the shaklee difference

the shaklee difference

Wednesday 28 January 2015

KEPENTINGAN ASID FOLIK SEMASA HAMIL

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B.Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang,sayuran hijau,beberapa buah,dan juga yis dan ekstrak daging lembu.Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke 13 kehamilan, anda sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Apakah sumber makanan?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar. 
Mungkin agak payah untuk kita konsisten makan sayuran yang mempunyai folat.Cara termudah dan selamat adalah mengamalkan pengambilan b complex Shaklee yang juga terdapat asid folik didalamnya. 




sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com



*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday 27 January 2015

APA ITU STEROID

Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan untuk macam-macam penyakit & masalah. Sebab itu kadang2 ubat ini dianggap ubat ajaib atau pil ajaib/magic pill. Makan sahaja steroid macam-macam masalah selesai. 
Antara penyakit yang boleh diubati dengan steroid adalah seperti alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut, penyakit sistemik lupus eritematosus, penggantian organ dan lain2 lagi. Tetapi harus diingat steroid membawa pelbagai jenis kesan sampingan.

Contoh2 ubat steroid ialah prednisolone, hydrocortisone, dexamethasone dan betamethasone. Steroid boleh didapati dalam bentuk tablet/pil, cecair sirap, krim atau salap (ointment) dan juga suntikan.

Di antara kesan2 sampingan steroid:

  • meningkatkan risiko terkena jangkitan kuman
  • ulser perut dan gastrik
  • jerawat
  • melambatkan proses penyembuhan luka
  • kulit menjadi nipis & mudah lebam
  • osteoporosis atau tulang menjadi reput
  • pengumpulan lemak: kegemukan, muka menjadi bulat (moon face), sembap, bonggolan pada belakang badan
  • pertumbuhan badan terbantut di kalangan kanak-kanak
  • meningkatkan tahap gula dalam darah (risiko kencing manis)
  • meningkatkan tekanan darah (risiko darah tinggi akibat pengumpulan air & garam)
  • meningkatkan tahap kolesterol dalam darah (risiko penyakit jantung)
  • meningkatkan selera makan
  • meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak
  • gangguan emosi seperti kemurungan, tekanan dan insomnia (susah tidur)

Perkara yang menjadi isu adalah berlambaknya produk2 yang tidak berdaftar yang sesetengahnya dicampur dengan steroid tanpa pengetahuan pengguna. Pengeluar menyatakan produknya adalah tradisional & dijual di kedai2 runcit terutamanya di kawasan pedalaman, kampung2. Pengguna biasanya golongan berumur suka mencuba produk macam ni yang dikatakan tradisional tetapi sebenarnya ia dicampur steroid. Bila dimakan ubat tersebut, rasa sakit pun hilang kesan daripada tindakan anti radang steroid. Kemudian pengguna akan kembali mendapatkannya kerana 'amat mujarab'. 
Tetapi lama kelamaan kesan sampingan pun datang. Muka menjadi sembap, bawah mata menjadi hitam. Tekanan darah meningkat, tahap gula darah meninggi. Akhirnya pelbagai masalah pula timbul seperti penyakit jantung. Terpaksa dimasukkan ke hospital. Di hospital pula, daripada tiada kencing manis, doktor sahkan ada kencing manis. Ujian darah pula menunjukkan buah pinggang pula dah gagal berfungsi, sudah rosak. Semuanya kesan daripada steroid yang diambil tanpa disedari. 
Oleh itu, anda semua perlu bertindak bijak & berhati-hati.

Monday 26 January 2015

10 Q & A TENTANG BASIC H

Alhamdulillah..Bagi yang belum kenal, inilah masa yang sesuai untuk kenal lebih dalam tentang Basic H, pencuci serbaguna yang selamat dari bahan kimia dan pastinya bebas paraben. Semua tentang Basic H akan ditemui dalam entry ini...insyaaAllah..Jom kenali Basic H yang glemer itewwww.


Entri ini akan menjawab persoalan-persoalan Basic H yang belum anda tahu. Kalau dah tahu, xpe kuatkan lagi pengetahuan

1. Apakah Basic H shaklee? 

2. Apa kegunaan Basic H shaklee?

3. Macam mana bentuk Basic H shaklee? Serbuk ke cecair 

4. Tahan berapa lama Basic H shaklee

5. Macam mana cara guna Basic H shaklee

6. Berapa harga Basic H shaklee

7. Boleh tak Basic H diguna untuk mandi? 

8. Ibu hamil sesuai tak guna Basic H shaklee? 

9. Ada tak testimoni keberkesanan Basic H Shaklee?

9. Macam mana cara nk beli Basic H?

Baca sampai lanjut ya, dan anda akan temui semua jawapan pada persoalan di atas.


1. Apakah Basic H shaklee? 

Basic H adalah pencuci biodegradable yang tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa pewangi dan tanpa klorin. Ia dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Istimewanya Basic H ni ianya dua kali ganda lebih pekat (16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air)  untuk memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. 



2. Apa kegunaan Basic H shaklee?
Terlalu banyak kegunaan Basic H Shaklee. Boleh dikatakan 1001 kegunaan. Basic H boleh digunakan untuk mencuci lantai, tandas, almari, tingkap, meja dan segala peralatan dalam rumah. Juga boleh digunakan untuk mencuci pakaian terutama yang terkena marker pen, tertumpah kuah sos, lada atau apa sahaja, cloth diaper dan botol susu. Sekali lagi jangan risau sebab ianya tidak bertoksik. Untuk kegunaan basuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang layu pun boleh.

Jika terkena air panas, hanya titiskan basic H pada temapt yang terkena panas untuk elak kulit dari menggelembung. Dan jika menggunakan Basic H sebagai pencuci, air cucian jangan dibuang tapi siramkan pokok2 di halaman dengan air ini. Tidak ketinggalan kalau barang2 kemas yang dah berdaki haa boleh rendam dalam campuran basic H ni, berkilat dan bersinar-sinar hasilnya. Bab anak suka conteng dinding, haaa jangan risau semuanya hilang dengan Basic H. 

3. Macam mana bentuk Basic H shaklee? Serbuk ke cecair 

Basic H berbentuk cecair. dalam 1 botol mengandungi 473ml (boleh dibancuh sehingga 48 gelen air)



4. Tahan berapa lama Basic H shaklee

Basic H tahan hingga 6-8 bulan penggunaan bergantung kepada kekerapan mencuci. Haa tahan lama kan..



5. Macam mana cara guna Basic H shaklee

Senang sahaja. Jika ada botol spray (mcm dalam gambar) boleh titiskan lebih kurang 8-10 titisan ke dalam botol spray dan isikan air. Dah boleh guna untuk bersihkan apa sahaja kat rumah tu termasuk toys anak. Lembut pada tangan. Yang sensitif pada sabun basuh amat disarankan untuk guna Basic H sebagai pencuci. 



6. Berapa harga Basic H shaklee

Murah sahaja. 1 botol yang tahan 6-8 bulan hanya berharga RM 37. JImat dan berbaloi-baloi sebab kegunaannya pelbagai. Tak payah dah beli pencuci lantai, tandas, tingkap yang berasingan. Semuanya boleh dibuat dengan Basic H.  



7. Boleh tak Basic H diguna untuk mandi? Kalau diikutkan pada arahan pada botol memang anda takkan jumpa dibolehkan untuk mandi. Tapi kebanyakan pengguna ada yang gunakan Basic H (dititiskan beberapa titis dalam air) dan digunakan untuk lap badan bila anak demam. Mereka mendapati suhu badan anak cepat turun. Sekali lagi, Basic H tidak mengandungi bahna toksik berbahaya.


 8. Ibu hamil sesuai tak guna Basic H shaklee?  Amat sesuai kerana ibu hamil tidak digalakkan menggunakan bahan pencuci tandas atau lantai yang mengandungi bahan kimia kerana ia boleh membahayakan kandungan. Jadi Basic H adalah pilihan yang tepat kerana ianya natural dan bebas toksik. 

9. Ada tak testimoni keberkesanan Basic H Shaklee? Baaanyak! Boleh dikatakan 90% SID menggunakan Basic H sebagai pencuci harian di rumah. Boleh dilihat antara testimoni Basic H di bawah. Banyak lagi testimoni2 yang lain..





10. Macam mana cara nk beli Basic H? Senang sahaja. Boleh hubungi saya di talian berikut 

sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301 email : dia_green69@yahoo.com
FB :  https://www.facebook.com/diyanalurve.razim


*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Sunday 25 January 2015

APA ITU ASID AMINO

Asid Amino adalah kimia protein blok binaan. Ia boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Secara struktur, badan anda terutamanya boleh terjejas oleh protein yang dibangunkan daripada asid amino. Ia menyumbang kepada kesihatan sistem saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, organ-organ penting dan struktur sel.  Ia benar-benar penting untuk kesihatan.

Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi. Fungsi dan penggunaan lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma. Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas seperti gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon

Apa itu Asid Amino? Ia dikotegorikan kepada 2 kumpulan yang berbeza, iaitu Asid Amino yang Perlu dan Asid Amino yang tidak Perlu.
  • Perlu – Ia tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi perlu diambil melalui makanan
  • Tidak Perlu – Ia dapat dihasilkan oleh badan.
Mari kita fokus kepad Asid Amino Perlu kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan.
  • Histidine – Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
  • Isoleucine –  Ia diperlukan oleh  badan untuk proses sintesis hemoglobin, iaitu unser utama sel darah merah.
  • Leucine – Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
  • Lysine – Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.
  • Methionine – Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
  • Phenylalanine – Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
  • Threonine – Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein. Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki dan menstabilkan paras gula dalam darah.
  • TryptophanDiperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan).
  • Valine – Penting untuk pembinaan otot. Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal.

    Semua asid amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Semua ini boleh diperolehi dalam satu produk dan hidangan sahaja iaitu Shaklee ESP. Dengan pengambilan secara berterusan, ia akan membantu memeliharan kesihatan anda dengan lebih baik dalam masa jangka panjang.


    sid diyana 
    telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301
    email : dia_green69@yahoo.com

    *produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
     


Tuesday 20 January 2015

KELAS NDT SHAKLEE

17 januari yang lepas nana dan suami telah ke kelas NDT anjuran shaklee malaysia.Tiket dibeli sebulan awal sebab tak nak terlepas peluang menghadiri kelas ini.Walaupun nana dan suami telah join shaklee pada tahun 2013,tapi rasanya masih belum terlambat untuk menambah ilmu kan?

Kelas NDT ini memberi penekanan tentang kenapa kita perlu berjaya dalam shaklee,cara-cara & rahsia pemasaran,latar belakang company shaklee serta langkah-langkah untuk memulakan perniagaan shaklee.

Nana memang harap anda dapat join kelas seperti ini terutama bagi yang masih baru dan ingin kenali shaklee.Di kelas ini juga anda akan dapat semangat yang luar biasa yang diperlukan serta ilmu yang berguna.

Bayaran untuk kelas ini adalah rm40 seorang
*anda akan menerima SIJIL dan lunch disediakan

Jadi,jika anda berminat ingin menghadiri kelas ini boleh hubungi nana dan nana akan inform bila tarikh yang available.Anda juga boleh terus pergi ke branch shaklee ditempat anda untuk terus beli tiket.

sid diyana
012-2437301














Sunday 18 January 2015

JANGAN BERPUTUS ASA


 "KEJAYAAN ANDA TIDAK ADA KAITAN DENGAN SAYA TETAPI KEGAGALAN ANDA ADA KAITAN DENGAN DIRI ANDA SENDIRI"



Saturday 17 January 2015

10 SEBAB ANDA PERLU AMBIL VITALEA SHAKLEE

 1) Nutrien yang mencukupi jika anda ingin menurunkan berat badan.
    -Kebanyakkan dari kita yang ingin turunkan berat badan akan merasa letih lesu.Jadi,vitalea membantu meningkatkan tenaga dan mengisi rompong-rompong nutrien dalam tubuh.

2) Faktor sibuk.
    -Kini ramai orang yang sentiasa sibuk dengan aktiviti kerja sehingga melupakan pengambilan makanan yang sepatutnya.Vitalea membantu menambah nutrien dalam tubuh.

3) Termusnah akibat masak/panas
     -Haba merupakan salah satu faktor yang menyebabkan nutrien dalam makanan terurai.Belum terjamin 100% vitamin dalam makanan dapat digunakan oleh tubuh kita.

4) Stress/tekanan
   -Tekanan menyebabkan  sesetengah vitamin hilang dari badan kita contohnya kalsium & vitamin C.

5) Kualiti makanan yang semakin rendah.
   -Sayuran masa kini terlalu dimanjakan oleh bahan kimia,yang mungkin telah memusnahkan vitamin dalam makanan iu sendiri.

6) Pencemaran alam sekitar.
    -Kemodenan dan teknologi masa kini membuatkan alam sekitar semakin tercemar.Saban hari sistem ketahanan tubuh kita semakin terancam.

7) Tabiat memilih makanan.
    -Sesetengah orang dewasa dan kanak-kanak agak memilih makanan.Tidak suka makan sayur dan tidak kurang ada yang gemarkan makanan segera.

8) Tahap penyerapan nutrien yang rendah
    -Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik terutama warga tua .Suplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral dalam tubuh sentiasa mencukupi.

9) Harga yang murah.
   -Sebotol rm 88.75 (harga retail) & sebotol tu tahan 1-4 bulan.Jika anda boleh menghabiskan rm10 sehari untuk rokok ,kenapa memberi 1000 alasan untuk membuatkan tubuh anda lebih sihat?

10) Semulajadi
      -Vitalea shaklee tiada pewarna tiruan,pemanis tiruan atau pengawet tambahan.


sid diyana telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301

email : dia_green69@yahoo.com
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Thursday 15 January 2015

FUNGSI SELENIUM DALAM VITAMIN E SHAKLEE

 Selenium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.

 

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang sifatnya sangat tidak stabil, memiliki satu electron atau lebih yang tidak berpasangan, menimbulkan penyakit jantung, rematik, katarak, kanser dan lain-lain. Radikal bebas secara terus menerus terbentuk melalui proses dari dalam tubuh seperti peristiwa metabolisme sel normal, peradangan, kekurangan gizi dan juga dari luar tubuh seperti pencemaran , sinar matahari, asap rokok, dan sebagainya.

 

Selenium merupakan mineral yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, tetapi diperoleh dari makanan sehari-hari, yang terdapat dalam ikan, beras, daging, dan sayur iaitu brokoli. 

 

Jadi, fungsi selenium sangat penting bagi tubuh, antara lain:


  • melawan radikal bebas, tubuh secara alami memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.

  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki sistem imuniti ( ketahanan tubuh ) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil penelitian selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanser kulit akibat pancaran sinaran matahari. Jadi selenium bermanfaat sekali untuk meningkatkan fungsi ketahanan tubuh.

  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, kerana itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan iaitu sel yang rosak sebelum waktunya. 

  • Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi tiroid kelenjar.
Cara yang paling mudah iaitu dengan mengambil Vitamin E Complex with Selenium & Grape Seed Extract Shaklee yang mengandungi SELENIUM SEMULAJADI

Vitamin E Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E( alpha, beta, delta, gamma)


sid diyana
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301 

email : dia_green69@yahoo.com
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 14 January 2015

KHASIAT PURPLE CARROT SEBENAR

Terdapat begitu banyak kebaikkan nutrisi dalam pemakanan lobak ungu ini.Agak susah untuk kita di Malaysia ini ingin mendapatkan lobak ungu ini.Justeru sangat rugi jika kita tidak mendapatkan khasiat dari ia.Shaklee memberikan kemudahan untuk kita mendapat nutrisi hebat dari lobak ungu ini di dalam ramuan VIVIX !

Banyak manfaat lobak ungu ini seperti tinggi dengan kandungan vitamin A malah bebas kolestrol.Bukan hanya vitamin A,memakan lobak ungu ini memberi kita sumber vitamin B , C dan E

Lobak ungu ini juga baik untuk kecantikkan luaran seperti kulit,rambut dan kuku.Malah ia membantu memperbanyakkan susu badan ibu serta mempunyai satu bentuk kalsium yang mudah diserap oleh tubuh.

Selain itu,lobak ungu ini juga sangat tinggi dengan anti-oksidan dan beta carotine.Malah anti-oksidan dalam lobak ungu ini juga dua kali ganda tinggi dari biasa.Dan ia menentang radikal bebas bagi tubuh kita.Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel dalam badan kita termasuk la jika kita selalu mengambil makanan bergoreng.

Dan extra anti-oksida yang terdapat dalam lobak ungu ini membantu mengelakkan pembekuan darah dan juga mengelakkan penyakit jantung.Malah ia nya anti- bakteria dan anti-radang.
 

sid diyana
telegram/whatsapp/sms/call :
012-2437301
email : dia_green69@yahoo.com
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 13 January 2015

DETOX SELURUH TUBUH

Kebanyakkan orang kenali detox hanya detox secara membuang air kecil atau air besar tapi tahukah anda apa itu detox sebenarnya?

Sebenarnya proses detox melibatkan :
DETOX USUS - herblax , alfalfa & peppermint ginger
  -membersihkan usus untuk penyerapan nutrisi terbaik setiap hari

DETOX HATI - DTX complex
  -membersihkan dan mencuci toksin yang terdapat di hati 

DETOX DARAH - vivix , phytocol-ST & alfalfa
  -memberi tenaga,elak penempelan kolestrol serta meneutralkan darah yang berasid tinggi



TAHUKAH ANDA antara tanda-tanda tubuh banyak toksin adalah sering letih lesu.Sebab itu kita perlu mencuci dulu toksin yang sudah hampir tepu dalam tubuh kita.Dengan proses detox yang kita lakukan , insyallah segala nutrisi tambahan dari vitamin yang lain mampu memberi kesan yang terbaik.


sid diyana 

telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301 

email : dia_green69@yahoo.com
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday 12 January 2015

SIAKAP GRILL SOS NENAS

Nana sekarang ini tengah kumpulkan dan try resepi bakar atau grill.disebabkan baru beli oven,kene la start masak guna oven kan.

Resepi siakap grill ini Nana kongsikan dari resepi chef Anis nabila...selamat mencuba!!


Bahan-bahan:

½ biji Nenas
½ biji Bawang Kuning
4 biji Cili Padi Merah
1 ikat Daun Ketumbar
½ sudu kecil Serbuk Kunyit
2 fillet Ikan Siakap
Garam secukup rasa
½ sudu kecil Minyak cili
1 sudu besar Grape Seed Oil/minyak zaitun
Daun Pisang
Bawang Kuning
Sos Plum
Minyak Bijan


Cara Menyediakan:

• Cincangkan nenas, bawang kuning, cili padi merah dan daun ketumbar.

• Taburkan sedikit serbuk kunyit ke atas fillet ikan siakap dan garam.

• Tuangkan minyak cili dan sapukan fillet itu sehingga rata.

• Panaskan grape seed oil ke atas kuali leper, dan panggangkan ikan sehingga masak.

• Tumiskan bawang kuning didalam kuali yang sama sehingga harum.

• Masukkan cili padi merah, sedikit air, sos plum dan minyak bijan.

• Tambahkan sedikit garam secukup rasa.

• Masukkan daun ketumbar, dan tuanggkan sos yang telah dimasak keatas ikan.


Tips:

Anda juga boleh menggunakan ikan tilapia atau ikan kerapu, mengikut citarasa anda!

 

Sunday 11 January 2015

CARA MINUM CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE

ADUNAN PROPRIETARI TEH PUTIH,MERAH DAN HIJAU MATCHA YANG ADA UMPH!!

Teh eksotik putih,merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat,Ia didapati dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa yang memukau.

CARA BANCUHAN CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE:

*Cara paling mudah ,campurkan 1 stick CINCH TEA ke dalam 6-8oz air panas atau sejuk.Kacau sehingga sebati dan terus diminum.
*Bagi mereka yang tidak suka rasa plain  cinch tea ini,boleh campurkan sedikit madu untuk merasai sedikit kemanisan.
*Bagi mereka yang inginkan rasa sedikit masam boleh campurkan perahan lemon atau lemon slice ke dalam cinch tea yang dibancuh tadi

Sekotak CINCH ENERGY TEA MIX SHAKLEE mengandungi 28 stick cinch tea yang mudah dibawa ke mana-mana .Paling mudah ,boleh bancuh cinch tea ke dalam sebotol air mineral dan sedia diminum!!!

Untuk pesanan item dan konsultasi percuma sila hubungi saya segera!!


sid diyana 

telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301

email : dia_green69@yahoo.com
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday 10 January 2015

KHASIAT CINCH TEA MIX


Kebaikan:
 
* Penggalak TENAGA semulajadi.
* Ditambah dengan TAURINA - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
* Pilihan ALTERNATIF terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
* Tanpa Gluten, Tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis TIRUAN.

Bagi saya, Cinch Energy Tea Mix ni sebenarnya sesuai untuk semua golongan. Bukan hanya KHAS untuk DIET program sahaja. Kenapa saya cakap mcm tu??

Sebab: Cinch Energy Tea Mix ni sebenarnya PEMBEKAL TENAGA SEMULAJADI. Ia memang sesuai untuk individu yang aktif berkerja & yang selalu OT... Cinch Energy Tea Mix ni sgt2 membantu.



APA ITU Cinch Energy Tea Mix?
 

* Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
* Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.


KENAPA Cinch Energy Tea Mix?
 

1. Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
2. Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
3. Peningkatan tenaga segera.
4. Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan
5. Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

KEBAIKAN dan KHASIAT Teh Putih,Teh Merah dan Teh Hijau
 

1. Rendah Kandungan Kafein (Teh Putih)
2. Tinggi AntiOksidan
3. Mencegah Kanser
4. Bantu rendahkan tekanan darah tinggi
5. Mengurangkan kolestrol
6. Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
7. Menguatkan tulang
8. Antibakteria dan antiviral
9. Menggalakkan kulit yang sihat
10. Mengurangkan gula dalam darah. Bantu kurangkan gejala kencing manis
11. Meningkatkan metabolisme dan menggalakkan badan untuk membakar lebih banyak lemak
12. Baik untuk pencernaan .boleh mengelakkan cirit birit
13. Bantu lawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan.



sid diyana 
telegram/whatsapp/sms/call : 012-2437301 

email : dia_green69@yahoo.com
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday 9 January 2015

GEMBIRAKAN ORANG LAIN



SYUKUR masih ramai yang membantu mangsa-mangsa banjir dinegara malaysia ni.

Satu perasaan yang tiada bandingan bila kita mampu mengembirakan orang lain walaupun hanya dengan sepotong kata-kata semangat.

salam sayang,
diyana

Thursday 8 January 2015

RESEPI NASI AIR THAILAND

Aduhh bila teringat...memang menggangu fikiran..haha

Siapa yang pernah rasa NASI AIR ni memang tahu nikmatnya..Untuk makluman nasi air ni tidak lah sama dengan bubur nasi biasa tu,tidak sama juga macam bubur lambuk..

Pertama kali nana makan di Kota Bharu.Waktu tu pergi ke majlis kawan baik nana.Malam tu singgah kedai makan ,suami order nasi air,perghh rasa nasi air ni betul-betul sedap hokey..
Dan malam tadi nana dikuantan,balik kampung suami.Selepas ke rumah kakak ipar,kami singgah makan di area airport kuantan.Apa lagi order semangkuk nasi air dan somtam..Dua-dua terbaik!




La ni cari resepi la apa lagi ..hihi
Resepi ni perkongsian daripada blog azlitamasammanis.com

Cara masak beras:
1 cup beras
4 cup air rebusan daging atau ayam
halia
bawang putih
serai
garam

Cara masak sup:
Tumis,
bawang putih
bawang merah
halia
serai
& rempah ratus
garam
gula
Selepas masak,terus masukkan dalam rebusan daging/ayam tu

Lauk tambahan:
ikan bilis goreng
telur masin
cili potong
bawang goreng
daun sup

Sila-silalah mencuba tau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...