kt sini dan baca entri ini sampai habis ya.
Vitamin bukan sahaja untuk sihat tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keadaan kulit kita.

5 vitamin utama untuk kulit adalah


Vitamin Cantik#1: Vitamin A



Vitamin A adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit, mencegah kekeringan, kedutan dan penuaan kulit. Seseorang kekurangan vitamin A akan mempunyai kulit bersisik, gatal-gatal dan mungkin jerawat. Vitamin A juga memainkan peranan yang amat penting dalam membina semula tisu kulit. Retinoid, satu bentuk Vitamin A digunakan dalam rawatan penyakit kulit seperti psoriasis untuk mengawal pertumbuhan sel.

Vitamin A boleh didapati dalam daging, susu, keju, telur, bayam, lobak merah, brokoli, kacang, mangga, betik, aprikot, labu. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin A adalah CAROTOMAX.



Vitamin Cantik#2: Vitamin B




Komponen yang paling terkenal dari Kompleks Vitamin B adalah Biotin. Biotin adalah nutrien penting untuk rambut, kuku dan kesihatan kulit. Badan kita sendiri menghasilkan biotin iaitu di dalam hati dan buah pinggang. Kekurangan Vitamin B Kompleks  menyebabkan gatal kulit, ruam kulit, dan keguguran rambut.

Niacin adalah satu lagi vitamin B yang membantu melembapkan kulit. Vitamin B1 atau Thiamine  pula adalah vitamin lain yang kita perlukan untuk mempunyai kulit yang berseri. Ia meningkatkan peredaran darah dalam badan yang menambah seri kepada kulit.Telur, salmon, beras, pisang, oat adalah sumber semula jadi kaya dengan vitamin B. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin B lengkap adalah B-COMPLEX


Vitamin Cantik #3: Vitamin C




Vitamin C mengekalkan tona kulit. Vitamin C adalah salah satu vitamin yang melindungi kulit daripada penuaan dan kendur. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kedut dan perubahan warna kulit. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Dan ia adalah kolagen yang menjadikan kulit muda dan lembut. Semakin usia meningkat, lebih banyak vitamin C diperlukan untuk mengekalkan keanjalan.

Brokoli, kale, kubis, strawberi, lemon, oren, anggur, Kembang kol semua penuh dengan Vitamin C. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin C adalah VITAMIN C PLUS SR 500MG


Vitamin Cantik #4: Vitamin E




Mengembalikan kelembapan pada kulit dan melambatkan penuaan sel-sel kulit. Ia kaya dengan anti-oksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas dalam persekitaran kita. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin e adalah VITAMIN E COMPLEX


Vitamin Cantik #5: Vitamin K




Vitamin K memberi faedah penting untuk kulit iaitu mengurangkan penampilan lebam di bawah mata. Sesuai digabungkan dengan Vitamin A sebagai pencerah kulit yang baik untuk lingkaran gelap di bawah mata. Lingkaran hitam muncul kerana kebocoran darah dari kapilari di bawah mata. Vitamin K memainkan peranan dalam pembekuan dan menebalkan kulit dan memastikan pengurangan lingkaran hitam.
Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin K adalah ALFALFA COMPLEX




Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

DOA DHUHA


Thursday 5 March 2015

TESTIMONI CINCH & ESP

Ni antara salah satu testimoni dari ratusan malah ribuan pengguna cinch & esp shaklee untuk menurunkan berat badan..Malah nana juga pernah consume Cinch Shake Chocolate dalam masa sebulan turun berat 2kg..hihi..Yang ni hilang berat 13kg..wow seronok habis!!



"Jom berdiet dengan ESP dan CINCH.

Haa.. bestnya minum ESP ni tambah CINCH plak, memang terbaik untuk BERPUASA. sebab?
Perut tak berbunyi tau.. kalau makan nasi mak aiiih.. malu dengar time naik tren ke office. Dengan sahur ESP ni perut pun HAPPY je. Tambab CINCH satu sudu untuk boost metabolisme.
Hasilnya? Alhamdulillah. Membantu turun berat dari 78kg ke 65kg sekarang..

Muka pun dah kecik. Beza bulan 10 2014 dan bulan 2, 2015."






Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

SUMBER VITAMIN C YANG SELAMAT

Selama ini kita mengenal sumber vitamin C terbaik adalah oren. Oren sering dikaitkan dengan vitamin C. Padahal banyak buah-buahan yang mengandungi vitamin C lebih banyak berbanding oren. Di antaranya adalah buah kiwi, betik dan jambu biji.


Vitamin C adalah sangat penting untuk tubuh manusia untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh, membantu penyerapan zat besi serta untuk pembentukan kolagen. Kekurangan vitamin C di dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa masalah kesihatan seperti masalah sendi dan anemia. Vitamin C adalah vitamin larut air. Jadi masalah terlebih dos vitamin C dalam tubuh sangat jarang berlaku. Vitamin C adalah vitamin yang mudah hilang melalui urin dan peluh.
 
Mungkin ramai di kalangan anda yang tidak menggemari buah oren tapi ingin kan sumber vitamin C yang cukup untuk badan. Selain buah oren disini disenaraikan alternatif  buah buahan lain yang boleh menggantikan buah oren.
Jambu biji
Kandungan vitamin C dalam jambu biji melebihi vitamin C dari buah oren. Dalam 100g buah jambu biji mengandungi 108mg vitamin C. Ia berkhasiat untuk mengatasi masalah gangguan perut seperti dhirea.

Epal
Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg. Epal juga kaya akan flavonoid antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan kanser. Sebuah epal memiliki sekurang kurang nya 80 kalori. 


Delima
Sebiji buah delima mempunyai lebih kurang 40% keperluan vitamin C anda. Deliama juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E. Antosianidin juga memiliki sifat antioksidan dan anti inflamasi yang dapat menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah Alzheimer, kanser payudara, kanser prostat serta leukimia.
Buah Kiwi
Selain mengandungi banyak vitamin C, buah kiwi kaya dengan sumber magnesium, kalium, vitamin A dan E. 

Buah Anggur
Buah anggur memiliki kandungan vitamin C yang banyak, iaitu 10.8 mg setiap 100 gramnya. Anggur merah juga mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan lain yang berlimpah ruah.

Strawberi
Mengambil strawbery dalam hidangan harian akan dapat mencegah diabetes dan penyakit jantung. Strawberi juga merupakan buah buahan yang mempunyai sifat antioksida yang tinggi. 
Betik
Betik mempunyai banyak vitamin C, folat dan karotin. Betik merupakan satu satunya sumber enzim pencernaan semulajadi yang membantu mencerna protein. Dalam 150gram betik mengandungi Vitamin C sebanyak 90mg.
 
Avocado
Avocado mempunyai lemak tak tepu yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi zat besi dan vitamin E. Sebiji avocado mengandungi lebih kurang 81 kalori, 8 gram lemak dan 3 gram serat.
Mangga
Sebiji mangga rata-rata mengandungi 60 mg vitamin C. Antioksidan dalam mangga membantu mencegah artritis, mempercepat penyembuhan luka dan sangat baik untuk sistem kekebalan tubuh.

Tomato
Tomato adalah sumber vitamin C dan salah satu karetinoid terkuat yang bertindak sebagai antioksidan. Dalam satu buah tomato ukuran kecil mengandungi vitamin C sebanyak 23 mg.

Selain buah-buahan di atas, masih banyak lagi buah yang mengandung vitamin C seperti pisang, melon, laici, nanas, markisa dan blackcurrent.
Namun pengambilan buah buahan juga perlu diteliti memandangkan sekarang proses penanaman buah buahan untuk pasaran komersil terlalu luas. 
Untuk menjaga kualiti buah supaya tidak rosak dan tahan lama mungkin menyebabkan pengusaha terpaksa menggunakan racun serangga secara berlebihan dan mengawet buah buahan tersebut untuk tujuan eksport yang mengambil masa berbulan lamanya.
Jadi kandungan vitamin C dalam buah buahan tersebut juga mungkin berkurangan disebabkan oleh keadaan keadaan tersebut.

Jalan mudah dan selamat adalah dengan pengambilan secara konsisten Vitamin C Plus shaklee :)



Pertanyaan,konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
DIYANA 888848
Telegram/whatsapp/sms : 012-2437301
Email : dia_green69@yahoo.com

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...